My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Sunday, February 5, 2017

B.A.N || Bab 5

"Hello, Miss. Are you from Malaysia?"
sapa seorang lelaki yang duduk di seat sebelah Aishah. Lelaki itu bermata sepet, kulitnya sangat cerah bagi seorang lelaki, bibirnya berwarna merah jambu natural, rambutnya dipotong ala-ala gaya lelaki korean.

Aishah tergaman seketika. 
'Cantiknya!'
hati Aishah berbisik.

Itu pertama kali Aishah melihat seorang lelaki yang berwajah cantik walaupun sebenarnya cantik tu sangat sinonim dengan wanita. Tetapi, kali ini ia ada pada lelaki.

"Oh, yes I am from Malaysia"
balas Aishah selepas dia perasan lelaki itu lama memandang wajahnya, Aishah cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke bawah. Malu.

"My name is Farizat Haris, but you can call me Ejat. Nama awak siapa? Seorang sahaja ke dalam flight ni?"
tanya lelaki itu dengan senyuman manis di bibirnya. Walaupun lelaki itu berwajah kacukan, tetapi lelaki itu fasih berbahasa melayu sehingga tidak ada sedikit pun logat yang tercampur.

"Boleh panggil saya Aishah. Ya, saya seorang saja"
balas Aishah tanpa memandang lelaki yang duduk disebelahnya. Bukan dia tidak berminat untuk berbual dengan lelaki itu, tetapi dia cuma tidak selesa bila berjumpa dengan orang baru.

Kapten kapal sudah buat pengumuman menandakan kapal bakal berlepas dalam beberapa minit lagi. Crew cabin menunjukan demo keselamatan semasa dalam kapal terbang. Aishah membetulkan tali pinggang keselamatannya untuk dia duduk lebih selesa. Aishah duduk di sebelah tingkap dan di kanannya lelaki yang berwajah kacukan tadi.

Aishah memandang ke tingkap, tempat duduknya berada di atas sayap kapal terbang. Pandangan Aishah kosong, sekosong hatinya sekarang ini. Kapal terbang yang dinaikinya sudah berada dilandasan untuk berlepas. Aishah menarik nafas panjang, dalam hati dia berdoa semoga perjalanannya selamat.

Kapal terbang itu laju membelah awan yang berkepul-kepul, kadangkala terasa gegaran pada kapal terbang itu. Telinga Aishah terasa sedikit berdegung akhibat perubahan tekanan ditempat tinggi. Aishah mengeluarkan gula getah dari beg tangan dia lalu dia menguyah gula getah itu untuk menghilangkan sembu pada telinga dia.

Selepas beberapa minit,  kapal itu sudah berapa di posisi yang stabil di atas udara. Lampu tali pinggang sudah dipadamkan menandakan penumpang boleh membuka tali pinggang yang dipakai untuk ke tandas tetapi untuk tujuan keselamatan penumpang dinasihati untuk terus memakainya.

Aishah merebahkan sedikit tempat sandar kerusinya, dia mencari posisi yang sesuai untuk melelapkan mata dengan keadaan lelaki disebelahnya yang membuat dia tidak bebas untuk tidur sesuka hati. Lelaki tadi, leka membelek majalah yang disediakan dalam kapal terbang itu.Kerusi di sebelah lelaki itu tidak berpenghuni, maknanya di barisan itu hanya mereka berdua sahaja yang duduk.

Mata Aishah mula mengatuk, badannya terasa penat kerana sejak pagi dia tidak rehat selapas saja dia menghantar laporan pada pengarah dan surat untuk bercuti tanpa gaji, Aishah terus pulang ke rumah dan bersiap untuk berangkat ke airport. Disaat mata Aishah mahu tertutup, Aishah terasa tempat sandar kerusi disebelahnya rebah sedikit, tetapi mata Aishah tak berdaya untuk buka lalu Aishah melayan sahaja ngantuknya.

"Excuse me, sir. Sorry for disturbing you.This is your meal that you booked. Would you like to eat now or later?"
Ejat yang sejak tadi mengelamun, terkejut dengan sapaan pramugari yang sedang memegang dulang untuk memberi makanan padanya.

"Oh, ya. It's okey."
Ejat buka meja kecil di hadapannya untuk membenarkan pramugari itu meletak makanannya.

"Lady beside you, is she fall asleep?"
tanya pramugari dengan lembut.

"Ya, she is sleeping. She might be too tired, I guess. You want to give her meal, isn't? She may be quite hungry when she wake up, I think you should put her meal here then when she's up, I will pass it to her."
jelas Ejat pada pramugari itu sambil dibukakan meja kecil di kerusi sebelah kirinya yang tidak ada penghunu untuk diletakkan makanan Aishah.

Ejat tidak mahu menganggu tidur Aishah sebab dari bunyi dengkuran halusnya, Ejat yakin Aishah sedang kepenatan. Kerana itu Ejat tidak jadi untuk meneruskan perbualannya dengan Aishah semasa kapal terbang belum berlepas tadi. Ikutkan hati Ejat, banyak lagi dia ingin bertanya pada Aishah. Tetapi dia menangguhkan hasratnya dahulu.





















"By the way, Miss, can you get for me a blanket?"
pinta Ejat sebelum pramugari itu pergi.

"Okey, sure."
balas pramugari itu.

Selepas beberapa minit, pramugari itu datang kembali dengan membawa selimut berwarna merah lalu diberi pada Ejat.

"Thank you"
Ejat mengucapkan terima kasih pada pramugari itu sambil dilemparkan senyuman padanya.

Selimut yang sudah bertukar tangan itu Ejat bukanya dari lipatan, lalu diselimutkan pada badan Aishah. Kerana sejak tadi, Ejat melihat Aishah mengosok lengannya seperti kesejukan tetapi matanya masih tertutup katup. Ejat jatuh kesian, dalam fikirannya dia fikir mungkin Aishah kesejukan tetapi kerana kepenatan yang Aishah alami sehingga menyebab Aishah tidak larat membuka mata.

Aishah mengalihkan badannya ke kiri, tangannya dibawah dagu menampung wajahnya. Ejat menyandarkan badannya ke kerusi, badannya dikalih ke kanan. Wajahnya dan wajah Aishah hanya jauh beberapa jarak, Ejat merenung wajah Aishah yang kelihatan sangat lena dan tenang, dari mata, ke hidung, ke pipi hingga ke bibir.Mata Ejat terberhenti disitu.

'Cantiknya.'
bisik Ejat.

Lama Ejat merenung wajah Aishah, sehingga dia pun turut terlena.

#bab5
#belumadanama
#novel

Baca bab sebelum:

Bab 1,2,3,4

1 comment:

Seorang Syed said...

saya blogwalking dan follow blog ni ya. Jemputlah melawat blog saya yang masih baru :)