My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Wednesday, January 23, 2013

Segmen: I love Rasulullah

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum wbt.

InshaAllah, esok adalah 12 rabiulawal..haaaa..ada apa dengan 12 rabiulawal?? siapa tahu sila angkat kening 8 kali tanpa henti..*winkwink*


bagus dan tahniah bagi mereka yang masih dan sentiasa ingat tarikh bersejarah ini.. Esok adalah hari kelahiran Nabi Muhammad saw..tidak kisah, jika anda berpegang pada 9 atau 12 rabiulawal..yang penting bulan ini adalah bulan kelahiran manusia agung iaitu Muhammad Bin Abdullah..

Oleh itu, saya ingin mengadakan satu segmen demi meraikan bulan kelahiran Nabi..Moga2 dengan ada segmen ini, rasa kecintaan dan pegetahuan kita tentang Rasulullah semakin tinggi menggunung..inshaAllah.


Apa yang perlu anda lakukan:
  1. Tulis sebuah entri yang bertajuk "Segmen: I love Rasulullah"
  2. Tampal banner diatas (sebolehnye backlink ke entri ini)
  3. Hantar link entri di kotak komen saya
  4. Ajak ramai2 blogger untuk join segmen ini
Apa yang perlu ada dalam entri:
  1. Berikan satu hadis Nabi (nak beri banyak pun tidak apa) [tambahan=kemudian nyatakan apa yang kamu paham tentang hadis tersebut ]
  2. Nyatakan satu sifat Nabi yang sangat kamu kagumi.
  3. Dan nyatakan satu ungkapan (ayat) buat Nabi jika kamu diberi masa yang seketika (cuma sekali) untuk bertemu dengan baginda..Apa yang kamu mahu Nabi dengar luahan hati kamu?
Segmen ini tidak ada tarikh tamat..Dan tidak ada ganjaran dunia..Tetapi, doa saya bagi mereka yang bersama-sama memeriahkan segmen ini..Semoga Allah sentiasa memberkati dan memudahkan segala urusan kamu di dunia dan di akhirat..Dan Moga Allah kumpulkan kita bersama Rasulullah yang kita sayangi disyurga kelak..


Kita perlu pupuk rasa cinta itu..kerana perasaan tidak hadir jika tidak disambut..

Jangan cakap kamu cintakan Nabi, andai sirah Nabi pun kamu tidak tahu..
Jangan kata kamu cinta Nabi, andai sifat Nabi pun kamu tidak tahu..
Jangan kata kamu cintakan Nabi, andai sepotong hadis Nabi kamu tidak mampu menghafalnya..
#muhasabah diri

Link sahabat2 yang menyertai segmen ini akan saya update inshaAllah..Mari berselawat! Allahumma salli ala muhammad..

“Janganlah kamu menjadikan kuburku sebagai tempat mengadakan perayaan (‘Ied), dan janganlah pula kamu menjadikan rumah-rumah kamu seperti perkuburan. Di mana pun kamu berada, berselawatlah kamu ke atasku, kerana sesungguhnya selawat kamu tersebut sampai kepadaku.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 14/403) 

Thanks for reading!
May Allah bless us!
Much love!
XOXO

10 comments:

Arina Shamsul said...

Allahumma salli ala muhammad..wa ala alihi wasobbihi wassalam .. :)

insyaallah ada kelapangan akak join ye dik :)

done follow sini :)

...miSS fAi... said...

insyaAllah akak buat satu entry utk segmen ni ek...
=)

Anum Abdullah said...

Saya nak join...:)

^_^ aneyz ^_^ said...

saya join :)

http://tentangid0paq.blogspot.com/2013/01/segmen-i-love-rasulullah.html

najiah shaharain said...

join!

http://www.jiakreatifelt.my/2013/01/segmen-i-love-rasulullah.html

confdeb said...

salam malidur rasul....

♥ Anis said...

salam, kak aini anis join ye :)

http://studentkecik.blogspot.com/2013/01/segmen-i-love-rasulullah.html

serikandi musyahidah said...

salam maulidur Rasul ~
done follo awk, hrp sudi follo balik! :)

www.suteraqalbi.blogspot.com

Aisyah Ecah said...

insyaAllah,akak...nti sy join segmen ni, ye.. ^_^

Cik Kuntum Rangkuti said...

saya join :))
http://ckuntum.blogspot.com/2013/01/segmen-i-love-rasulullah.html