My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Sunday, August 17, 2014

Engkau pada aku

Kau tidak pelik ka bagaimana bisa wujud benci dalam cinta?

Bagaimana wujud resah dalam gembira?

Bagaimana wujud kasih dalam sengsara?

Bagaimana wujud bererti dalam kehilangan?

Bagaimana wujud percaya dalam perpisahan?

Bagaimana wujud jujur dalam kebohongan?

Bagaimana wujud cahaya dalam kelam malam?

Bagaimana wujud putih dalam kehitaman?

Bagaimana wujud setia dalam berjauhan?

Dunia tak perlu satu fakta untuk membuktikan ia wujud..

Kerana yang istemewa2 hadirnya tanpa diketahui.

Itulah tuhan
Unik

Mungkin sekarang aku mengaku kau kawan

Hari2 mendatang barangkali kau lawan

Atau juga
kekasih yg aku cintai sejuta kali

Yea
Who knows

Senyum

ME

No comments: