Instagram

Saturday, April 20, 2013

#Pengalaman: Orang G dan Stesen Kereta Api

Salam,

kejadian itu telah berlaku pada satu masa dahulu *okey sebenarnya aku lupa what the exact time*. masa tu aku ada Date dengan ex-private teacher aku.. Janji bertemu di KTM Ukm..tapi disebabkan aku nie agak clumsy sikit masa itu, aku tersalah ambil tren..lantas terjadilah satu drama yang aku akan ingat setiap kali naik tren..

alkisahnya begini.............................

Teacher aku tu dari seremban. Aku dan adik angkat aku (sama belajar) dari UKM..Kitaorang janji nak pergi jenjalan di Time Square. Kendian, disebabkan salah ambil tren, yelah sepatutnya tunggu satu lagi tren (konon nak sama2 dalam satu tren dengan teacher laa) jadi terpaksalah aku pergi dan turun dulu kat stesen KL SENTRAL dan tunggulah hampir setengah jam disitu.

tunggu punya tunggu..

punya tunggu...

tiba2 ada seorang mamat nie menghampiri aku. masa tengah menunggu tu. mula2 aku bereaksi macam biasa aje..siapa aku nak suruh 'Hoi Pok cik, tempat duduk nie sudah direserve sila beralih ke tempat lain'..mahu dipelankung kepala aku tak semena-menanya..

aku buat donno dengan muka donnat.....

...............

"adik, ada duit pecah2 tak?" dia tetiba bertanya..

aku dengan muka blur sekejap menoleh ke muka dia.. OMAK KAU!! Makhluk asing eh eh Pendatang Asing!!

serius terkezut mak noks!! dengan muka dia yang tercopang camping eh baju dia yang tercopang-camping, rambut kusut masai..membuat aku rasa nak pengsan time tu juga..

tapi aku istigfar bebanyak sambil berkata 'dihadapan ko tu manusia, bukan hantu, jin atau makhluk asing' duh!!

kendian, dia tanya semula soalan dia bila tengok aku diam sejuta bahasa..sambil dia tunjuk duit kertas Sehinggit..aku pun cari purse nak keluarkan duit syiling..

sambil aku belek2, cari2 duit syiling , dah cukup..aku bagilah duit syiling bernilai sehinggit tu pada dia..dia masih tidak berganjak, duduk disebelah aku.. mengira balik duit2 itu dengan suara yang kuat..

20sen..

40sen...

60sen..

70sen..

90sen..

SERINGGIT!!! yeahhhh *sambil menepuk-nepuk lutut aku*

dalam hati "apahal mamat nie excited sangat?? klo yer pun, jangan lah hempuk kepala lutut aku..kang tercabut, ko nak ganti ker??"

aku membebel dalam hati..tak selesa dengan kelakuan dia..dahlah depan khalayak ramai..tak pasal2 aku tuduh dia cuba ambil kesempatan..

selepas dia bersorak sakan tu dia blah sambil lompat terkinja-kinja..konon happy sangat lettew..WAIT!!! duit aku dia tak pulang!! ceh, kata nak tukar duit pecah2!.. last2 duit aku dia kebas.. (takpelah aku sedekah )

ingatkan orang gila tu tak cerdik, rupanya orang yang sihat pun belum tentu lebih cerdik dari dia....hambek sedas kat dahi..



akhirnya pernantian ku tamat, aku dengan adik angkat aku akan tersengih, tergelak bila teringat kejadian itu.. fuh!! nasib baik dia bukan nak apa2kan kami..nauzhubillah..

5 comments:

Cik Mun said...

hahaha..dah terkena..

ammelia yusoff said...

@Cik Mun lawaknye la. hahaha takpe,sedekah dapat pahala jugak tu. baru follow sini :)

aini shahroni said...

@ammelia yusoff thank you my dear :) nnti saya singgah blog awa yer..

Diyana said...

hurmmm..uishh sungguh berani mengahdapi manusia begitu ek..

cik didiey said...

hehe...halalkan je lah ye :)