My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Heart of blog

Friday, June 27, 2014

Jangan tanya

Soal hati.
#puisi
#puisijumaat

Kau tak tahu aku terluka
Kau tak tahu apa aku rasa
maka jangan tanya--
'kau okey?'


Riak aku
tindak balas aku
lontaran mata aku
luahan bibir aku
himpunan pesanan ringkas aku
apa ia tidak cukup?
apa ia tidak bermaksud?
apa ia langsung tidak terkesan dihati mu?
lantas jangan tanya--
'kau okey?'


aku tak suka soalan itu
aku benci pertanyaan itu
kau nak tahu kenapa?

kerna ia seolah menjauhkan jarak kita
kerna ia seolah pengkhabaran kau tak kisah
kerna ia seolah membuktikan aku lemah

kau nak tahu apa yang aku suka?
benar kau mahu tahu?
benar kau peduli tentang aku?
benar kau ingin mengerti hati aku?


"MAAF"

empat huruf
dua sukukata
tapi berjuta makna
cukup
sangat cukup


maaf itu bukan penanda kau bersalah
atau kau buat salah
maaf itu bukan pengukur kau lemah
atau beralah
maaf itu bukan bermakna kau tiada maruah
atau tak berjiwa


maaf itu pelembut, penyejuk, penghambat jiwa orang yang sedang berduka
maaf itu alkali bagi jiwa yang beracid
maaf itu udara bayu yang membawa kerusingnan manusia pergi
maaf itu mendekatkan jarak
maaf itu merawat luka tanpa diarah
maaf itu pembukti kau kisah
maaf itu juga adalah sebuah sedekah
maaf itu sifat teragung Tuhan kita
maaf itu barangkali yang diperlukan aku


aku perlu 'maaf' untuk memaafkan diri aku
aku perlu 'maaf' untuk memaafkan orang lain
aku perlu 'maaf' kerna barangkali aku sangat kekuranganya


maka apakah salah jika kau beri 'maaf'
agar aku dapat memaafkan diri aku


kau tak perlu jadi salah atau buat salah
untuk beri maaf


ME

3 comments:

Kisah Si Dairy said...

singgah jumaat disini

Hana said...

Maaf :> HIHI

Anonymous said...

Nice one!