My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Some pieces of puzzles

Saturday, June 13, 2015

dan aku akan diuji..

dengan nama Allah, pemilik darah2 yang mengalir didalam tubuhku
salam sejahtera untuk imamku, Muhammad saw

alhamdulillah..
masih diberi rezeki untuk mencatitkan
sebuah hikayat lagi dilaman ini

alhamdulillah..
atas nikmat2 yang telah Allah beri
dan yang sedang Allah beri

alhamdulillah..
atas nikmat iman dan islam

alhamdulillah
atas nikmat2 kefaham ad-din

Maha suci Allah
segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT

wallahi,
Dia sangat mencintaiku

wallahi,
Dia sangat menginginkan ku untuk berada dalam kalangan
hamba-hambaNya

wallahi,
Dia sangat mahukan ku untuk masuk ke dalam syurgaNya
disatu masa nanti
masa yang tidak lama lagi
yang bila berada didalamnya
hanya ketenangan dan perkara yang suka ria sahaja yang terdapat di dalamnya
dan tidak sesekali manusia ingin keluar darinya
itulah syurgaNya yang didalamnya mengalir
sungai2 yang indah yang tidak akan mampu dibayangkan pacaindera manusia

Maha suci Allah
meletakkan aku didalam jalan tarbiyah ini
untuk mengenal Dia
untuk mencintai Dia
untuk sentiasa on track jalan menuju ke Dia
dan syurgaNya

aku adalah hambaNya
dan Dia adalah Tuhanku

sungguh, dijalan tarbiyah ini
aku mengerti akan satu perkara
jangan pernah berhenti untuk mencari
jangan pernah berhenti untuk perbaiki diri
jangan pernah berhenti untuk merasa hinanya diri
dan jangan pernah berhenti untuk bertaubat walapun telah berkali-kali

sungguh, Islam ini adalah agama yang sentiasa memberi harapan
Allah berfirman dalam buku cintaNya al-Quran
"mintalah padaku, akan Aku kabulkan"
"Allah tempat meminta segala permintaan"

sungguh, Allah memberiku bermacam kefahaman tentang Dia,
dan tentang agama yang diredhaiNya

maka bila diberi ilmu dan kefahaman
maka akan tiba saatnya
dan aku akan diuji

diuji tentang apa yang aku fahami
diuji tentang apa yang aku imani
kerana itulah ciri2 orang mukmin
teori and praktikal adalah seiringan

kerana apa diuji?

supaya kamu digolongkan sebagai orang2 yang bertaqwa

insyaAllah
berjuanglah, mujahidah Allah.
kerana syurga itu adalah untuk orang yang berjuang
yakni berjuang mencapai redha Allah

moga Allah redha

No comments: