My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Monday, January 23, 2017

B.A.N || Bab 2

'Ejat.. Kalau kau tak pergi dulu, aku mesti tak akan sedih macam ini.
Sunyi hidup aku tanpa kau, Ejat.
Ke mana lagi aku nak bawa luka ini, Ejat?
Siapa yang nak teman aku menangis lagi selepas ni?
Siapa yang nak membebel kat aku bila aku lupa nak makan tengahari?
Maafkan aku Ejat.
Buat roh kau tak tenang.
Sebab aku rindukan kau Ejat...'

Aishah menatap gambar polaroid yang tersimpan dalam buku diarinya. Gambar terakhirnya bersama Ejat dan rakan sekelas semasa kelas terakhir mereka untuk tahun akhir pelajar universiti di universiti terkemuka tanah air. Disentuh wajah Ejat yang hanya kaku digambar. Senyumannya yang tidak langsung menggambarkan itu adalah senyuman terakhir yang Aishah akan tatap untuk selama-lamanya.

“Ladies and gentlemen, welcome to Incheon Airport, Seoul, South of Korea. Local time is 9.00 AM  and the temperature is 10 degree Celsius.
For your safety and comfort, please remain seated with your seat belt fastened until the Captain turns off the Fasten Seat Belt sign. This will indicate that we have parked at the gate and that it is safe for you to move about. Cellular phones may only be used once the Fasten Seat Belt sign has been turned off.
Please check around your seat for any personal belongings you may have brought on board with you and please use caution when opening the overhead bins, as heavy articles may have shifted around during the flight.
If you require deplaning assistance, please remain in your seat until all other passengers have deplaned. One of our crew members will then be pleased to assist you.
On behalf of flight MH66 Malaysian Airlines, I am Captain Haikal Riduan and the entire crew, we’d like to thank you for joining us on this trip and we are looking forward to seeing you on board again in the near future. Have a nice day!”


Selesai sahaja Kapten kapal membuat pengumuman, kelihatan semua penumpang sudah mula bangun dan mengambil barang masing-masing. Aishah masih duduk kaku sambil memegang erat buku diarinya. Gambar polaroid yang Aishah tatap tadi sudah disimpan semula ke dalam buku itu,

Lama.


"Cik, boleh saya bantu?"

Aishah tersentak dengan sapaan ramah dari salah seorang cabin crew.

"Oh, tak apa."
 Balas Aishah dengan senyuman.

Perut kapal terbang yang dinaikinya sudah mula kosong, tinggal Aisyah dan beberapa penumpang yang agak berusia di dalam kapal itu. 6 jam perjalanan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Incheon Airport, Seoul itu terasa agak memenatkan bagi Aishah.

'Huuuhhh..Bukan tubuh ini yang penat, 
yang dalam ini kot'
Bisik hatinya.

"Kamsahamnida." 
Flight attendant yang berwajah manis menanti di muka pintu kapal mengucapkan terima kasih padanya. Walaupun mereka penat bekerja, mereka masih lagi mampu memaniskan muka dan memberi layanan yang terbaik kepada semua penumpang. Aishah membalas ucapan mereka dengan senyuman dan ditundukan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat.

Aishah berjalan menuju ke tempat pengambilan bagasi dengan berpandukkan signboard yang disediakan di lapangan terbang itu. Matanya ralit memandang keadaan sekelilingnya. Rasa rindu menerkam-nerkam hatinya.

Auch! Aishah meletakkan tangannya di dada. Dia terasa ada kepedihan di dalam itu. Huh. Aishah menarik nafas sedalam-dalamnya dan dihembus perlahan beberapa kali.






















'Take it easy, Aishah. You'll be okey soon. Fighting!'
Aishah memujuk dirinya.

Sementara menanti bagasinya keluar, Aishah mencari free wifi di sekitar kawasan itu kerana dia memerlukan internet untuk menghubungi pemilik guesthouse, tempat yang dia akan menginap untuk beberapa hari nanti.

'Alhamdulillah, berjaya connect'
Bisik Aishah dalam hati.

Berpusu-pusu notification masuk, bunyi tone notification seolah tidak mahu berhenti berbunyi. Aishah tidak mengendahkan whatsapp yang bertalu masuk, dia hanya ingin mencari nombor pemilik guesthouse tersebut dan menghubunginya melalui talian Kakao Talk. Pemilik guesthouse itu sempat pesan padanya untuk awal-awal lagi download applikasi Kakao Talk dari Malaysia untuk memudahkan mereka berhubung dan cuma memerlukan internet sahaja. Pesan pemilik itu lagi, di Seoul tidak perlu risau tentang internet kerana free wifi ada dimana-mana sahaja.

Beep~
Beep~
Beep~

Aishah menunggu pangilannya diangkat.

"Hello. Assalamualaikum. Anyohaseyo."
Pemilik guesthouse menyapa lembut dari hujung talian sana.

"Waalaikumusalam. Mrs Silming, this is Aishah. I want to inform you that I'd just arrived here, Incheon Airport. So, how do I want to go to your place? By cab or any public transport?"

"Oh, Cik Aishah. I'd just thinking about you. Then, out of sudden I've just received a call from you..."

Ketika Aishah sedang berbicara dengan Mrs Silming pemilik guesthouse, bagasi Aishah baru saja keluar dari kargo. Aishah bergegas ke depan mesin pemunggah bagasi yang sedang berpusing untuk mengambil dua bagasinya.  Satu besar, satu kecil. Ramai orang berkumpul disekeliling mesin itu. Sambil bercakap dengan telefon, tangan dia pantas bergerak mengangkat bagasinya ke troli. Selesai mengambi bagasinya, Aishah menarik trolinya keluar dari kesesakan khalayak ramai.

"Okey, Mrs Silming. InsyaAllah, I'll remember your instructions. When I arrive at the road you told me earlier , I'll inform you later. Thank you, Mrs Silming."

Selesai saja talian dimatikan.

"CIK!!"

Aishah terpinga-pinga. Dia seperti mendengar ada orang memanggilnya. Lalu dia menoleh ke belakang. Berderau darahnya melihat ada seorang lelaki berlari padanya.

'Alamak ada orang nak kejar aku. Kenapa kejar aku? Aku kena lari ke ni?'
Aishah sudah membuka langkah.

"CIK!!"

Aishah lari tercicit-cicit dari lelaki itu.

"CIK!! Jangan lari"
Jerit lelaki itu.

'Dari pengecaman suara, dia macam orang melayu. Eh, mestilah dia orang melayu. Kan tadi dia jerit jangan lari. Tak, yang aku lari ni kenapa?'
Otak Aishah bermonolog.

Terus saja Aishah memberhentikan langkahnya, lalu menoleh ke belakang sekali lagi. Tercungap-cungap lelaki itu bernafas menghampirinya. Perasaan kesian hadir dalam diri Aishah lalu dia mengutuk-ngutuk dirinya.

Lelaki itu berhenti dihadapan Aishah dengan jarak dua meter, cuba membetulkan nafasnya semula. Kasut hitam berkilat, seluar slack hitam langsung tidak kelihatan berkedut, kemeja lengen pendek warna putih, tali leher hitam terikat rapi dileher. Coat hitam dengan strip kuning dilengannya dipegang ditangan kanannya.

Sementara menunggu lelaki itu memulakan bicara, Aishah membuat scanning pada lelaki itu.

'Pilot ke?'
Bisik Aishah

"Cik, minta maaf kejar cik. Mungkin cara saya nampak suspicious sehingga menyebabkan cik lari. Tapi, saya nak beritahu yang cik terambil bagasi saya."
Beritahu lelaki itu sambil tangan ditundingkan pada bagasi kecil yang berada atas troli Aishah.

Aishah ternganga.
'Aku ni bermimpi ke?'























#bab2
#belumadanama
#novel

Baca bab seterusnya:

Bab 123

No comments: