My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Some pieces of puzzles

Monday, January 21, 2013

Mampukah aku menulis kerana Mu?

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt..

Andai kamu tidak menemui hati mu disesuatu tempat, maka berhijrahlah ke tempat yang lain..

maaf, hari ini aku tidak mampu untuk menulis dengan baik..hati ku terasa gundah..bukan angkara manusia lain, tetapi kerana perbuatanku sendiri..astagfirullah..

pernahkah kalian merasa tersepit diantara dua perkara? Yah, itu yang aku lalui..Tetapi, aku bukan mahu menceritakan masalah ku kepada kalian..apa yang ingin aku sampaikan, walau apapun yang terjadi..pilihan utama kita dalam membuat keputusan 'wajiblah' berlandaskan 'adunan' Allah S.W.T..

Dalam ayat mudahnya, (contoh)

aku lebih memilih untuk berjauhan dari orang yang aku sayangi semata-mata untuk LEBIH bergantung kepada Allah, daripada aku hidup berdekatan dengan orang yang aku sayangi tetapi tidak bergantung secara penuh pada Allah...

jauh sekali, aku cuba untuk tidak bersyukur dengan nikmatNya..tapi, aku lebih memerlukan Dia dalam hidupku..apakah salahku, jika aku lebih menginginkan Tuhan kepada nikmat itu?

Antara rasa Dicintai Allah dengan Mencintai Allah, rasa Mencintai Allah teramat sukar untuk dimiliki.. Pernahkah dalam hidup kita ini, secara keseluruhan meletakkan Allah sebagai tempat kita bergantung?

Bergantung dari segi akidah, ibadah, akhlak dan niat....Allahu..

Kosongnya hati ini bukan kerana tidak merasai nikmat Mu..Tetapi, kosongnya hati ini kerana kurang menggunakan nikmat Mu sebaiknya..Ya Allah ampunkan daku..ampunkan daku..ampukan daku..

Moga mulai saat ini, apa sahaja yang aku (dan kalian juga) lakukan hanyalah semata-mata untuk mendapat nikmat Mencintai Mu selama-lamanya..Allahuma Amin..


Thanks for reading!

5 comments:

aqila said...

syukran atas perkongsiannya!

Iqa Syafiqa said...

nice sharing =) membuatkan iqa muhasabah diri . . . terime kasih

Dr Aisyah said...

Terima kasih..

Dr Aisyah said...

Terima kasih...

fatin aziz said...

nice sharing!!!