My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Heart of blog

Sunday, April 10, 2016

Sejenak berdoa

" Ada masa,

Kita kena duduk sejenak, berdoa pada Allah.

"Ya Allah,

Dahulunya aku bersama dengan barisan ikhwah akhowat yang mencintai jalan dakwah,
Tapi kini aku semakin jauh dari jalan itu,
Aku semakin dekat dengan jahiliyah,
Aku semakin jauh dari cintaMU,

Ya Allah,
Banyaknya dosaku,

Kini apa yang aku harapkan adalah secebis kekuatan dariMU,
Kekuatan untuk aku bangkit kembali ke jalanMU,
Aku menyesal ya Allah,
Aku tidak mahu tergolong dalam golongan mereka yang rugi.

Bantu aku ya Rabb. "

Ikhwah akhowat,

Disaat kita merasa diri sudah mula futur, rintihlah pada Allah.

Segera dalam taubat.

Panjatkan doa.

Moga Allah taut kembali hati kita di jalanNYA. "

No comments: