My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Saturday, July 25, 2015

Surat buat dot dot dot

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum. Haaa. Let's straight forward laa. First sekali, aku nak minta maaf untuk semua perkara. Aku kalau rasa macam ada benda tak settle, aku tak boleh nak tenang. Jadi, aku nak explain something even you dont ask for it.

Dulu kita rapat, kan? Banyak benda boleh cerita.. Tapi, sekarang dah tak, kan? Perasan, ke?

Bukanlah sebab sapa2 ada buat salah ke, atau masing2 dah mula membenci.. tak2.. seriously..

Aku tak naklah gunakan alasan, masa telah mengubah kita or to be specific aku.. but, itulah yang berlaku.. thinking of it, we're 20 now..maybe about 5 years more or less, we already have our own family. We're growing older. And then, we're gone.

Jadi, aku tak nak jadikan waktu2 yang aku ada ni sia2.. Mungkin ada certain part kau belum faham kenapa aku macam ni macam tu.. but, aku harap dan doa suatu masa nanti kau faham juga.. aku bukanlah budak2 yang bajet2 alim atau budak2 yang nak jadi alim..

aku cuma budak2 yang baru merangkak-rangkak untuk mengenal tuhan dalam erti yang sebenar..

20 tahun masa dah berlalu.. 20 tahun dah enjoy.. dan aku tak tahu ada berapa lagi masa yang aku ada yang aku boleh serve untuk Dia sebaik-baiknya..

Mungkin kau dah terbiasa untuk ada kawan2 perempuan. Tak apa, itu keselesaan kau. Tapi, aku taknak biasakan diri aku untuk ada kawan2 rapat lelaki. Aku segan dengan Allah, kalau aku tak jaga diri dan tingkah laku aku elok2.. moga2 kau mengerti..

Mungkin ini explanation aku yang terakhir.. aku tak mengharapkan apa2 respon kau kecuali doakan yang baik2 untuk aku.. percayalah, hanya kawan yang baik akan menginginkan kebaikan untuk kawannya.. aku beritahu kau panjang2 ni, sebab aku mengingin kebaikan untuk kau.. Moga2 Allah adakan jalan dan ruang untuk kau faham. Moga2 Allah limpahkan taufik dan hidayah untuk kau lebih dekat dengan Dia.

Wallahi, aku tak pernah rasa lebih aman daripada keamanan aku mengenal Dia.. dan aku tak pernah menyesal untuk lepaskan apa2 yang sayang dulu sebab aku dah ada Dia..insyaAllah..

Ni hadiah aku. Untuk birthday kau yang lalu. Masih tidak lambat, kan. Moga2 ia sangat bermanfaat.

Surah An-Nahl, 16 : 125
Surah Al-Fajr, 89 : 27-30

Moga Allah redha.

No comments: