My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Heart of blog

Monday, February 22, 2016

Minyak dan Test

Bismillah

Aku tengok dia dari jauh
dia sedang ralit membelek phone

Tinggal 10 minit lagi
Sebelum test petang itu bermula
Test petang itu dibuat di P16

Haih
Dia ni tak tengok jam ke?

Sesampai dia di kereta
Kunci dipulas
Meter di dashboard menyala

Kelip
Kelip

Meter minyak berkelip-kelip
Tanda minyak nak habis

Dia mula cuak
Dalam fikiran dia ada dua benda

Pergi test,
kereta berhenti kat tengah jalan.

Pergi isi minyak,
comfirm nanti terlambat pergi test.

Gear reverse ditolak
Kereta hitam dia meluncur laju
bergerak tanpa sempat dipandu

6 minit
5 minit
4 minit

Eh, apa dia buat ni?
Kenapa belok ke kanan?
Dia nak ke mana?
P16 kat sebelah kiri!

Laju kereta meluncur
Seolah mahu melawan sunnahtullah
Perjalan yang mengambil masa 20 minit ke stesen minyak,
Dia yakin dia mampu buat 4 minit

Dia gila!

Selesai isi minyak 10 ringgit
Cukup sekadar menghilangkan kelipan di dashboard.

Dia pecut keluar dari stesen minyak
Lajuu

Jalan raya penuh kereta
kiri kanan kereta sibuk memotong

1 minit tinggal

Pecuttt

Dia sedar hakikat dia
Tak mungkin sampai pada masanya
Huh

Kereta di park depan bangunan P16
Jam dashboard menujukkan dia lewat
6 minit

Bang!!
koridor depan dewan lengang
Semua pelajar dah ada dalam dewan

Mungkin sekali sedang bertungkus lumus menjawab ujian

Huh
Dia berbelah bagi

Sama ada mahu rempuh masuk dewan
Atau, patah balik dan cipta 1000 alasan

Hati dia mengumil.
Apa tarbiyah yang tuhan mahu ajarkan.

Tsk

No comments: