My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Saturday, December 6, 2014

Keranda hati #5


PERMULAAN LANGKAH

malam itu aku cuba
menghantar mesej,
ayatnya ringkas
sangat formal

tapi kenapa tanggan aku basah berpeluh
hati aku kencang berdegup
otak aku mengembang mengecut

kenapa aku terasa susah
untuk menekan button
penghubung?
apa aku sudah.....
ahh,
nak tanya kelas batal je pun
bukan benda hidup dan mati
haduh!
dah kenapa aku ni!

ahhhhhhhhhhhhhhhh

 *send*

---1 minit---

---2 minit---

---5 minit---

---10 minit---

---30 minit---

---1 jam---

---3 jam---

---5 jam---


huh
tak balas
tak dilayan
aku menangis kecewa
tapi cuma didalam hati
hormon "kenapa"
mula berlegar dipembuluh darah aku
dari hati speed up ke jantung
memecut laju ke seluruh corok badan

selimut
aku tarik ke muka
tanpa dipinta
air mata mula berderai
laju dan semahunya

betapa aku kecewa
dengan langkah pertama

betapa aku kesali
kerana bertanya

betapa aku terluka
harapan aku untuk mula mengenali dia
kecundang di awalnya

alangkah eloknya aku dengar
bisikkan sisi ego aku
untuk sembunyi dalam menyukai sesuatu

mengapa aku terasa
sedangkan cuma sekadar tanya
tentang pembatalan kelas
bukan soal hati ataupun perasaan
aku niii

huh
.
.
.
.

aku
keliru
sebenarnya

ME

No comments: