My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Some pieces of puzzles

Sunday, April 24, 2016

Secawan cappucino

Bismillah

hai peeps!

it's been while not to see you guys here
*kofkofkof*

so, what have you been up to today?
hopefully you guys are doing super great things :-)

kebelakang ni,
aku asyik terasa nak ber-leisure dekat coffee cafe
tapi kat area sini aku tak tahu kat mana port yang best
dan tambahan aku tak cukup duit untuk ber-leisure2 dengan sewenang-wenangnya
(sewenang-wenangnya means guna tanpa kepentingan dakwah)
aku rasa dah lama tak minum coffee sambil layan senaskah buku
which now I have so many book to be read
banyak gila!

haritu aku habiskan voucher buku RM250
untuk beli buku fikrah
tak dapat beli semua buku
voucher dah habis
huhuhu

okeylah..
malas nak taip dah
2 jam aku dok pikir nak tulis apa
hui hui hui
tunggulah bila idea ada mencurah-curah
aku update sampai kencang

insyaAllah

Sunday, April 10, 2016

Sejenak berdoa

" Ada masa,

Kita kena duduk sejenak, berdoa pada Allah.

"Ya Allah,

Dahulunya aku bersama dengan barisan ikhwah akhowat yang mencintai jalan dakwah,
Tapi kini aku semakin jauh dari jalan itu,
Aku semakin dekat dengan jahiliyah,
Aku semakin jauh dari cintaMU,

Ya Allah,
Banyaknya dosaku,

Kini apa yang aku harapkan adalah secebis kekuatan dariMU,
Kekuatan untuk aku bangkit kembali ke jalanMU,
Aku menyesal ya Allah,
Aku tidak mahu tergolong dalam golongan mereka yang rugi.

Bantu aku ya Rabb. "

Ikhwah akhowat,

Disaat kita merasa diri sudah mula futur, rintihlah pada Allah.

Segera dalam taubat.

Panjatkan doa.

Moga Allah taut kembali hati kita di jalanNYA. "