My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Monday, January 28, 2013

Lupakan kebaikan

Bismillahirahmanirahim..
Allahuma solli ala saidina muhammad wa ala alihi wasahbi wa salam..

Assalamualaikum..

Jumaat yang lalu, saya dan keluarga pergi ke Genting Highland untuk meluangkan masa bersama.. Dengan menghadirkan niat kerana Allah ta'ala perjalanan kami berlalu dengan baiknya. Meskipun ada sedikit ujian kecil, tetapi Allah membalasnya dengan nikmat setinggi gunung..Subahanallah!

Maka nikmat tuhammu yang manakah kamu dustakan?

Disana, kami berkunjung ke Mushroom Farm dan Theme Park Genting..Jujur bagi ku, Genting Highland bukanlah sebuah tempat yang sesuai untuk (saya) kita meluangkan masa dengan family sambil mengingati Allah SWT yang telah sudi memberi kelapangan masa..

Tetapi, nikmat pengalaman tidak akan saya perolehi jika saya tidak pergi ke sana.. Bolehkah saya mengatakan sesuatu tempat itu baik, walhal saya tidak pernah pergi ke tempat itu? Bolehkah saya mengatakan sesuatu itu buruk, sedangkan saya tidak mengenali 'sesuatu' itu? think about it...

Tempat penginapan kami sentiasa dibaluti dengan kabus yang tebal..Dan ini adalah pengamalam pertama saya merasai kedinginan yang melampau ketika di G.H..


lalu dengan pengalaman ini, saya lebih menghargai suhu normal di tanah landai Malaysia..dan, berasa sangat kagum dengan penciptaan Allah yang boleh mencipta suhu yang berbeza tanpa memerlukan alat 'perantaraan'..

let's the pictures speak.. #random







Bajet Kung-fu..mihmihmih..gaya dah ada!
ayat pertama yang terlintas difikiran saya.'Siapa yang pasang air-cond kat luar nie?' mihmihmih..



terima kasih kepada Pak Long Zainal kerana sudi 'menyemponcerkan' bilik di G.H...Kalau tak memang kami tak pernah, tak akan ke sana..This's a great experience! Jazakallahu khairan!
effect Kabus tebal..(my lovely parents)

Seusai solat subuh tadi, saya baru kesempatan membuka acc FB dan blog setelah beberapa hari ditinggalkan..Banyak Notification..ada komen yang tak sempat balas..Tiba2 mata saya tertacap pada status milik hamba Allah, yang menceritakan sebuah kisah benar tentang seorang mujahidah..Andai berminat boleh baca disini

Saya sangat tersentuh dan tersedar bahawa dunia ini tempat kita menuai bekalan untuk akhirat kelak..Hasilnya akan digunakan tika dialam kubur dan dialam mahsyar..Allahu..

Tanyakan pada diri sendiri, "Apakah bekalan yang telah engkau persiapkan? Cukupkah bekalan itu dalam menempuhi perjalanan yang jauh?" tanya diri...tanya pada hati..

Allahu Akhbar!

Pernah tak kita teringat dengan kebaikan yang telah kita lakukan?? sehingga kita merasa ianya sudah cukup untuk dijadikan bekalan??

Jika kita pernah teringat.. ITU TANDANYA, AMALAN KEBAIKAN KITA SANGAT SEDIKIT!!

Diumpamakan sebegini : Orang yang banyak melakukan amal kebaikan..dia akan terlupa kebaikan yang pernah dia lakukan sebab terlalu banyak kebaikan yang pernah dia buat..

faham?

ringkasnya, (hypothesis)

Semakin banyak berbuat baik, semakin senang melupakan kebaikan itu...
Semakin kurang berbuat baik, semakin susah melupakankan kebaikan itu..

Orang yang ikhlas tidak akan mengungkit (secara lisan atau fikiran) segalan amalan yang pernah dia lakukan.. Makanya, berbuat baiklah pada semua makhluk, agar kita melupakan kebaikan yang pernah kita buat..


Sebelum mengakhir kata2, saya ingin mengingatkan diri saya terutamanya dan kalian semua..

Adakah hidup ini cuma sekali?? Tidak! Hidup ini dua kali, mati yang cuma sekali..Ayuh, muhasabah diri!


Thanks for reading this entry!
May Allah bless you!
Lots of love!
XOXO

3 comments:

Aishah Abdullah said...

nice blog..singgah n follow..
jom terjah blog http://diariaishah87.blogspot.com/ follow sekali yer.. :)

ZaloraTeamMY said...

Salam daripada Zalora Malaysia.

Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my sebelum ini? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my.

shukri said...

ohh pergi genting tak ajak ye..