Instagram

Sunday, July 23, 2017

What kind of engineer I want to be

Bila berkerja dibidang yang bukan dari bidang yang aku belajar, satu benda yang aku acknowledge, ilmu yang aku ada sekarang sangat sangat sangat sangat sangatttt sikit. Di HUKM, setiap hari aku belajar benda baru. Kalau bukan dari rakan praktikal, dari staff yang bekerja di sana, atau dari doktor-doktor yang bertugas atau dari pesakit yang kita assist, mereka semua memberi pengajaran dan knowlegde baru setiap hari pada aku.

Setelah sebulan lebih berada di sini, aku banyak bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada aku. Pertama sekali, bila dapat peluang berkhidmat pada masyarakat walaupun sebenarnya apa yang aku beri tu sangat-sangat tak bernilai pun tapi aku rasa sangat seronok dapat tolong mereka. Jujur, aku mungkin tak akan dapat merasa peluang ini jika Allah takdirkan aku buat praktikal di dalam industri.

Kedua, setiap hari aku akan cuba duduk sebentar dan beriman sejenak akan nikmat kesihatan yang Allah telah beri pada aku selama 22 tahun aku hidup ini. Bila setiap hari tengok orang sakit, aku cuba jentik hati aku untuk selalu rasa syukur, "Ya Allah terima kasih Kau beri kesihatan pada aku hari ini." Aku akan cuba ulang ayat ini setiap hari. Ada orang pernah cakap kat aku, kesihatan ini seperti makhota dan ia hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit.

Di jabatan radiologi ni, tidak sikit pesakit cancer yang datang untuk buat medical imaging dan diagnostic. Ada yang cancer stage dua, ada yang dah stage empat, ada yang orang tua, ada juga yang budak kecil, ada cikgu, ada juga pangkat professor, ada cancer otak, ada yang cancer sudah merebak ke serata anggota. Allah hu rabbi. Tapi, rata-rata pesakit yang aku jumpa, tidak pernah loket membalas senyuman aku. 

Orang cakap persekitaran di sini, luar dari suasana kejuruteraan dan ada juga orang kata bila aku decide buat praktikal di hospital aku tak akan dapat bina potensi aku dalam bidang aku. Tapi sebenarnya tidak! Justeru aku lebih tahu dan lebih faham, what kind of engineer I want to be in future. Berada di sini aku dekat dengan masyarakat, aku discover keperluan mereka, aku encounter masalah-masalah yang dihadapi mereka dan sebagai future engineer suatu hari nanti aku akan cari jalan penyelesaian kepada masalah yang di hadapi mereka. InsyaAllah.

Aku masih ingat lagi, hari pertama aku jejakkan kaki di UTM, seorang alumi UTM yang bekerja sebagai senior engineer pernah beritahu, engineer ini dilahirkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat dalam kehidupan seharian mereka dari se-basic masalah sehingga masalah yang besar. Kerja kita mencari solusi dan bertindak. Selalu cari peluang untuk belajar perkara baru, jika tidak jumpa, maka ciptalah peluang itu. Jadilah engineer thinks without the box. (Not out of the box)

Sampai hari ini, aku akan pegang dengan kata-kata itu. Di mana pun, Allah letakkan aku. Aku bercita-cita untuk jadi benih yang menumbuhkan akar, pohon, ranting dan daun-daun yang berguna untuk agama dan sesiapa saja yang berhampiran aku. Hopefully, every one can get benefit from me even just a particle of kindness. Amin. InsyaAllah

Love,
AH

No comments: