My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Heart of blog

Sunday, January 22, 2017

B.A.N || Bab 1

























Dia beritahu, ini adalah kali terakhir dia merajuk dan dia berjanji dia tidak akan merajuk lagi selepas ini sampai bila-bila. Kata dia lagi, biarkanlah kali ini dia merajuk puas-puas. Usah dicari dia, kalau rajuknya sudah hilang. Pasti dia akan kembali semula. Kembali dengan diri dan jiwanya yang baru.

Itu pesan terakhirnya sebelum berangkat ke negara yang tidah diberitahu nama.

Huh.
Anisa mengeluh. Runsing hatinya memikirkan sahabatnya yang seorang ini. Bukan Anisa tidak mengenali sahabatnya, tetapi kadangkala keputusan yang sahabatnya ambil terlampau drastik sehingga menyebabkan tiada siapa sempat menghalangnya.

Digaru kepalanya yang tidak gatal. Anisa yakin sahabatnya mampu membawa diri dengan baik di negara orang. Sahabatnya itu sudah biasa pergi ke mana-mana seorang diri. Bila merajuk saja, dia akan ke luar negeri. Pergi ke tempat yang tiada siapa mengenalinya. Nak tenangkan diri katanya.

Hati Anisa berbisik sendiri.

Cuma yang membuat Anisa musykil adalah atas sebab apa sahabatnya membawa diri kali ini. Adakah pasal cinta atau keluarga. Ya, hanya dua benda ini saja yang mampu mengolakkan perasaan sahabatnya itu. Anisa bertambah musykil bila sahabatnya berjanji untuk merajuk buat kali terakhir. Bila mengenang pesanan ringkas yang sahabatnya hantar padanya sebelum bertolak itu membuat hati Anisa berdebar-debar. Hadir bayangan yang bukan-bukan difikirannya.

Family dia dah tahu ke pasal pemergian dia ni?
Anisa bermonolog.

Esok Anisa bercadang untuk singgah ke rumah orang tua sahabatnya selepas pulang dari tempat kerja. Mungkin Anisa boleh dapatkan sedikit info dari keluarga sahabatnya tentang pemergian sahabatnya yang seorang ni.

#Bab 1
#belumadanama
#novel

Baca bab seterusnya:

Bab 12, 3

No comments: