Instagram

Wednesday, January 16, 2013

Apa masalah aku dengan telepon?!

Bismillahirahmanirahim.

sudah baca title post??

nie jawapan aku "AKU MEMANG BERMASALAH DENGAN ENGKAU, WAHAI TELEPON!!!" *nada penuh emo*

semalam, aku dah senaraikan 'things-to-do' untuk hari ini.. so, antara perkara yang aku perlu buat untuk hari ini adalah;

-Ambil markah koko kat sekolah
-Pergi daftar kat Amsa untuk ambil lesen 'p' (tukar tempat belajar memandu)
-Beli something untuk buah tangan
-Pergi rumah Cikgu Jamariah for lunch bareng (together with 5 Budiman '12)

secara ringkas dan padat, perkara2 yang perlu dibereskan tidak terlaksana dengan baik HANYA DISEBABKAN sebuah benda..

YUP,it was telepon!

aku adalah seorang manusia yang tak suka pakai telepon..kuno??..whatever!..lantak aku lah beb, nak pakai ker, taknak pakai ker..nak celup dalam jamban ker..nak jadikan gulai tempoyak ker..suka-suki akulah..

jadi entry ini Terhupdate adalah bertujuan untuk clarify kan kat korang sebab kenapa aku benci sangat dengan telepon (handset)

dulu, aku selalu kena kacau dengan pangilan dan SMS yang menyerabutkan otak dan hati aku..bukan sekor dua jer tau..kenapa layan? masa mula2 tu, aku memang layan..dah diaorang tanya benda2 basic..aku pun husnuzhon laa..tapi bila dah ramai yang seperangai macam tue..last2, apa agi benganglaa kowt..lagi pun masa tu aku tak berapa nak matang..uhuk!..habis kredit aku!!!! at the end, aku tukar num telepon..tapi still macam tu juga..walaupun berlainan orang..haish!

bila dah asyik call, telepon aku tue asyik bunyi jer..even dah pagi2 buta..aku tak layan.. tapi kebisingan dan kenyaring telepon aku tue buat aku rasa hampeh..rasa nak campak dalam laut..dahla orang nak tido..pastu, ada gak yang menanya ayat yang paling annoying. 'hai, tengah buat apa tu?'..you see?! nak jer aku memercikkan sengala kaki-maki aku 'dah pagi buta kowt, takkan lah tengah menjahit...' tapi aku sabar dan cool jer..

aku tak suka  bunyi alarm, even though aku yang switch on kan alarm..

aku tak suka orang telepon aku pagi2..

dan beberapa sebab yang perlu disembunyikan..

that's way, the reason yang aku 'susah' nak bagi no. telepon kat sesiapa..sebab aku tak suka pakai telepon.. lantaklah hang nak dok kutuk aku hidup dalam zaman paleolitik..

Jadi, dipendekkan apa kaitan telepon dengan perkara 'Things-to-do' aku hari ini adalah

KES PERTAMA

tadi, lepas aku ambil markah koko..aku dan Ibu pergi ker Amsa untuk mendaftar..aku masuk dengan muka girang seperti kanak2 ribena yang baru dapat ais-krim..pastu, datanglah seorang 'Pakcik' nie yang spoil my mood.. apalagi, terus tak bersemangat nak belajar memandu kat situ..benci guwe!!

tapi, aku cuba rationalize diri aku semula..think positive! then, kami pun ber'discuss' dengan seorang abang (aku panggil dia abang sebab dia lagi muda dari pakcik tue) tentang segala rencana berkenaan kelas memandu aku..dengan muka toye dan tidak berminat..aku dengar apa yang dia cakap..

dia minta aku isi satu borang kowt..dah isi, aku pun bagi balik  *xbagi pun , just letak atas meja dan buat tak endah* kat borang tue dia ada minta nombor telepon..macam biasa, aku letak nombor telepon ibu aku..pastu, dia kata letaklaa nombor sendiri..nanti senang nak contact dengan pengajar..

'saya tak selalu buka telepon'-aku jawab dengan penuh innocent tapi yakin..

'letak jer'-dia suruh balik.

'letaklah nombor telepon walau tak pakai' ibu aku cuba menyakinkan aku.

'sekarang nie pon enset tak bawak, buat apa nak letak' aku jawab dengan nada menekan..

at the end, bila abang tu nampak ketegangan keadaan dia pun beralah..'okey, takpe2'
aku apalagi tersenyum puas..*imagine: sinchan goyang2 punggung* hahaha..motipkan?

pastu aku tanya ibu aku, 'takde pengajar perempuan ker?'

'takde, alah lelaki pun boleh..nak belajar jer pun bukan nak buat apa'-ibu aku balas (masa tu abang tue xde kat situ)

'ini bukan masalah nak belajar, tapi masalah selesa'- aku mula tak bersetuju.

'habis, kita dah sampai sini..takkan nak cari tempat lain..ibu dah nak bayar nie..'-ibu pujuk dengan nada sayu.

aku termenung kosong...tak mengiyakan..tak menidakkan..

'takde pengajar perempuan ke?'- ibu aku tanya kat abang tu (bila abang tue kembali)

'hmm, xde kak..tapi, jangan takut..kat sini takde kes yang pengajar buat bukan2 kat pelajar...takde pengang2..dan saya bagi pengajar yang terbaik'-jawab abang tue nak penuh keyakinan..

imageaku rasa nak tergelak..ke situ dia pikir..dalam hati aku..okey, terima kasilah kerana caring..hahaha..

bila dah pergi dari situ..aku rasa bersalah 'sikit' kat abang tue sebab meninggikan suara (tak tinggi mana pun) masa dia mintak nombor telepon..paranoid betul aku nie..hahaha


KES KEDUA

selepas pergi beli buah tangan..aku dan ibu menyusur ke rumah Cikgu Jamariah..rasa tak sabar2 nak peluk cikgu..ecited mak noks!..

aku cari alamat yang diberi oleh Maisarah (classmate)..apa yang aku ingat, mai kata dekat dengan ABIM.. dalam otak aku set, ABIM JALAN 3.. so, sampai seksyen tiga.aku  pun baru baca alamatnya..kat situ tulis.. JALAN 2/2B..

pastu Ibu aku kata, kalau Jalan 2/2B maksudnya kat seksyen dua laa..tapi, aku penuh yakin jawab yang aku salah tulis (lagi pun masa tu aku tak berapa focus masa tulis alamat tu) aku pun cakap, JALAN 3/2B kowt.. terpusing2 kami mencari...dah nampak ABIM tapi, tapi tak jumpa JALAN 3/2B pun..

bila dah fed-up tue..barulah aku mendail nomber Maisara dengan enset ibu aku..nak tahu apa Mai cakap..

image'Rumah cikgu kat Jalan 2/2B..tapi, acara tu cikgu dah postponekan ke minggu depan..AINI TAK DAPAT MESEJ SA, KE?'

yah! gelakkan untuk diri sendiri..huahuahuahuahuahahahahahaha...ada enset tapi tak pakai..padan muka..nasib baik Ibu aku cool jer hari nie..

lesson learn yang aku belajar hari ini..buat apa nak bermusuh dengan telepon..sebab sekarang nie telepon bukan menjadi kemahuan kita dah..tapi lebih kepada keperluan..

oleh itu, aku berjanji, Untuk membaiki hubungan aku dengan telepon..hehehe..daa

Thanks for reading!
Lots of love!
XOXO

4 comments:

najiah shaharain said...

nice..:)

shukri said...

apalah adek ni..dengan telepon pun nak cari gado..hahahaha..dah2 lain kali pakai nset..xmenyusahkan diri dan org lain..ish3..

TeTerBanG said...

hahhaaa...nset tu one of the most important thing dlm hidup. kita senang nak cari orang n orang senang nak cari kita. :)
bab orang yang dok kacau adik, buat lantak ja. kalu smpai dh thap moksya gangguan2 yg diterima, buat report polis. amacam idea kakak? gempak kan. haha..

aini shahroni said...

@TeTerBanG hoish!! bukan sekadar biasa2..ini luar biasa punya statement..muhaha..okey2..tgk practise balik, macam mana cara2 dan step untuk memakai telepon bimbit semula..ecehcehche..