My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Sunday, August 17, 2014

Budak universiti pulak!

Aku bukan tak punya kuasa atas diri sendiri.

Aku bukan pak turut yang mengikut telunjuk orang tua.

Aku bukan manusia lemah tidak reti membuat keputusan sendiri.

Aku hanyalah anak kepada dua insan yang tuhan pinjamkan cuma sekali. Apa yang mereka mahu, akan aku cuba penuhi. Apa yang mereka pinta, akan aku cuba kecapi.

Mereka bukan apa. Mereka nak tengok aku bahagia depan mata mereka.

Yea, depan mata mereka.

Itulah orang tua. Nanti satu masa nanti aku juga akan ditempat mereka. Moga2 anak2 aku nanti lebih bagus dan baik dari aku. SENYUM.

Ohyea semua,

31hb ni aku akan membuka satu langkah besar. Doakan aku ya strangers semua. Moga2 aku jadi insan yang berguna untuk semua. InsyaAllah. UTM SKUDAI, ELECTRICAL-ELECTRONIC ENGINEERING.

Dengan nama tuhan aku mulakan.

ME

No comments: