My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Wednesday, January 14, 2015

Kenapa nak kenal Tuhan? || Surat untuk Tuhan #2

"Kenapa nak kenal Tuhan?"


mungkin itu persoalan yang pernah terlintas difikiran kau,
mungkin itu persoalan yang pernah kau tanya pada murobi mu,
mungkin itu persoalan yang belum pernah terjawab,
mungkin itu juga persoalan yang tak pernah wujud dalam diri kau..


aku
pernah menanyakan
pernah mempersoalkan
apakah perlu aku mengenal Tuhan
apakah perlu aku mengenal sesuatu yang tak boleh langsung dilihat dengan mata
apakah perlu aku mengikut perintah pada sesuatu yang aku sendiri tak boleh sentuh
apakah perlu aku patuh pada sesuatu yang aku tak dengar suaranya, amarahnya?


lama...
aku berteleku diam
diam..
diam..

lama..
barangkali menunggu jawapan dari langit

lama..
barangkali menanti jelmaan yang bakal menyakinkan hati

lama..
sunyi..
diam membisu..

Dan sungguh , akan Kami isikan neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah (signs of Allah), dan mereka memiliki mata tetap tidak digunakannya untuk melihat ayat-ayat Allah dan mereka memiliki telinga tetapi tidak digunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah. Dari surah Al-A’raf, ayat 179

tersentap!

Aku memiliki hati
Aku memiliki mata
Aku memiliki telinga


itu jawapannya.

apakah aku sudah gunakan sepenuhnya?

jika ya, barangkali persoalan "kenapa nak kenal Tuhan?"
sudah terjawab.

Tuhan itulah yang terpaling cintakan aku,
Tuhan itulah yang terpaling pedulikan aku,
Tuhan itulah yang selalu tarik aku bila terlihat aku mula menyimpang dari jalanNya
Tuhan itulah yang terpaling mahu dengar keluh kesah aku TIAP-TIAP masa
Tuhan itulah yang selalu beri jalan, tunjuk jalan, buka jalan untuk aku SETIAP masa
Dia jualah yang beri apa yang AKU PERLUKAN
sebab dia tahu apa yang AKU MAHU selalunya bukan yang terbaik di sisi Dia.

tiada sembahan melainkan ALLAH.

me

No comments: