Instagram

Wednesday, January 9, 2013

Tips untuk rasa dihargai..

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum..Hari ini Cik Arkitek Hati nak bagi beberapa tip kepada mereka yang membaca blog awesome nie..ehiks! *perasan lettuw*
image
Tips apa Cik Aini? tips apa? nak tahu..nak tahu..

bagi yang excited terlebih tue..sila sabar2kan diri anda yer..(ada ker? ntah2 Cik Aini nie jer yang perasan terlebih)imagehik hik..Dah baca title post? bagus!

Most of us nak rasa dihargai..dihargai oleh orang tersayang..dihargai oleh orang terapat..dihargai oleh orang terbenci..erk..ada ker? hahaha.. abaikan! yang penting kita kita semua nie, mesti ada satu perasaan untuk rasa dihargai..yea dok?? yang pakai songkok belang2 tue.. jangan nak geleng2 kepala yer..ha? tengah zikir? bagus teruskan geleng2kan kepala kamu..
maksud dihargai itu, bukanlah kita memerlukan hadiah yang mewah2..bukan nak minta kereta Camry sebijik..bukan nak suruh orang bagi banglo seketul..TAPI cukup sekadar berterima kasih.. bagi aku, secara lojikanya dengan hanya mengucapkan TERIMA KASIH itu amat memadai..tapi kalau nak bagi gak Lamborghini..apa salahnya..kau kan kayo! muehehe..

tapi Kata Bijak Pandai

jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. 

Malah ada di antara hukama berkata,

 “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa! kerana manusia tidak pandai berterima kasih”.
Could you see it? Cuba kita lihat orang disekeliling atau yang lebih dekat cuba kamu lihat diri kamu sendiri.. apakah kamu diantara orang yang sentiasa mengucapkan terima kasih di atas kebaikan orang lain? Sudahkah kamu menghargai setiap jasa dan pengorbanan yang dilakukan orang lain terhadap dirimu (terutamanya keluargamu, ibu bapamu)??

Pernahkah kamu mengucapka terima kasih kepada makcik yang menyapu sampa ditepi jalan, yang mencuci tandas awam, yang membersihkan najis2 kamu? atau paling tidak, pernahkan kamu melemparkan senyum yang manis buat mereka?? yah! mungkin itu memang tugas mereka, tapi tanpa mereka kita tak mungkin akan berada dalam keadaan selesa..

tepuk dada tanya iman!

so, Tip yang  untuk rasa dihargai adalah denganMENGHARGAI ORANG LAIN TERLEBIH DAHULU

'What you give, you get back!'

Yang kenya,BANYAK MELAKUKAN KEBAIKAN TANPA MENGAHARAPKAN BALASAN dalam erti kata yang lainBUAT SESUATU BIAR IKHLAS.

'It's Allah's promise. Every good deed will be paid with good thing'

So whoever does an atom's weight of good will see it,

And whoever does an atom's weight of evil will see it. (al-zalzalah 7-8) 

Yang Kenya,BANYAKKAN BERSYUKUR! berterima kasih itu adalah salah satu cara kita bersyukur dengan Allah..Meaning that, jika kita banyak bersyukur, automatically kita akan banyak berterima kasih. Sampai disatu tahap, kita dah tak perlukan ucapan terima kasih dari manusia lagi kerana kita merasa 'rasa' syukur terhadap Allah melebihi segala2nya..'Allah is enough for me'

Yang terakhir,BERSAHABATLAH DENGAN ORANG YANG MERENDAH DIRI. kenapa perlu bersahabat dengan mereka? dalam ayat yang senang 'hanya orang yang merendah diri banyak menghargai orang. Nak harapkan orang sombong hargai kita? jangan harap!'

'....orang yang paling cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati....'

Akhir kata, sila renung dan amalkan..



segala yang ilmu yang baik datang dari Allah s.w.t dan segala yang buruk adalah atas kesilapan saya sendiri..Let's striving to be a better Muslim!


Thanks for reading this entry!
Drop your comment here!
Lots of Love!
XOXO

3 comments:

Mohamad Khairil said...

blog anda di review..
http://diarijejakahangat.blogspot.com/2013/01/segmen-review-blog-bertuah-2.html

Mimie said...

tips yg bagus nih

HanaNabihah said...

Betul2. Kalau nak org hargai kita. Maka, kita dahulu perlu belajar menghargai. Tak salahkan. Makin disayangi ade. =)