Instagram

Wednesday, January 30, 2013

searching for a better half?

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wrh wbt..Selawat dan salam buat Baginda Muhammad SAW..

'amboi cheq, tajuq entri bukan main..'

kalau mak aku baca nie, habis disekeh-sekeh kepala aku..hahaha..serious issue babes! let's we get into serious condition..

urm..since tahun ini aku bakal menjejakkan kaki ke alam yang lebih dewasa, there're alot of preparation needed to be done..

jujurnya, aku sangat takut untuk menempuh dunia dewasa ini..semakin meningkat usia, semakin banyak tanggungjawab yang perlu digalasi..

TANGGUNG + JAWAB=means sesuatu yang akan di'persoalkan' oleh Allah SWT diakhirat kelak..Allahu.. Bersediakah aku?

jadi, hari ini aku nak berkongsi sedikit panduan untuk sahabat diluar sana bagaimana nak hadapi dunia PRA-DEWASA..inshaAllah..

sebelum itu, saya berkesudian untuk membantu muslimah diluar sana yang ingin berubah atau berkongsi sesuatu masalah..dialu-alukan untuk e-mail saya di (ainishahroni13@gmail.com)..inshaAllah, dengan izin Allah saya akan cuba membantu..



Masalah: Perasaan Cinta

Kenapa saya memilih 'persoalan' ini adalah kerena Perasaan Cinta ini adalah comman issue among the teenagers diluar sana..pergi mana2 mesti mereka sedang sibuk berkata tentang cinta..masuk ke mana2 alam maya, pasti isu cinta menjadi persoalan utama..tidak kira dari si Uda atau si Dara..si Rambut blonde atau si Bertudung litup..

Cinta...cinta..cinta...

Cinta itu fitrah..tapi jika tidak dididik ia akan menjadi fitnah..

Fitnah kepada si pemberi dan juga kepada si penerima..Allahu..

Cinta ini asalnya dari hati.. Hati yang sihat akan menghasilkan cinta yang sihat..Bagaimana kita nak tahu cinta itu sihat atau tidak?

Kalau cinta itu dapat membezakan yang hak dan yang batil, maka cinta itu sihat.
Kalau cinta itu dapat membezakan si Pemilik Kekal dan si pemilik sementara, maka cinta itu sihat..
Kalau cinta itu lebih mendekatkan dan mengeratkan hubungan kecintaan dengan si Pemilik Kekal, maka cinta itu sihat..
Kalau cinta itu menjadikan kita seorang yang lebih baik, maka cinta itu sihat..
Kalau cinta itu menjadikan kita seorang yang merelakan (tujuan untuk si Pemilik Kekal), maka cinta itu sihat..

Pokoknya, jika cinta yang kita rasai itu berada dilandasan yang sebenar lalu di redhai-Nya dan kedua ibubapa, maka cinta itu adalah cinta yang sihat..

bukan mudah untuk aku berkata-kata soal ini kerana setiap orang merasai perasaan yang berbeza..itulah cinta..

And We did not create the heavens and earth and that between them in play.(ad-dukhan 44;38)

Cinta itu hadir bukan untuk memusnahkan manusia, tetapi manusia menggunakan ia untuk memusnahkan diri sendiri..

Cinta itu dicipta bukan untuk menyusahkan manusia, tetapi manusia menggunakan ia secara membuta tuli lalu menyusahkan diri sendiri..

Cinta itu perlu..Cinta itu harus..tetapi perlulah pada masa dan ketika yang sesuai..tidak Allah swt ciptakan sesuatu dengan sia-sia..semuanya bersebab..

seperti juga guideline yang telah tertulis didalam al-Quran 


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)


setiap kali berbincang soal cinta, mesti ayat diatas dijadikan rujukan..setiap kali berkata soal 'couple', wajib ayat diatas dijadikan hujah untuk menidakkan kebolehan untuk ber'couple'..persoalannya kenapa??

kenapa Allah menciptakan cinta, tapi dalam masa yang sama Allah menghalang untuk mendekatinya? adakah Allah tidak tahu??

sesungguhnya ayat diatas bukanlah untuk menghalang kalian untuk bercinta, tetapi Allah nak kita alert yakni berhati-hati dalam pemprosesan kita untuk mengenali cinta akan ada lubang2 kecil yang mengelicirkan niat kita yang sebenar..yang memesong matlamat sebenar kita untuk bercinta..bercinta kerana apa? untuk apa?

sesungguhnya, Allah sangat menyanyangi kita semua...sebab itu Dia mengadakan al-Quran sebagai 'buku' panduan..our compass..Allah tak nak kita tergelincir ke dalam lubang itu..Allah tak nak kita sakit..Allah tak nak kita terluka..

setiap ayat yang tertulis didalam al-Quran adalah sesuatu untuk kita berfikir dan bertanya kenapa ayat ini diturunkan..Allah tidak menulis kalam-Nya untuk sesuatu yang sia-sia.. kalau al-Quran itu sesuatu yang sia-sia Allah tak akan peliharanya sehingga kini..

fikirkan bagaimana sebuah kitab mampu bertahan sehingga seribu empat tahun lebih (>1400)????

andai al-Quran ini bukan untuk memberi panduan untuk sekalian makhluk (semua manusia tidak kira agama dan bangsa), lalu kenapa ia bertahan sehingga kini??



wallahua'lam
Thanks for reading!
Bukalah hati mu untuk melihat yang benar KERANA kebenaran itu sangat manis!
lots of love, XOXO!

3 comments:

shukri said...

semoga dupermudahkan ye dek..

nea lopah said...

Salam.. Cinta itu buta tapi jangan lah membutakan diri demi cinta. Selamat Bercinta. hehehe

Nieyxzha Hassan said...

takut nak jadi dewasa? memang makin dewasa makin banyak tanggungjawab...tapi sedar tak terselit 1001 pahala disebalik tanggungjawab.. :)