My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Some pieces of puzzles

Saturday, August 30, 2014

295km

And now I am 295km away from you
I already miss you
I miss you so much
But I know you will be fine
I know Allah will guide and protect you. Always.

Sayang
I believe you know I do love you.
Even i dont say it in perfect sentence.
But I believe you know.

Sayang
I really hope you will be in a very good condition at ukm soon.
Prove you can survive at university life as well as I am.
We try our best to be a better person

Sayang
We wait for each other eh
I will wait for you
And may my heart stays with you as well as your heart stays with me

Sayang
I gonna miss you
Nanti I balik we meet eh

Love you to eternity my sayang

Me

Friday, August 29, 2014

Dalam hati ini

Mahu saja aku tulis panjang2 meluahkan segala apa yang terbuku
Mahu saja aku bual lama2 melontarkan segala apa yang terpendam

Tapi
Masa
Belum
Ada
Yang
Sesuai

Atau
Sebenarnya
Aku terlalu malu dan takut

Takut perkara lalu berulang

Dua hari lagi aku disini
Kau tetap disini
Cuma aku menjauh
Huh

Aku akan rindu kau
Hanya itu yang kau perlu tahu
Hanya itu

PakCik jaga diri elok2
Kalau rindu beritahu
Kerana semestinya aku punya perasaan yang sama
Rindu akan kau sentiasa

Huh
Berat hati
Tapi terpaksa direlakan
Kerana untuk berada disana adalah pilihan aku

Jaga diri sayangku

Maaf terover
Sebab rindu yang teramat

Me

Tuesday, August 26, 2014

Hormat dan percaya

Seketika nanti kita akan sibuk dengan jadual masing2
Kau dengan pelajaran kau
Aku dengan pelajaran aku
Huh

And even sekarang kau dah mula busy
Aku juga

Hentah
Rasa rindu
Tapi bila kau cakap busy
Aku hormat dan percaya
Mungkin satu masa nanti bila aku pula yang betul2 busy
Kau lakukan yang sama

Hormat bukan bermakna perlu menjauh
Just bagi ruang seketika

Love you

Me

Rindu segala apa tentangmu

Biar jauh jasad
Jangan jauh hati

Kalau boleh tiap hari mahu jumpa
Tiap hari nak dengar suara

Tapi tiada daya untuk meminta-minta pula

Harap kau gembira sentiasa
Sebab apa sahaja yang menjadi senyum mu, akan menjadi senyum ku

Aku rindu kau sayang
Rindu segala apa tentang kau

Haha
Maaf, terover.

Me

Thursday, August 21, 2014

Aku

Selama 19 tahun aku hidup, aku tak pernah keluar dengan seorang lelaki selain dari family aku. Tetapi...

Dua hari yang lepas, aku pergi makan dan ajak pakcik teman aku pergi beli film camera polaroid sebab tak ada orang nak bawa dan kebetulan dia drive kereta. Pertama kali. Dalam seumur hidup.

Aku tahu batas aku. Aku tahu apa yang aku buat. Tetapi yang aku tak tahu, apa tujuan korang sibuk cakap bukan2 pasal aku.

Mungkin 19tahun, korang nampak aku terlalu baik. Naif. Bila aku jumpa pakcik, semua keburukan aku baru korang nampak. Yang hodoh semua terpampar. Huh.

Terima kasih.
Banyak2

Me

Pakcik=kawan lelaki

UKM-UTM

Aku rasa aku jenis susah nak sayang orang, tapi bila aku dah sayang aku susah nak berhenti.

Aku sumpah tak tahu perasaan kau macam mana dan aku sumpah tak tahu nak tanya kau macam mana.

Kau tahu tak, 295km tu jarak yang akan pisahkan aku dan kau. Dan aku mula rasa sakit untuk berjauhan dengan kau. Tetapi, this is life. Whatever it is we should move on. I should move on.

Kau jaga diri. Kau jangan berhenti rindukan aku. Kalau kau rasa ada perasaan sayang pada aku, tolong jangan berhenti sebab aku pun sayangkan kau juga.

Pakcik

Me

Sunday, August 17, 2014

Budak universiti pulak!

Aku bukan tak punya kuasa atas diri sendiri.

Aku bukan pak turut yang mengikut telunjuk orang tua.

Aku bukan manusia lemah tidak reti membuat keputusan sendiri.

Aku hanyalah anak kepada dua insan yang tuhan pinjamkan cuma sekali. Apa yang mereka mahu, akan aku cuba penuhi. Apa yang mereka pinta, akan aku cuba kecapi.

Mereka bukan apa. Mereka nak tengok aku bahagia depan mata mereka.

Yea, depan mata mereka.

Itulah orang tua. Nanti satu masa nanti aku juga akan ditempat mereka. Moga2 anak2 aku nanti lebih bagus dan baik dari aku. SENYUM.

Ohyea semua,

31hb ni aku akan membuka satu langkah besar. Doakan aku ya strangers semua. Moga2 aku jadi insan yang berguna untuk semua. InsyaAllah. UTM SKUDAI, ELECTRICAL-ELECTRONIC ENGINEERING.

Dengan nama tuhan aku mulakan.

ME

Engkau pada aku

Kau tidak pelik ka bagaimana bisa wujud benci dalam cinta?

Bagaimana wujud resah dalam gembira?

Bagaimana wujud kasih dalam sengsara?

Bagaimana wujud bererti dalam kehilangan?

Bagaimana wujud percaya dalam perpisahan?

Bagaimana wujud jujur dalam kebohongan?

Bagaimana wujud cahaya dalam kelam malam?

Bagaimana wujud putih dalam kehitaman?

Bagaimana wujud setia dalam berjauhan?

Dunia tak perlu satu fakta untuk membuktikan ia wujud..

Kerana yang istemewa2 hadirnya tanpa diketahui.

Itulah tuhan
Unik

Mungkin sekarang aku mengaku kau kawan

Hari2 mendatang barangkali kau lawan

Atau juga
kekasih yg aku cintai sejuta kali

Yea
Who knows

Senyum

ME

Sunday, August 10, 2014

Pagi ini hati ku bernada

Hati apa kata mu tentang manusia?
Hati apa kata mu tentang dunia?
Hati apa kata mu tentang cinta?

Memenatkan?
Membebankan?
Menyakitkan?

Mengapa kau padang yang buruk2 duhai hati?
Mengapa kau lihat yang jelek2 duhai hati?
Mengapa kau rasa yang tidak2 duhai hati?

Kerana
Hati
Kau
Sedang
Memati

Huh

Me

Thursday, August 7, 2014

Terima

Aku tak secantik yang kau harapkan
Aku tak sebijak yang kau inginkan
Aku tak sebaik yang kau pintakan

Aku adalah aku
Kalau kau tak mampu terima apa adanya aku

Kau selamanya tak akan mampu

Kerna aku membesar atas dasar hati

Bukan rupa
Bukan harta
Bukan dunia

Me

Monday, August 4, 2014

penakut?

Apa mungkin kata cinta ku yang kau tunggu?
Apa mungkin kau akan setia selepas mendengarnya?


Huh.
Aku penakut untuk mengaku..

Kerana aku tahu tak ramai yang mahu menunggu.


Aku
Tak
Tahu.


Me

Saturday, August 2, 2014

Kosong-kosong??

Sejauh mana
Sedalam apa
Segagah siapa


Kalau kau tak perduli
Aku tidak bererti

Sejauh mana
Sedalam apa
Segagah siapa

Kalau kau perduli
Kau aku tahu ia bererti


Tiada salam kosong-kosong dari aku
Kerana tiap apa yang berlaku
Aku hitung
Aku bilang

Supaya salah aku
Tidak diulang

Salah orang
Jadi pedoman


Salah itu tidak berangka
Dosa itu tidak berdigit


Kalau salah
Mengaku
Meminta
Dan
Memaaf


Tahu
Tak mudah

Tapi
Kalau cuba
Tak salah?


--Aini
Maaf zahir batin atas segala salah silap dalam penulisan yang dilontarkan sebab segalanya dari hati yang tandus akan dunia yang kian gersang.

Sayang semua.