Instagram

Thursday, May 4, 2017

Pengalaman pahit di Korea

Bila cerita tentang Korea semestinya dalam fikiran kita akan terbayang benda sweet-sweet, tempat-tempat romatis, oppa-oppa kacak atau unnie-unnie comel. Kalau tak terbayang, boleh tinggalkan blog ini dengan segera sebab anda tidak normal! Eh.

Aku nak kongsi pengalaman yang pahit ketika aku berada di Korea dulu. Secara ringkasnya, ayah aku pernah bekerja di Korea maka aku berpeluang pergi ke sana dua kali. Kali pertama tahun 2013 selama seminggu dan kali kedua tahun 2015 selama sebulan.

Masa tahun 2013 aku pergi, tidak ada pengalaman yang pahit sebab itu kali pertama aku datang dan berada disana pun tidak lama. Dan tak dapat jalan-jalan sangat sebab musim sejuk, waktu siang sangat sekejap. Ayah aku balik kerja dah gelap jadi tak dapat bawak kami jalan-jalan kecuali hujung minggu, itupun hanya ronda-ronda di bandar Busan dan sekitar bandar Okpo.




























Cerita ini berlaku ketika aku pergi Korea pada tahun 2015, aku pergi Korea seorang diri. Ayah aku tunggu kat airport Busan. Disebabkan aku duduk sana sebulan aku dapat perhatikan kehidupan orang Korea lama sikit. Apartment ayah aku di bandar Okpo, Geoje Island (nak tahu location boleh google). Ringkasnya, Geoje Island ini pulau orang bekerja offshore, jadinya banyaklah company kapal dan minyak wujud sekitar pulau ini.

Orang-orang yang hidup di bandar Okpo ini, mostly tidak pandai berbahasa inggeris. Kalau nak berkomunikasi memang macam ayam dan itik lah, tak pun kena guna body language. Serious kelakar weh! Waktu pagi disini sangat sunyi tetapi waktu malam bandar Okpo ni sangat sangat meriah dengan kedai makan, pub, bar, tempat-tempat karoke dan pusat pelac*ran. Kalau terserempak dengan lelaki yang mabuk tepi jalan pada waktu malam tu perkara biasa je. Kebanyakkan lelaki muda yang hidup di bandar Okpo bekerja di syarikat kapal/minyak sekitar situ. Apabila seharian penat bekerja, waktu malam adalah waktu untuk mereka enjoy sepuasnya.

Salesgirl (kedai2 pakaian atau kosmetik selalunya dijaga oleh perempuan) di bandar Okpo tidak sefriendly salesgirl di Busan ataupun Seoul, especially kalau kita masuk kedai mereka dengan pakaian yang biasa-biasa surely memang diaorang tak layan, paling ganas diaorang sambut dengan jelingan je pastu buat donno. Tetapi, itu jarang-jarang berlaku, kalau berlaku pun punca utama diaorang macam itu mungkin salesgirl dia tengah period pain kot. Tetapi, kalau orang yang jaga tu lelaki dan muda, sumpah weh kau mesti akan terbeli barang yang dia jual. Maneh-maneh berlaka deh! Ada sekali tu, aku nak beli kasut dan yang jaga tu lelaki, oppa tu siap nak sarungkan kasut yang aku nak try tu kat kaki aku. Masalahnya semua kasut yang aku nak try, dia nak sarungkan. Adeh, last-last memang aku beli juga lah.






















Korean yang tinggal dekat bandar Okpo mostly berwajah asli rather than korean yang tinggal kat Busan atau Seoul. Gadis-gadis yang cantik-cantik, tinggi-tinggi dan elegen atau jejaka tampan, maskulin dan tinggi macam dalam drama tu hanya jumpa kat area bandar besar macam Busan atau Seoul. Kat bandar kecil macam Okpo atau Tongyeong mereka adalah korean yang korean. Tak tahu macam mana nak terangkan. Typically, korean yang asli tu comel je! Bukankah yang asli itu menawan? Tetiba.

Aku boleh kata secara general, Korea adalah satu negara yang sangat bersih. Walaupun culture rakyat korea, selepas seharian bekerja, malam adalah waktu untuk berjoli. Minum arak tu macam minum air masak je tau. Kadang-kadang bila mabuk teruk sangat, diaorang ni sesuka hati je kencing merata. Botol arak ada dimana-mana, yang pecahnya bersepah-sepah atas jalan especially kat area pub dan bar. Tetapi, tepat jam 7 pagi esok, kau akan tengok tempat yang bersepah macam nokharem tu jadi bersih-sebersihnya. Sebab pagi-pagi cleaner dah bersihkan. Sumpah, cleaner korea power gila!

Pernah sekali, masa tu aku kat Seoul, malam weekend aku keluar jalan-jalan sebab nak ambil angin kat Han River, balik dari Han River dalam perjalanan nak ke Hotel (which hotel aku kiri kanan depan belakang ada pub dan bar) berselisih lah dengan jejaka-jejaka yang mabuk tak hengat dunia. Ada yang sampai nak terpeluk aku, nasib baik aku sempat mengelak. Alahai, walaupun oppa hensem, tampan dan bergaya tetapi kalau dah mabuk macam tu rasa nak bagi pelempang dan penyepak pakej time tu juga tau. Tetapi, berbekalkan keimanan aku terus berjalan ke hotel dengan gagah tanpa tergugah dengan penipuan alam fana. Eh!



























Banyak perkara dan pengalaman yang aku belajar semasa kat sana especially, perjalanan aku disana banyak bersendirian sebab ayah aku kerja dan dia mengizinkan aku untuk explore sendiri. Aku belajar berdikari dan bertawakal to the fullest pada Allah. Aku seorang observer and ponderer, setiap apa yang terjadi dalam hidup aku atau sekeliling aku, aku akan cuba cari hikmah yang tersurat dan tersirat disebalik incident itu.

Setelah bermacam ragam yang berlaku sepanjang sebulan aku berada di bumi Korea, hari-hari berikutnya aku meneruskan kehidupan aku sebagai seorang pengembara dengan membawa segala kenangan pahit dan manis sebagai pengajaran hidup dan menjadikan pengalaman masa lalu sebagai pemberi semangat untuk terus melangkah di bumi tuhan.

Kerana kehidupan bermula, pada langkah pertama....




Love,
AH

No comments: