My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Tuesday, June 16, 2015

Bed time story- apa itu jahiliyah

Dengan nama Allah, Pemilik jari jemari aku
Salam sejahtera ke atas imamku, Muhammad saw

Umar al-khatab pernah berkata,
"Ikatan keislaman seseorang boleh diragui jika dia tidak mengenali jahiliyah."

Jahiliyah?
Apa itu jahiliyah?
Bagaimana ia berlaku?
Kenapa ia wujud?
Masih wujudkah jahiliyah dizaman serba moden ini?

Jahiliyah ada sesuatu yang menjauhkan kita dengan Tuhan yang Esa.

Segala apa bentuk perbuatan, kepercayaan, ucapan yang menjauhkan kita, menidakkan keEsaan Allah itu adalah jahiliyah.

Contoh.
Tengok drama korea. Running man. Little of superman. Maharaja lawak. Yadada yadada. Whatsoever anything that makes people forget about Allah, even just a second, it's JAHILIYAH.

Semua orang atas muka bumi ini ada jahiliyah masing2. Sama ada kita sedar atau tidak. Sama ada kita nak admit atau tidak. Sama ada kita nak ubah atau tidak. Itu adalah atas pilihan kita.

"..Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka dengan sendiri.." (Q13:11)

Allah dah beritahu. Allah dah beri jalannya. Allah dah tunjuk pun mana laluan yang betul dan mana yang salah.

Allah bagi kita choice
Untuk kita pilih laluan hidup kita
Samada berlandaskan al-quran secara total
Atau berlandaskan nafsu syaitan semata
Dan ketahuilah tiada jalan diantara keduanya

Seperti
Putih atau Hitam
Syurga atau Neraka
Benar atau Salah
Baik atau Jahat

Tiada jalan yang diantara keduanya.
Tiada jalan yang kelabu itu dalam Islam ni.

Maka kalau tak dibuang jahiliyah
Mana mungkin Islam yang kaffah tu akan tertegak?

Kalau tidak dibuang jahiliyah
Mana mungkin sifat wahan itu berhenti bermaharajalela?

Kalau tidak dibuang jahiliyah
Mana mungkin ibadah semakin bertambah khusyuk, iman semakin mantap, akhlak semakin mulia?

Macam mana nak buang jahiliyah?
Okey, sekarang.


Pekara pertama perlu buat.
Kenali jahiliyah dalam diri.
Check semua perlakuan, kepercayaan perkataan kita, mana2 yang tidak mendekatkan diri pada Allah
Itulah jahiliyah.

Dah kenal.

Start benci jahiliyah itu.
Sebab kerana jahiliyah itu kita jauh dengan Pencipta.

Buang sejauh-jauhnya dalam tempat yang busuk sehinggakan kita jijik nak kutip balik jahiliyah itu.

Mujahadah.
betul, ia tak mudah. Tapi yakinlah ia juga tak susah. Syurga itu memang untuk orang2 yang berjuang. Lawan. Yakin kuasa Allah, rahmat Allah akan bantu kita. Cinta Allah tu Maha Hebat. Mana mungkin kita nak dapatkan cinta Allah tu dengan hati kita yang terpalit dengan najis jahiliyah. 

InsyaAllah. Kita boleh. Kita umat nabi Muhammad yang gagah perkasa. Kita adalah umat yang dipilih dan terpilih. Kita kuat sebab kita ada Tuhan yang Maha Kuat. Kita bergantung pada ikatan yang kuat dengan Tuhan yang Maha Kuat. insyaAllah kita boleh buat.

"..barangsiapa yang ingkar kepada taghut (syaitan dan apa sahaja yang disembah selain Allah), dan BERIMAN KEPADA ALLAH, MAKA SESUNGGUHNYA DIA TELAH BERPEGANG KEPADA SIMPULAN TALI YANG AMAT KUAT YANG TIDAK AKAN TERPUTUS" (Q2:256)

Bertaubat.
Kalau dalam perjuangan itu kita tersungkur, maka cepat2 kita bertaubat dan minta keampunan Allah. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. InsyaAllah, nafsu akan jinak dengan taubat yang sering dibuat dengan rasa kehambaan dan lemahnya kita. InsyaAllah.

Aku tulis untuk peringatan diriku.
Duhai hati,cekalkan hatimu
Kau pasti diuji, maka tanamkan tauhid mu dipasak yang paling dalam.

Moga Allah redha.

No comments: