Instagram

Saturday, July 25, 2015

The Centre Of Tarbiyah

Dengan nama Allah, Pemilik hatiku
Salam rindu buat imamku Rasulullah saw
Apa khabar iman semua?

Dah lama tidak bercakap-cakap tentang tarbiyah..
Sungguh, aku sangat merindui suasana tarbiyah di UTM, bi'ah soleh di RI Johor, yea Johor is my centre of tarbiyah..

Rindu untuk bertemu akhwat2..
Rindu dengan kakak naqibah..
Walaupun ada usrah online tapi ia tak sama dengan usrah lutut bertemu lutut..
Sungguh, kehidupan disini sangat menguji aku..
Masa silamku, jahiliyah2 yang meliar cuba menarik aku untuk tercalit padanya semula..

Hmmm..
Aku mula faham dan dapat melihat perbezaan concentration iman bila berada dijalan tarbiyah ini..
Bila iman mencair ibarat air
Bila iman memekat seperti dodol
(Erk, dodol pun boleh, mood rayalaa katakan)
Allahu..

Aku mengakui ramai saja yang tidak faham jalan yang aku pilih ini..
Persoalan2 seperti "kenapa berubah?" "Kenapa tidak boleh berhuhahuha seperti dulu dengan lain jantina lagi?"

So on and so forth..

Aku berubah kerana diri ini yang menginginkan semata-mata keranaNya..
Aku tak sempurna
Aku tak juga mencari kesempurnaan
Aku nak jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik dimataNya
Kalau kau tak menginginkan perubahanku, maka tiada daya aku untuk mengubah ke zaman silamku
Kalau kau redha akan perubahanku maka aku berharap segala kebaikan melimpahi dirimu kelak, insyaAllah..

Aku tak rindu pada jahiliyah
Aku rindu pada Penciptaku
Aku tak rindu cinta dunia aku dulu
Aku rindu kehidupanku didalam syurgaNya kelak
Moga Allah redha

No comments: