My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Heart of blog

Friday, January 27, 2017

B.A.N || Bab 4

Anisa mematikan enjin keretanya. Kereta Vios putih diparkir bersebelahan dengan kereta Swiff kelabu milik sahabatnya di hadapan rumah orang tua sahabatnya.

Anisa membetulkan tudungnya yang sedikit tertarik kebelakang, ditepek bedak BB Cushion sedikit ke muka untuk menghilang minyak di mukanya selepas seharian bekerja. Dia keluar dari kereta lalu melangkah perlahan menuju ke pintu rumah orang tua sahabatnya.

"Assalamualaikum. Assalamualaikum."
Anisa menunggu orang di dalam rumah menyahut. Kedengaran ada orang sedang berbual-bual dengan nada perlahan di dalam. Selepas beberapa saat, pintu dibuka.

"Wa'alaikumusalam. Oh, Anisa rupanya. Auntie ingatkan siapalah tadi. Mari masuk, Anisa."
pelawa Auntie Zu.

"Terima kasih, Auntie."
balas Anisa dengan sopan. Anisa menanggalkan kasutnya di luar lalu melangkah masuk ke dalam rumah Semi-d dua tingkat milik keluarga sahabatnya.

"Duduk jap,ye. Auntie nak ke dapur sekejap."
pesan Auntie Zu, Anisa hanya mengiyakan sahaja.

"Uncle Ha pun ada?"
sapa Anisa ketika melihat Uncle Ha di ruang tamu.

Uncle Ha membalas dengan senyuman saja. Uncle Ha seorang yang kurang bercakap tetapi sangat murah dengan senyuman. Anisa sudah mengenali Uncle Ha sejak dia dibangku sekolah rendah. Anisa sangat mengagumi Uncle Ha dengan sifatnya yang dermawan tetapi sangat rendah hati pada sesiapa sahaja.

Anisa melabuhkan punggungnya di sofa, sementara menunggu Auntie Zu turut duduk bersama, Anisa membelek telefonnya. Terdapat beberapa whatsapp yang belum dibaca. Tanpa sempat Anisa meneruskan niatnya untuk membaca whatsapp itu, Auntie Zu datang menghampirinya dengan segelas air coklat panas di atas dulang kaca bersaiz kecil. Dari jauh sudah dapat bau aroma air coklat panas Auntie Zu. Air itu juga adalah air kegemaran sahabatnya sejak dulu lagi.

"Jemput minum, Anisa"
pelawa Auntie Zu sambil mengambil tempat disebelah Anisa.

"Terima kasih, Auntie. Hmm.. sedap seperti biasa air coklat ni"
puji Anisa ikhlas, Anisa meneguk air coklat tu sehingga separuh,

"Apa hajatnya kamu ke mari? Tak ada whatsapp Auntie dulu pun. Kalau tidak Auntie boleh lah Auntie buat kuih sikit untuk kamu."
kata Auntie Zu,

"Ish, tak perlu susahlah Auntie. Saya datang ni sekejap je. Dah lama tak jenguk Auntie dengan Uncle"
balas Anisa segan.

"Macam ini Auntie, saya datang ni sebab Aishah. Hmm, macam mana nak mula ye. Auntie tahu ke Aishah pergi ke mana?"
sambung Anisa memulakan topik utama kehadiran dia ke situ,

"Oh, pasal Aishah, Entahlah, Anisa. Kami ni pun pening kepala memikirkan pasal Aishah ni. Tapi dalam masa yang sama, kami ni kesian sangat dengan dia. Kami pun tak mampu nak buat apa-apa. Sebab itu semua melibatkan perasaan dia. Semalam masa dia berangkat ke luar negara, kami tidak ada kat sini. Auntie dengan Uncle pulang ke kampung sebab ada hal keluarga di sana. Adik Aishah yang hantar Aishah ke airport hari itu, Masa Aishah pergi, kami hanya tahu hasrat dia nak pergi ke luar negara melalui whatsapp je. Itupun dia dah ada dalam balai berlepas. Jadi tak sempat kami nak buat apa-apa, Dia minta izin dari kami nak tenangkan diri kat sana. "
ulas Auntie Zu panjang,

"Oh, Auntie tak tahulah dia ke mana? Saya ni risau sangat pasal dia. Mungkin dia sedih sangat tentang pemergian arwah Ejat agaknya."
duga Anisa dengan nada sedih.

"Kami tak tahu Aishah ke mana. Tapi, Auntie rasa, Auntie boleh agak dia ke mana. Satu-satu tempat yang boleh merawat luka di hati dia"
kata Auntie Zu dengan tenang.

Anisa berborak lama dengan Auntie Zu. Uncle Ha sejak tadi sudah pergi ke taman buatan sendiri di tepi rumahnya, Habis segelas air coklat panas Auntie Zu. Anisa menyatakan hasrat untuk beransur pulang.

"Auntie jaga diri ye. Saya minta izin pulang dulu sebab dah nak magrib ni. Nanti susah pula nak nampak jalan."
seloroh Anisa lalu menyalami tangan Auntie Zu.

"Yelah, baik-baik bawak kereta tu, Jangan laju-laju nak sampai pula,"
pesan Auntie Zu seperti kebanyakkan ibu-ibu di luar sana.

Sudah Anisa anggap Auntie Zu ni seperti ibu kandungnya,

"Auntie, kalau Aishah ada whatsapp dalam waktu terdekat ni. Auntie beritahu saya ye"
pinta Anisa.

"Baiklah, kamu juga. Kalau Aishah ada whatsapp kamu, update la kat Auntie. Terima kasih datang jenguk kami."
kata Auntie Zu lalu memberi lambaian pada Anisa.

"Sama-sama kasih. Kirim salam Uncle Ha ye. Bye, Auntie"
balas Anisa,

Hilang sahaja kereta Anisa dari bayangan Auntie Zu, baru Auntie Zu menutup pintu rumahnya. Auntie Zu bersyukur anaknya mempunyai sahabat sebaik Anisa yang selalu peduli pasal anaknya. Auntie Zu sudah menganggap Anisa seperti anaknya sendiri, apatah lagi semenjak ibu kandung Anisa telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Anisa dalam kereta mengelamun seketika kerana mengenang sahabatnya.

'Aku tahu kau sedih, tapi jangan bawa hati lama-lama ye'
guman hati Anisa mengenangkan sahabatnya. Keperitan yang dahulu mula menghilang hadir kembali, parut yang dahulu mula sembuh berdarah semula. Anisa tidak menyangka begitu berat dugaan yang dihadapi Aishah. Tetapi, Anisa yakin Aishah adalah orang yang terpilih di antara ramai manusia, Aishah seorang wanita yang kuat sebab itu Allah pilih dia untuk diuji lagi dengan dugaan yang sama.

'Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau, Aishah'
bisik Anisa.


























#bab4
#belumadanama
#novel

Baca bab sebelum:

Bab 12, 3,

No comments: