Instagram

Sunday, June 11, 2017

Tips membeli belah di Korea

Sedapnya air sirap bandung. Warnanya. Baunya. Kedinginan air tu sehingga butir-butir air menitis kat dinding gelas tu. Sungguh sangat menggoda jiwa dan raga. Slurppp.

Image result for Air bandung

Hari ini aku nak share tips membeli belah di Korea. Walaupun aku tidaklah pro mana tapi izinkan aku berkongsi sedikit pengalaman yang aku ada ni pada AH World supaya boleh menjadi rujukan (untuk aku terutamanya sebab aku sejenis maknenek yang mudah terlupa) pada mereka-mereka yang ingin bershopping sakan di Korea.

First of all, zaman aku pergi Korea dahulu, mata wang Korea masih rendah lagi. 1000 won dapat RM3, Sekarang kalau tidak silap 1000 won dapat RM3.80. Rasa macam tak nampak beza sangat kan? Okey, meh aku bagi example yang mudah. Harga makanan yang berat macam nasi atau mee yang berlauk dan semestinya halal, diyakini dan mengeyangkan so harga meal yang paling basic adalah 10 000 won. Masa zaman aku, harga sepinggan nasi 10 000 bersamaan RM30. Kalau sekarang sepinggan bersamaan RM38. Beza 8 ringgit weh!!!! Banyak tu!! Sekarang dah rasa nak tersedak tak? Itu baru saja keperluan asas seperti makanan, belum lagi yang lain. Lainlah kalau you all nak makan kebab hari-hari atau mi segera maka mungkin boleh cut the budget. Tapi, macam aku dulu tinggal lama sikit, muak juga makan benda yang sama.

So pendek cerita agak sakit jugalah kalau nak berbelanja lebih di Korea sebab mata wang kita kecil. Maka, pencaturan yang betul dapat menyelematkan duit kita daripada terbuang begitu saja. Wallllahh!! Eceh. Tips yang aku share ini hanya applicable untuk bershopping sahaja. Kalau pasal tiket penerbangan ke, fee public transport ke atau tempat yang best, aku cerita kat lain post. InsyaAllah.

1) Barang kosmetik

Dahulu aku pernah menjual barang kosmetik Korea secara online di Instagram, for you information the best time untuk bershopping barang kosmetik adalah pada waktu national day Korea. Biasanya seminggu sebelum tu mana-mana brand kosmetik korea akan buat sale gila2. 50%-70% off, buy1 free1, buy set got freegift. Seriously, ini tak tipu. Diorang punya sale memang gila-gila la! Dari Etude House, Tony Moly hingga ke Laneige, Missha dan semua la! Just name it! So kalau nak beli barang kosmetik banyak-banyak, nak buat stock ke, nak jual ke, nak belikan untuk kawan-kawan ke pergilah time national day or hari perayaan diorang.

2) Pakaian yang berSEASON

Korea sangat terkenal dengan fesyen dan gaya yang comel tetapi elegen. Tapi, kalau kita salah pilih timing boleh jadi kita akan kehilangan duit yang banyak. Tips ni mungkin applicable for certain people. Kalau korang nak shopping baju sejuk, jangan beli time musim sejuk. Beli musim panas sebab harga dia akan jatuh kadang-kadang sampai 3 kali ganda. Sama jugalah kalau korang nak beli baju untuk musim summer jangan beli pada musim summer, beli time musim sejuk. Harganya akan jatuh time tu. Ni harga jatuh yang gila-gila tau! Dan, jangan risau walaupun baju yang kita beli tu tak popular waktu season lain, tapi bila sampai season dia. For sure baju itu sangat berharga dan nilainya lebih mahal dari harga yang kita beli masa tu. So, korang bolehlah cakap "selamat duit aku"

3) Stationary yang cute2

Aku nak suggestkan tempat-tempat yang agak murah, tetapi aku tak berapa ingat. Aku lupa nak tulis dalam buku note. So aku skip bahagian ni, kalau aku dah ingat nanti aku update ye. Sorry.

4) Kasut

For those nak cari kasut yang style gila aku suggest kan kat area namdeamun. Banyak pilihan dan harga berpatutan, Tips, ada satu kedai ni (tak ingat nama) yang jaga kedai tu lelaki berusia dalam lingkungan 30an. Kalau korang dapat cari kedai tu, aku suggestkan beli kat situ. Argh rasa rugi tak ambil gambar dengan oppa tu. Kat situ kalau korang nak buat tawar menawar memang ada chance la nak dapat harga murah plus oppa tu suka senyum so rasa selesa je nak duduk lelama kat situ. (orang Korea tak suka tawar menawar)

Basically, namdeamun dan dongdeamun, tempat shopping dan banyak barang ada dijual disitu. Souvenir, baju, barang kosmetik dan lain2. Selain dua tempat tu myeondong, insadong dan ada shopping mall bawah tanah kat area busan. Situ pun tempat-tempat kategori murahlah kalau nak shopping. Tapi, kalau tujuan utama pergi korea bukan untuk bershopping just enjoy dan focus tempat yang nak dilawati sebab aku takut once you all dah masuk mana-mana gedung beli belah. Aku takut you all tak keluar-keluar dari tempat itu. HA-HA-HA

As for now, that is all I wanna share. If you have any question, you can leave your comment below or just hits contact me button on top of this post and leave your message. I will try to respond as soon as possible!



My summer in Korea

Love,
AH


No comments: