My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Some pieces of puzzles

Saturday, June 20, 2015

first year final exam #randomtarbiyah1

Dengan nama Allah, Pemilik rezeki manusia
Salam sejahtera untuk Muhammad saw, Kekasih Allah

******

sejujurnya aku tidak tahu macam mana nak gambarkan 
perasaan aku sekarang ni
rasa yang semua bercampur baur, 
rasa down dengan paper final, 
rasa excited dah nak balik rumah,
rasa sedih sebab tak kuat
rasa kosong secara tiba2
rasa gembira esok last paper
hmmm

*heavy sigh

"bila sendiri kita tak kuat.."

tarbiyah dzatiyah,
usrah lalu,
topik yang dibincangkan,
bekalan untuk minggu ni dan minggu2 seterusnya
tarbiyah pada diri sendiri dengan diri sendiri

"tahulah aku ini sebenarnya sedang diuji"
getus hati

"bila seorang, kita senang futur. Maka cari teman yang mengingatkan kembali tujuan berada di dunia ini"
hati bebicara lagi

betul juga.
Allah...
kembalikan roh iman kepadaku..
















*****

hari ini hari terakhir aku dibilik ini
sem depan duduk tempat lain
tipulah kalau aku kata aku tak akan rindukan bilik ini
sebab bilik nilah yang menjadi saksi
perubahan aku..

cerita sedih, pahit, payau, bahagia, gembira, seronok
semua pernah tertayang dibilik ini
masa aku mula2 mengenal tarbiyah
cuba menentang ajakan tarbiyah
mujahadah berada dalam tarbiyah
semua pernah terlakar disini

entah..
tiada apa yang akan kekal disisi
melainkan cinta pada Ilahi
begitu jugalah bilik ini
sedalam apapun aku sayang untuk berada disini
suatu masa nanti, aku kena lepaskan juga
hmmm

Allah...
kuatkan aku, duhai Yang Maha Kuat














******

selesai basuh baju, cadar 
packing barang untuk diangkut ke tempat penumpangan sementara
sebelum naik sem untuk pindah ke tempat baru
hmmm, alhamdulillah..
Allah masih berikan kesihatan yang baik
untuk buat semua benda itu

'Things-to-do' yang dah buat
hantar barang yang di-pack kat rumah yang nak ditumpang
which's actually, saudara belah abah
baik orangnya selalu tolong aku
owh, sebenarnya business roti dialah yang aku tolong
sama2 sedara, apa salahnya bantu
tapi, hakikitnya dengan business roti tu
aku tak perlu nak susah2 pergi mini market untuk beli roti lagi
aku bantu dia tapi dalam masa yang sama aku still dapat benefit

owh, satu lagi perkara yang aku belum @ sedang buat
study untuk last paper esok, Electronic Device
moga Allah permudahkan
untuk aku dan rakan-rakan yang lain
insyaAllah, amin..

esok kul 4.30 petang bertolak dari sini
pulang bertemu family
rindu..
dah lama tak balik rumah

Allah...
sabarkan hati ini kerana hanya orang yang bersabar yang akan masuk ke syurgaMu

*******

benda ini aku nak luah di sini
supaya tak jadi luka yang bernanah dalam hati
supaya tak jadi kudis yang membusuk di hati
aku terasa
aku kecewa

entah, mungkin silap aku dimana-mana
barangkali salah aku yang tidak disedari
mungkin aku sahaja yang melebih dalam merasa itu dan ini

tapi aku harap segalanya kembali pulih
hubungan persahabatan yang pernah terjalin
janganlah kerana aku memilih jalan ini
kita akan bertentangan laluan

justeru aku merasa manisnya berada dijalan ini
aku mahu kau juga merasa
tetapi, kau seakan menolak
kau seakan menjauh, hmmmm
kerana apa?

"mana mungkin jalan kau pilih ini terasa manis, jika terpaksa lalui di atas jutaan duri?"

kau tinggalkan jahiliyah
tinggalkan attachment dunia
tinggalkan keseronokan yang dikandung bumi
tinggalkan perkara yang menjauhkan diri dengan Pencipta

wajib komited dengan tarbiyah
wajib fikirkan hal2 ummah
wajib perelokkan niat setiap masa
wajib pandai membahagikan masa
wajib jaga akhlak dalam semua benda, semua perkara
supaya tidak memberi fitnah pada agama

"mana mungkin jalan kau pilih ini terasa manis, jika terpaksa lalui di atas jutaan duri?"

*sigh

justeru itu.... 
aku memerlukan kau
untuk bersama-samaku
membuang semua duri di atas jalan ini
supaya aku, kau dan mereka-mereka diluar sana
yang ingin berada dijalan ini
tidak lagi cedera, terluka dan berpatah balik semula dari jalan ini

barangkali bukanlah manusia tidak mahu mengenal Penciptanya
mereka cuma tidak jumpa jalan yang sebenar-benar menyakinkan

apa mungkin jalan yang lurus itu, lantas ditaburkan kaca dan duri itu
lebih dipercayai atau jalan lurus yang dihiasi rerumpun yang lembut dan segar menumbuh?

bantu aku untuk membersihkan jalan ini
dari fitnah2 yang pernah dicipta

bantu aku untuk membersihkan jalan ini
dari keladak2 jahiliyah yang pernah dicalit oleh mereka2 yang mempergunakan agama

bantu aku untuk hiasa jalan ini kembali
dengan kefahaman2 yang dipasak oleh Baginda Nabi satu ketika dahulu

bantu aku untuk memperluaskan lagi jalan ini
supaya lebih ramai yang akan ikut dan menyakini inilah jalan menuju Tuhan

aku tidak mampu bersendiri melakukan tugas ini
Islam bukan dibina atas dasar keindividuan
tetapi dibina apabila terjalinnya ukhwah sesama individu muslim yang faham
tugas sebenar mereka dicipta didunia

Allah..
bersihkan hatiku, duhai Yang Maha Suci

********

tangan yang  menaip lebih dekat dengan hati yang berbicara
supaya akan aku tatap lagi catatan ini
andai satu masa nanti aku terlupa
yang paling utama, segala apa yang tercatat

Moga Allah Redha

No comments: