My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Monday, May 1, 2017

Rindu yang tidak berjasad

Bismillah

pernahkah kau merindui seseorang
yang kau tak tahu pun siapakah orang yang kau rindu itu?

pernahkah kau merindui seseorang
yang kau tak pernah tahu kewujudan dia ada atau tidak di muka bumi ini?

pernahkah kau merindui seseorang
jasadnya, jiwanya, rohnya yang kau tak pernah jumpa selama kau hidup di dunia ini?

aku..
pernah :-)

aku tidak tahu jika perasaan ini normal bagi seorang manusia
tapi, apa yang aku hendak perkatakan,
rindu ini satu perasaan yang aneh

perasaan rindu ini
ia tidak sama seperti perasaan suka,
ataupun perasaan cinta,
ataupun perasaan marah,
atau perasaan benci


rindu ni
ia tak memerlukan satu jasad yang kokoh (solid) untuk kita merindui

rindu ni
ia tak semestinya buat seseorang yang kita cinta

rindu ni
satu perasaan bebas yang semua orang berhak rasa dan akan rasa

dan rindu ni
ia tidak pernah diperincikan untuk setubuh manusia
kerana barangkali yang dirindukan itu adalah
suasana
memori
barang
kenangan
kebersamaan

ah!
susahnya nak perjelaskan apakah itu rindu.
pokoknya, rindu itu adalah satu perasaan yang bebas tetapi misteri

bebas untuk siapa
misteri kerana apa

Dan apa yang aku boleh gambarkan
perasaan adalah seperti
satu lukisan yang indah
dan rindu adalah
satu cebis puzzle hilang dari lukisan itu

rasa tak lengkap

miss: notice the loss or absence of.
  • feel regret or sadness at no longer being able to enjoy the presence of.
  • feel regret or sadness at no longer being able to go to, do, or have.

kadang-kadang bila rasa "rindu" terlalu kuat dalam hati
aku akan cepat-cepat menulis,
sebab orang kata kalau rindu beritahulah pada si empunya badan
tapi, oleh kerana "rindu" aku ni tidak berjasad
aku hanya mampu melepaskan dengan menulis

:-)

tapi jika suatu hari nanti
Allah izinkan aku bertemu dengan jasad yang aku rindui itu
aku teringin nak cakap sesuatu kat dia

"thanks for being mystery until the day I meet you,
because starting from today and onward, this feelings is no longer deniable"

AH

3 comments:

Mieza S said...

pernah. dan kadang - kadang sebab rindu, aku menangis mengenangkan siapa pemiliknya.

Anonymous said...

Itu lah fitrah mahluk bergelar manusia, We need love and we need to be loved. Hope you shall meet your Mr Right soon. Best of luck.

hasyimahshe said...

pernah dan sangat sakit. Cuma berkubur buat ubat.