Instagram

Thursday, June 22, 2017

Dear future husband

This letter I dedicate for my future husband whom I not know who is he but I hope one day if that person is meant to find this blog and find this post, I would humbly like to say, yea this is for you.

Why i need a long pre-introduction in every post hah? Duh!!

Because of my descriptive english is not so good, I better use malay language so that none of these lines lead to misunderstanding. So, here we go...

Wahai bakal suamiku,

Pertama kalinya, aku mahu kamu tahu aku bukan seperti kebanyakan gadis di luar sana, aku tidak memiliki kecantikan seperti kebanyakan gadis dimasa kini, aku tidak punya minat seperti kebanyakan gadis yang hidup di zaman serba moden ini. Pakaianku tidaklah trendy tapi apa adanya. Wajahku jarang sekali dioles make-up tapi apa adanya. Aku adalah aku. Aku hidup untuk memenuhi keinginan Tuhanku, aku hidup untuk meraih perhatian Tuhanku.

Aku punya masa silam. Aku punya jahiliyah diwaktu lalu. Tapi kini aku sedang mendaki sedikit demi sedikit tangga-tangga menuju ke Tuhanku. Aku sedang merangkak menuju ke Tuhanku. Aku sedang belajar mengenali dan mencintai Tuhanku. Dan aku akui, perjalanan menuju padaNya tidak mudah. Untuk istiqamah itu sangat mencabar. Adakala iman ku terbang tinggi mendakap ilahi, adakalamya iman ku tergolek menyembah bumi.

Wahai bakal suamiku,

Aku mahu kamu tahu, aku memilihmu adalah kerana agamamu. Aku memilihmu adalah kerana akhlakmu. Tidak lain, hanyalah itu. Masa silammu, kelemahanmu, kekuranganmu itu aku akan terima seadanya seperti mana kamu menerima aku seadanya untuk menjadi bakal isterimu.

Aku memilihmu kerana agama supaya aku dan kamu akan dijaga oleh Allah sehingga akhir hayat kita. Aku memilihmu kerana agama supaya cinta dan kasih sayang kita membawa kita sampai ke syurga. Aku memilihmu kerana agama supaya dari kita akan lahirnya benih-benih cinta yang soleh dan solehah, yang suatu hari nanti merekalah akan menjadi pembela agama dan manusia dan merekalah yang akan mendoakan kita bila kita sudah tiada. Aku memilihmu kerana agama kerana aku ingin menjadi ketua bidadari yang bisa mencemburukan bidadari-bidadari syurga yang sedia ada di dalam syurga. Aku memilihmu kerana agama kerana aku ingin bersamamu selama-lamanya.

Wahai bakal suamiku,

Hidup ini tidak dijanjikan mudah. Tetapi, yakinlah setiap kesusahan itu hadir bersama kemudahan. Aku berjanji untuk belajar menjadi isterimu yang baik. Aku berjanji untuk belajar melayanimu dengan selayaknya. Aku berjanji untuk belajar untuk mendidik zuriat kita supaya mereka menjadi rijal-rijal yang membela agama dan manusia seperti mana didikan Siti Hajar kepada Ismail as. Aku berjanji akan terus belajar dalam setiap hari-hari kita bersama. Bila aku katakan belajar, bererti ia mungkin tidak perfect tapi itu adalah semastata'tum yang aku akan lakukan.

Jiwa aku, hati aku dan seluruh kehidupan aku akan aku beri untuk kamu dan keluarga kita. InsyaAllah semoga Allah mengizinkan janji aku itu terlaksana.

Wahai bakal suamiku,

Aku mahu kamu tahu akan hobi dan cita-citaku supaya seusai saja akad nikah berlangsung segala aktiviti, minat dan cita-cita akan dikongsi bersama. Bakal suamiku, aku sangat menyukai travelling, aku sangat suka tenggelam dengan keindahan alam semesta, aku sangat suka mencampakkan diri aku dalam keserdehanaan dan aku sangat menyukai momen-momen itu tersimpan dalam simpanan digital supaya bila aku rindu aku bisa menatapnya semula. Aku juga suka menulis, aku suka meluahkan perasaan aku dalam luahan deskripsi kerana ada masanya apa yang ada dalam benak fikiran aku tidak mampu dikeluarkan secara lisan tetapi hanya boleh diterjemahkan melalui tulisan. Dan suka membaca semula tulisanku kerana itu adalah peringatan aku buat diriku.

Bakal suamiku, aku bercita-cita untuk punya PHD dan belajar setinggi yang mungkin. Aku bercita-cita untuk menjadi pendidik generasi jika diizinkan ilahi. Kerana minat aku untuk menyampaikan ilmu sangat mendalam, maka aku mahu jadikan ia sebagai obsesiku dan pekerjaanku. Lalu, aku mahu kamu sabar dan setia berada disisiku dan sentiasa memberi sokongan padaku.

Bakal suamiku, aku seorang yang simple dan tidak memilih. Apa saja yang kamu berikan pada aku, aku terima seadanya dengan hati yang gembira. Aku seorang yang menghargai makanan walaupun makanan itu tidak sedap aku tetap akan menikmatinya dengan hati yang gembira tetapi jika aku tidak mahu menikmatinya aku hanya akan berdiam tanpa berkata.

Wahai bakal suamiku,

Aku mahu kamu tahu aku memiliki hati yang sangat rapuh. Mungkin dari luarnya aku nampak utuh tetapi di dalam aku sangat mudah pecah dan tersentuh. Aku mahu kamu tahu, kegembiraan itu bisa buat aku menangis seperti mana aku menangis untuk sesuatu kesedihan. Adakalanya, melihat seorang ayah memeluk anaknya saja pun mampu membuat aku teresak dalam tangisan.

Namun, aku hanya rapuh ketika aku sendirian. Dan aku akan utuh bila aku dihadapan orang. Maka, kamu barangkali bisa akan melihat aku berada didalam kedua-dua kondisi seusai aku menjadi isterimu. Kerana aku memilih mu untuk berkongsi seluruh kehidupanku yang tidak pernah aku kongsi pada sesiapapun di atas bumi ini.

Wahai bakal suamiku,

Aku akan memudahkan urusan akhirat mu dan urusan dunia mu. Aku akan belajar menjadi pasangan yang bisa bertolak ansur, dibawa bincang, menyelesaikan masalah bersama, meringankan beban dan memahami setiap masalah kamu. Aku akan belajar menjadi pendengar yang setia. Aku akan belajar menjadi anak murid yang patuh. Aku akan belajar menjadi guru yang memahami. Aku akan belajar menjadi sahabat yang sekepala. Dan aku akan belajar menjadi  kekasih yang romantis yang sehingga kamu tidak akan memandang wanita-wanita yang lain. Aku mahu jadi seperti Siti Khadijah as. InsyaAllah.

Bakal suamiku, aku mahu kita bina perkahwinan ini atas dasar iman. Supaya setiap apa yang kita lakukan adalah sebuah ibadah kita pada Allah dan supaya setiap kelakuan kita dikira pahala disisiNya. Seronok bukan? Kita akan belajar bersama-sama mengendalikan pesawat kita. Turun naik ribut taufan dan segala halangan kita akan tempuh bersama-sama.

Bakal imamku, aku mahu kita saling melengkapi, sentiasa meluruskan antara satu dengan yang lain dan saling mengejar cinta dan keredhaanNya. Saling membangunkan untuk bertahajud dilewat dua per tiga malam. Saling menghargai setiap pengorbanan dan keikhlasan antara kita. Saling memaafkan kesilapan yang tidak disengajakan. Saling memberi semangat antara satu dengan lain. Saling memerlukan, saling curahat bila ada sesuatu yang berlaku dan saling terbuka untuk meluahkan segala yang terbuku didalam hati.

Wahai bakal ketua keluarga kita,

Janjilah pada Tuhanku, kamu akan menjagaku dengan seluruh kehidupanmu. Janjilah pada Tuhanku, kamu akan memimpin tangan ku sehingga ke dalam rumah kita di syurga. Janjilah pada Tuhanku, kamu akan bersama-sama membina anak-anak kita menjadi pembela agama dan manusia.

Jika kamu berjanji. Maka aku turut berjanji perkara yang sama. Bakal suamiku, aku akan mencintaimu dengan seluruh jiwaku dan kamu akan tahu tidak akan ada cinta yang sama seperti cinta aku pada kamu.

Aku tidak sabar menanti untuk merasai, berkongsi satu aiskrim itu saja sudah bisa membuat pahala apatah ibadah-ibadah yang lain. Bakal suamiku, untuk ketika ini, ayuh kita jaga iman dan diri kita masing-masing. Cahayakan malam kita dengan doa-doa dan tahajud untuk kita merealisasikan impian kita sesudah ijab kabul terlaksana.

Aku menantimu wahai pemimpinku.

Love,
AH
Cute Muslim Couples

No comments: