Instagram

Saturday, June 13, 2015

Tahniah Kak Fatin Liyana Asri

dengan nama Allah, Tuhan Pemilik Cinta

alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah
selawat dan salam buat imanku, Muhamad saw

alhamdulillah dan tahniah buat kakakku yang sangat comel
Kak Paten dan suaminya, Dr AF

masyaAllah, tak sangka begitu cepat masa berlalu
masih teringat saat kali pertama mengenali kak paten
hanya dari blogwalking dari satu blog ke satu blog
lalu terjumpa blog Kak Paten
masa tu Kak Paten  masih bergelar pelajar perubatan lagi
pelbagai kisah yang dikongsi

hihihi, masa sungguh telah berlalu
aku sempat  melihat perubahan Kak Paten
masa mula2 belajar pakai stoking
insyaAllah perubahan ke arah yang lebih baik
dan diredhaiNya

Alhamdulillah,
penghijrahan itu sangat diberkati
Allah melimpah berbagai nikmat
tanda rahmat dan kasih sayangNya
dikurniakan keluarga yang harmoni
kehadiran Kak Maria dan Nadrah
dan sekarang dikurniakan suami yang insyaAllah
mampu membimbing ke jalan Allah
dengan lebih dekat
dengan lebih teguh bila bersama

aku doakan segala yang terbaik untuk Kak Paten
moga2 pernikahan ini adalah penyatuan dua hati
hingga ke syurgaNya

moga kalian akan bersama-sama didunia
dan disyurgaNya kelak

moga kita berjiran di Jannahtul Firdaus
nanti bolehlah kita berkongsi banyak cerita disyurga kelak
hihihihi
insyaAllah

okey, Kak Paten
dari adikmu

ps: mungkin kita tak pernah berkenalan didunia ini,mungkin juga suatu hari nanti, tetapi barangkali mungkin kita pernah berkenalan di alam roh dan mungkin akan menjadi jiran di alam abadi yakni disyurgaNya. InsyaAllah

No comments: