My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Tuesday, December 30, 2014

Surat buat Tuhan #1

Berbeza

aku kira hidup disini sangat berbeza, hmm.. jujur lain, aku.. hmm.. tak tahulah nak gambarkan macam mana.. aku terasa jauh, aku terasa sangat jauh dengan diri aku yang sebenar.. diri aku yang ingin dekat dengan tuhan.. aku riuh diluar tpi sunyi di dalam..

hmm..

Berubah

aku kira aku sudah berubah, hmm.. aku tak pasti adakah sisi yang aku lihat sekarang ini adalah sisi yang sebenar aku.. hmm, aku tak pasti perubahan ini menjadikan aku lebih baik di mata tuhan..

hmm..

aku tak reti nak mengadu seperti dahulu,
yang tahu rindukan Sang Perindu,
yang paling kurang riuhnya,
yang paling banyak zikir fikirnya..

aku rindu aku yang dulu,
biarlah dipandang lemah,
tapi tali aku dengan tuhan
tiada siapa yang tahu
eratnya


tuhan,
apakah salah aku pinta
aku yang dahulu
sedangkan malunya aku jua yang memohon
aku yang sekarang

tuhan,
tali aku dengan Mu
semakin longgar..
aku takut..
ia akan terlerai tanpa aku sedari..

tuhan,
bawa aku kembali
dekat ke dada rahmatMu
dekat ke dalam pelukan kasihMu

tuhan,
aku utuskan surat ini buatMu
tanda aku tidak mahu
untuk terus terusan jauh dari Mu
gelap sungguh malam ku tanpa cahaya Mu
suram sungguh pagi ku tanpa kicauan rahmat kasihMu

tuhan.....



1 comment:

Nadia Johari said...

Sentiasa ingatkan diriNya