Instagram

Monday, July 31, 2017

Pengalaman yang tidak akan dilupakan ketika di Aceh

Its been awhile, I haven't updated about travel. So, tonight I will force myself to at least update one post and share my experience. Since today I quite feel exhausted but I will try my best and give the best shot! Cewah! :p

If you haven't read this post [baca sini], you CANNOT continue to read this entry.

So, this is my last year trip to Aceh where I went there with a group of friends of mine. To me, Aceh is one of country that have very nice and lovely beach. I love Aceh because of the scenery and its history (and the foods also :p) Aceh is one of the place, I reflect myself how far I really understand the purpose of my life and how far I know my religion well, and act upon what my religion has taught me.

Basically, this post I want to highlight great moments and memories that I won't ever forget about Aceh. So, shall we start? :) 

Jangan tanya-tanya kalau tak nak

Sampai je kami di Aceh, kami terus cari pengangkutan yang boleh bawa kami ke Jeti Ulee Lheue. Dari jeti Ulee Lheue kami naik kapal untuk pergi ke Pulau sabang.

Bagi aku, di Malaysia, its normal to ask price for surveying. Yelah, nak compare harga untuk dapat the cheapest one. Tetapi, culture di Aceh tanya-tanya harga untuk survey ni tak normal dan boleh dikatakan biadap bagi mereka.

Once you tanya means you deal. Dah beberapa kali konflik ini terjadi sepanjang kami berada di sana. Stress weh bila nak jawab balik pertanyaan mereka kenapa kita tak jadi berurusan dengan mereka. Sedangkan pada masa tu kami just tanya harga je, belum ada dealing apa-apa. Dia orang punya buat muka bila kita tak nak perkhidmatan dia orang hmm tak payah nak cakap. Berkerut memanjang sampai kami rasa berdosa sangat tak berurusan dengan mereka.

Basically, benda ni memang terjadi dekat batang hidung aku sendiri. Masa kami nak pulang dari Pulau Sabang ke Banda Aceh, aku kena cari pengangkutan yang boleh bawa kami dari jeti Ulee Lheue ke Banda Aceh. So, aku ada dapat contact dari dua supir la. Supir R dan Supir A. One of it, supir yang pernah hantar kami dari airport ke Jeti Ulee Lheue masa hari pertama kami sampai, dia ni supir R.

So, aku tanya dua supir ni untuk tahu harga perjalanan. Dipendekkan cerita, supir A  tawarkan harga yang lebih murah dari supir R So, aku decide untuk guna khidmat supir A. And only God knows how dramatic that moment. Supir R ni macam tak boleh terima kenyataan yang kita orang tak guna khidmatnya sampai dia cari ke mana kita orang pergi. Dan orang yang jadi mangsa adalah aku. Dia memang cari aku. Nak jumpa aku. Nak face-to-face dengan aku. Dan nasib aku, dia ada no. phone aku. Memang tiap masa dia dok whatsapp aku tanya apa salah dia sampai aku tak nak deal dengan dia. Weh, serious annoying! Aku apa lagi masuk hari ketiga, aku terus block no. phone dia. And sampai Malaysia, dia still mention nama aku weh. Sebab next few weeks ada kawan aku yang lain pergi ke Aceh, dia orang terjumpalah dengan supir R ni masa kat airport. Supir R ni siap tanya, dia orang ni kawan aku ke. Hmm. Apalah nasib aku. Tapi, aku dah maafkanlah salah silap dia. Sebab akhir tahun lepas, aku format phone, pastu automatically whatsapp aku unblock no. phone dia (or sebenarnya dia pakai no. phone lain. Entahlah) Dia ada whatsapp aku, minta maaf dan tanya aku kat malaysia ke. Kalau datang Aceh lagi, contact la dia. Hmmmmmmmmmm.

Duit hilang

One our first day in Aceh, sampai saja kami di airport Aceh. Masa tengah sibuk cari supir. Kami kehilangan duit travel kami. Kami syak mungkin ada pickpocket yang seluk duit dari beg kawan yang jaga duit travel kami masa dalam crowd. Tapi alhamdulillah, bukan semua duit yang hilang. Kawan aku dah asinglan duit by hari-hari. So yang hilang duit untuk hari pertama kami di sana. Sedih tapi kami belajar untuk berhati-hati selepas tu.

Bajet lari, banyak aktiviti kena cut down

Disebabkan kejadian kehilangan duit hari pertama, bila buat calculation semula, rupanya bajet dah lari sedikit. Ada beberapa aktiviti terpaksa di cancel. So, kami sit for short meeting untuk bincang macam mana nak solve problem. And me as leader at that moment memang pecah kepala macam mana nak susun semula dari bajet ke aktiviti untuk hari-hari seterusnya. Berapa amount yang boleh di-spend-kan, berapa yang kena cut down so that kami semua boleh survive untuk one week dan berapa jumlah kena tambah dari duit poket sendiri. 

Honestly, memang terasa stress masa tu tapi sebagai leader, aku belajar untuk handle stress and sentiasa kelihatan cool dan tidak melepaskan stress pada orang lain. Everyone comes here to learn. So, kami bincang elok-elok then susun balik itinerary. Alhamdulillah, semua kembali stable. Memang kena ada pengorbanan sedikit la, everyone kena keluarkan duit poket sendiri untuk back-up bajet yang dah lari. Masing-masing hulur mengikut kemampuan sendiri sebab memang ada some of us yang tak mampu sebab dia ikut trip ni cukup-cukup dengan duit yang dia dah prepare mengikut perancangan awal. Masa situasi ni, aku memang belajar banyak perkara terutamanya dari segi emosi. Sebab ini adalah trip pertama kali aku pergi dalam group yang besar. Well, masing-masing ada perangai tersendiri tetapi atas niat dan tujuan yang sama kami datang sini, itulah yang banyak menyatukan kami.

Homestay

Sebelum kita orang (aku dan kawan2) sampai di Aceh, kami sudah survey beberapa tempat penginapan untuk kami tinggal sepanjang kami berada di Banda Aceh. Kami survey melalui internet. So ada satu homestay ni yang agak murah dan kawasan homestay itu berdekatan dengan tempat-tempat yang kami rancang nak pergi. Then, kami book tempat itu untuk 5 bilik secara online. Booking homestay ni kami buat sebulan sebelum nak pergi.

Masa hari kejadian, supir A yang bawa kami dari Jeti Ulee lheue ke tempat penginapan pelik kenapa kami memilih untuk tinggal di homestay berkenaan. Dipendekkan cerita, supir A beritahu homestay itu sebenarnya bukanlah seperti apa yang digambarkan dalam website. Dia cakap tempat itu sangat tak sesuai especially untuk muslimah.

At first kami macam tak percaya kata supir tu, so supir A pun bawak kami ke homestay tu untuk buktikan kata-kata dia. 

Wallahi, its horror weh! Memang tak serupa dengan apa yang digambarkan. No wonder la tempat ni murah. Homestay tu bukanlah buruk, cuma ia tak sesuai la untuk kami yang semuanya perempuan. Dengan bilik air berkongsi lelaki perempuan. Pastu tempat tu tak tertutup, orang luar simply boleh masuk je kawasan kita. (Mostly yang paling tempat ni backpacker matsalleh) So, bila dah tengok kawasan sekitar, kita orang decide nak cari tempat lain.

Tetapi, ada adegen yang tidak diingini berlaku. Orang homestay itu taknak lepaskan kami. Kata dia, kita dah deal dengan mereka. Then, bila kita tarik diri last minute macam ni seolah kita telah mencuri rezeki mereka. Orang homestay tu macam nak halang kami keluar dari homestay tu. Maka terjadilah drama sinetron masa tu, supir kami siap berlakon semata-mata nak melepaskan kami dari situasi tu. Cuak dan kelakar kalau diingatkan semula.

Kami berjayalah melarikan diri dari orang tu. Dan kami bersyukur dengan pertolongan supir kami, kami dapat selamatkan duit kami dan alhamdulillah supir kami juga tolong kami carikan homestay yang lebih better dari tempat tu. 

Bersambung....

I feel sleepy now, so I need to sleep because tomorrow I have rotation early in the morning. I will update the continuation of the story as soon as possible. Hope, you guys can wait!



 Love,
AH

3 comments:

Maisarah Humaira said...

bestnya dapat ke Acheh :)

www.maisarahsidi.com

Amanda Suria said...

Setuju..di indonesia bukan di Acheh sahaja, dimana pun once kalau dah tanya its a confirmed..kalau tak mereka akan ungkit dan ada yang lebih dahsyat akan kenakan ilmu pada kita..SA experienced dengan salah seorang supir masa pi Lombok...sebab tu jgn sekali- sekali compare dkalau ke sana..kita memang nak yang lebih murah...tp disana budaya tu adalah satu penghinaan buat mereka.

Khadeejah Hasmad said...

Agaknya memang jenis orang sana sekali deal tak boleh cancel, itu yang homestay tu tak kasi keluar kot ea. Nasib baik Supir A tu baik kan. Scenery nampak cantik.