My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Some pieces of puzzles

Monday, April 27, 2015

Anehnya Tuhan

Pernah satu ketika,
Aku merasa
Dunia ini terlalu durjana padaku..

Pernah satu ketika,
Aku merasa
Untuk mengalah berputus asa..

Pernah satu ketika,
Aku merasa,
Aku tak punya segala apa yang aku inginkan...

Pernah satu ketika,
Aku merasa
Akulah yang tuhan sengaja susah-susahkan...

Pernah satu ketika,
Aku merasa
Tiada wang yang cukup untuk aku berbelanja...

Pernah satu ketika,
Aku merasa
Cukuplah, aku dah penat. Aku dah mengalah. Aku dah putus asa.

Tapi.....

Anehnya Tuhan,
Dia tetap memanggilku

Anehnya Tuhan,
Dia tetap mahukanku

Anehnya Tuhan,
Dia tetap kutip aku

Anehnya Tuhan
Dia tetap nafaskan aku

Anehnya Tuhan
Dia tetap beri harapan padaku

Anehnya Tuhan
Dia tetap aturkan untukku rezeki yang tidak pernah aku sangka2 hadir

Anehnya Tuhan
Dia tak pernah cukup,
Untuk uji
Untuk aku tahu
Untuk aku menyakini
Setiap kesusuhan itu akan hadir kesenangan dipenghujungnya.

Anehnya Tuhan
Masih mahukan ku
Meskipun aku sering "merasa2"
Menyangka-nyaka
Yang tidak2 tentang Dia

Anehnya Tuhan
Kerana jahatnya aku
Masih dibalas dengan BAIKNYA Dia.

Terima Kasih Tuhan
Untuk setiap rezeki yang tidak pernah mampu aku hitungi. Segala puji untuk Allah.

No comments: