My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Some pieces of puzzles

Friday, April 19, 2013

ah! Aku Engkau jauh berbeza

Hadirmu di singgahsana hati
mengalir tanpa arus
berdiam tanpa deru
hanya berbekas dan bertapa di dalam hati

ah! Aku Engkau jauh berbeza

tiada pertemuan, tiada pertentangan mata
namun Engkau tetap di singgahsana
tidak berganjak apatah sehasta
menanti diri untuk tersedar

ah! Aku Engkau jauh berbeza

siapa aku, siapa engkau
untuk menyata 'layakkah?' pada si empunya
siapa aku, siapa engkau
untuk mendustai takdir yang terlakar

ah! Aku Engkau jauh berbeza



biarlah
biarlah
biarlah

yang jatuh, pasti akan bangkit
yang jauh, pasti akan berpaut
siapa sangka pada rancanganNya
sepayah mana, janjiNya akan terlaksana

percayalah~

-aini shahroni 19/4-

5 comments:

TeTerBanG said...

assalamualaikum...adik aini, lama kak x snggah sini. sorry sgt2. how are u, my dear? apa cita trbaru skarang ni?

aini shahroni said...

@TeTerBanG hehehe..alhamdulillah, sihat kak..citer terbaru..urm, banyak kowt..sedih ada gembira ada..akak?

TeTerBanG said...

@aini shahroni kak pon, alhamdulillah...kak besa2 ja. ada sedih ada gmbira? kak nak tnya lebih2 pon, rasa mcm jga tepi kain adik. hee~ btw adik, nasihat akak- di sbalik setiap apa yg jadi dlm hidup kita, ada byk hikmah dan rahmat. redha, sabar, dan doa kunci kekuatan kita nak hadapi kesusahan/kesedihan.

aini shahroni said...

@TeTerBanG thanks akak!! terharu sangat :')

cik didiey said...

wah!! cipta sendiri ke ni?
berbakat rupanya aini ni ye :)