My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Tuesday, May 14, 2013

bulatan ukhwah

26/4/13 aku telah dipelawa oleh sahabatku, Iffa untuk terlibat dalam satu usrah yang dianjurkan oleh dia sendiri di KLCC Park.. bagiku, pesonally, ianya satu pengalaman yang sangat menarik..

"Pengalaman itu bukan sesuatu yang diungkap, tetapi di hadapi"

aku tidak pernah rasa berada dalam satu kumpulan yang mana tujuan berkumpul adalah kerana Allah.. ini kali pertama dan pertama kali..heh..segala atur cara telah dirancang baik, barangkali yang Di Atas turut mengatur sama..

image BERBEZA

perjalanan dari Bangi ke KLCC banyak menduga aku..mungkin kerana ianya perjalanan pertama aku bersendiri, tanpa keluarga..

Kuala lumpur banyak berubah, maju dan moden.. aku bagai rusa masuk bandar barangkali..ahaha! penggunaan LRT, keretapi yang menjadi keutamaan..membuat aku tersesak dalam lautan manusia, padat dan sempit!

tapi aku endahkan perasaan gusar yang mendatang kerana ia pengalaman baru yang perlu dipelajari.. manusia sedang membiak pesat!! hah.

kehadiran ku di KLCC bukanlah kali pertama, tapi nyatanya dalam sekelip mata banyak perubahan yang telah berlaku..

'inikah Malaysia tanah air ku?' hairan hati kecilku..
kelihatan bangsa asing telah mendominasi ibu kota.
huh! aku terasa asing di tanah air ku sendiri..

"weh, takpayah nak pergi oversea carik mat salleh..kat sini berlambak..tinggal pilih jer" seorang sahabat bercanda..

image BULATAN

berada dalam kelompok yang baru membuatkan aku berusaha untuk menyesuaikan diri..kejanggalan terasa bila pertama kali bersua..

tapi aneh, hanya beberapa ketika...kami mampu bergelak ketawa, berkongsi cerita, berbual sesama seperti sudah lama berkenalan, rapat dan akrab!!

barangkali magis kemanisan ukhwah telah mengena..awww

disaat angin sepoi bahasa datang menerpa membawa rahmah yang tiada terhingga.. masyaAllah, terasa bahagia sedang menyulam dibenak hati..

teringat seorang sahabat pernah berkata, "Kalau kamu tidak mampu mencari bahagia sendiri, maka carilah sahabat..barangkali dia bisa membahagiakan kamu"

hmmm..ada benarnya :)

image BERTEMU BERPISAH

banyak yang ku perolehi ketika berada dalam bulatan ukhwah itu.. barangkali bukan kerana ilmu, aku terpikat, tetapi akhlak..yea, tingkah laku mereka menjadikan aku rasa disayangi!

ouch! :')

mereka menyedarkan aku dalam persahabat itu ada roh.. jika bersahabat kerana Allah maka roh itu terus hidup dan menghidupkan..jika tidak, maka berlaku sebaliknya..

namun dipenghujungnya, kami terpaksa berpisah..tapi bukan untuk selamanya, jika tidak bertemu di dunia semula, barangkali di akhirat kelak, di syurga Allah hendaknya..

aku berharap..
semoga mereka pun begitu..

sahabat yang baik dia akan ada dimana-mana dan bila-bila diperlukan..Tetapi, sebaik-baik sahabat bukan yang sentiasa menemani jasad sahabatnya, tetapi yang sentiasa menemani sahabatnya dengan doanya kerana doa dari sahabat untuk sahabatnya, tiada hisab meskipun diliang lahad sahabatnya ditempatkan :D

image jumpa lagi..... 

4 comments:

Anonymous said...

Ainiii
Sedihnyaa :')
rindu kat geng bulatan tu <3

Iffa

TeTerBanG said...

a nice story :D kak pon tringin nak join usrah. penah join n penah buat usrah rasanya, tapi secara tak dirancang. bila ada kesempatan, akn cakap bnda2 keagamaan. :)

btw, apa cita terbaru pasai adik aini? :D

♥ iqwa-niera ♥ said...

usrah..:) kat mana2 pn kita berada..slalu cari usrah..salah satu cara untuk trus brada dlm jln yg btul..kebersamaan..^^

Adawatul said...

Assalamualaikum,aini!ni ADA!ingat lagi?yg nak ambik seni bina tu..
http://higheelshater.blogspot.com/