My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Some pieces of puzzles

Monday, April 13, 2015

Aaa, kucingku

Ingatkah kali pertama kita berjumpa?
Masa tu, lebih kurang 4 tahun yang lalu. Aaa dulu hadir 5 beradik, tapi hanya Aaa sahaja yang bertahan untuk hidup.

Aaa hadir untuk mengubati rindu kami pada App. App yang telah pergi meninggalkan kami. App tu kucing pertama kami.

Aaa hadir membawa sinar harapan baru buat kami. Banyak yang persis antara Aaa dan App.

Warna bulu
Ekor panjang
Baik
Dengar kata
Cuma yang beza
App dulu lincah, suka bermain.
Aaa pendiam dan lebih suka mendengar dan memerhati.

Tapi, akak tak pernah membezakan Aaa dan App. Akak sayang dua2 sama. Sebab itu nama kalian pun hampir sama.

App sudah pergi meninggalkan kami.
Kami sedih
Kami hiba

Tapi, ketika hadirnya Aaa
Kami sudah redha akan kepergian App

Kami sayang Aaa
Akak sayang Aaa
Akak cintakan Aaa
Kita satu family kan sayang..

Aaa, sejak dua hari yang lalu
Sebelum akak pulang ke sini
Akak tahu Aaa sedang sakit.
Akak nampak sayang..
Akak turut rasa kesakitan itu..
Akak tahu Aaa sedang berjuangkan sesuatu
Akak tahu Aaa nak beritahu kami sesuatu..
.
...
....

Aaa sayang..
Pagi tadi,
Ibu kata Aaa tak ada kat rumah
Aaa pergi mana sayang?
Aaa, kan belum sihat?

Pulanglah sayang..
Ibu tunggu tu..
Sayang mahu ke mana?
Sayang belum sihat lagi, bukan?
Sayang rehatlah dirumah..

Aaa, akak rindu Aaa..
Akak doa Aaa tidak apa2..
Pulanglah sayang.............

Aaa janji dengan akak kan, untuk tunggu akak pulang semula?
Aaa janji untuk tunggu akak, bukan?
Aaa janji, bukan?
Aaa?

Sayang, akak..
Sayang, akak..
Sumpah sayang akak rasa lemah sekarang ni. Akak menangis dari tadi. Akak tak tahu kenapa..
Sayang, Akak, nak Aaa elok2 saja.

Sayang, akak..
Janganlah pergi dulu..
Akak belum puas lagi bersama sayang
Akak rasa akak banyak buat salah dengan sayang..

Sayang, akak..
4 tahun sayang..
Bukan suatu masa yang singkat..
Akak juga tahu 4 tahun itu macam2 dugaan yang Aaa alami..

Aaa, sayang akak..
Pulanglah yea..
Akak tak puas lagi bersama mu sayang
Sayang..
Dengarlah tangisan kakak mu ini..
:'(

12/4/2015

No comments: