My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Friday, May 15, 2015

Dewasa

Sebulan ini,
Banyak perkara yang berlaku
Banyak perubahan yang tercipta dan dicipta

Tuhan telah banyak membantu aku
Dia mengutip aku dari lumpuh jahiliyyah
Mencuci aku dari segala kekotoran
Menyental segala daki2 yang melekat
Membilas segala sisa yang belum tertanggal
Mengibas segala debu2 yang masih membalut diri

Allah, tuhanku yang maha pengasih
Dia sayang aku
Dia mahukan aku
Si pendosa yang tak pernah lekang dari membuat dosa

Dia tunjukkan aku jalan
Dia tuntuni setiap langkah aku
Bila mana aku mahu tersalah langkah lalu jatuh tersungkur
Dia jualah yang menghulurkan tangan rahmatNya untuk bangkitkan aku

Allah
Sayangnya Dia padaku

Bantulah aju Tuhan untuk mencapai redhaMu.

No comments: