My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Wednesday, January 23, 2013

Hidup tanpa ikhlas

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikumu wbt.

Berhati-hatilah ketika menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun, tidak bernilai walau sedebu, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas. (Solusi isu no.4)

tahukah anda betapa pentingnya nilai Ikhlas dalam sesebuah kehidupan? masih ramai yang tidak tahu dan tidak menitikberatkan soal keikhlasan..

Ikhlas bukan hanya dimulut, atau sekadar menyebut 'aku ikhlas membantu kau'..but its beyond than that..memang benar keikhlasan hati manusia hanyalah menjadi rahsia Allah s.w.t.. tetapi kita juga boleh melihat dan merasai keberkesanan nilai Ikhlas itu jika diamalkan oleh seseorang..yup, this's true!

Pernah tak lihat, manusia yang dah buat banyak benda, berusaha pelbagai cara untuk berjaya tetapi hasilnya masih belum kelihatan lagi?? Dua sebab;
  1. Allah nak uji hambanya untuk lebih sabar (dan akan mengantikan sesuatu yang lebih baik)
  2. atau, perbuatan, amalan or pekerjaan yang dia buat itu tidak hadir nilai keikhlasan.
Aku berani jamin, orang yang Ikhlas..hati mereka sentiasa sejahtera..jadi, bila hati sejahtera..muka akan memancarkan cahaya kesenangan..which means tak nampak muka stress, tak termuncul muka tak puas hati.. hidup mereka sentiasa tenang dan bahagia meskipun dalam serba kekurangan..

Contoh yang agung Rasulullah sendiri...Pernah ke, kita baca sirah Nabi, setiap amalan yang Nabi buat, Nabi mengharapkan balasan dari manusia? Benar, tidak pernah sesekali! Tetapi, sahabat2 Nabi yang berpusu-pusu untuk memberi dan membalas segala kebaikan Nabi..

Ketika diawal dakwah baginda, Nabi pernah dipukul, dihina, dilemparkan batu sampai berdarah kepala Nabi dan sehinggakan malaikat memohon pada Nabi untuk membalas balik kekejaman mereka terhadap Nabi. Nabi masih mampu berkata 'Biarlah mereka, kerana mereka golongan yang belum tahu'..Allahu..

hebatkan? setiap detik yang dilalui baginda, ketenangan sentiasa membaluti kehidupannya..



Aku bukanlah manusia yang layak untuk menyuruh kalian semua melakukan segala amalan dengan penuh keikhlasan..Tapi, aku bertanggungjawab mengajak kalian (bersama-sama ku) untuk sentiasa ingat bahawa setiap amalan yang dilakukan 'wajib'lah dilakukan dengan penuh ikhlas.

Bagaimana kita nak tahu kita ikhlas atau tidak; (PERINGATAN UNTUK DIRIKU YANG LALAI)
  1. Bila kita melakukan sesuatu pekerjaan kita TIDAK MENGHARAPKAN BALASAN
  2. Bila kita melakukan sesuatu pekerjaan kita TIDAK MENGUNGKIT AMALAN KITA
  3. Bila kita melakukan sesuatu pekerjaan kita HANYA MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH
  4. Bila kita melakukan sesuatu pekerjaan kita MERASA KESERONOKAN 
  5. Bila kita melakukan sesuatu pekerjaan kita MERASA INGIN MELAKUKAN LAGI
  6. Bila kita melakukan sesuatu pekerjaan kita MAHU BUAT YANG TERBAIK

Aku adakalanya tersasar dari landasan ikhlas yang sebenar.  Tapi, aku sedang dan sentiasa cuba untuk memperbaikinya. InshaAllah..

Jadi, bagi segelintir kaum wanita diluar sana (termasuk diri ku ini) aku tahu, banyak perkara yang bermain difikiran kamu..Dan aku juga tahu, kebanyakkan ibu2 diluar sana merasa penat dengan kehidupan seharian kamu..tambahan pula yang bekerja..tetapi, cubalah jalani kehidupan kamu dengan keikhlasan..kurangkan, elakkan diri dari merungut dengan kelambakkan pekerjaan kamu dirumah mahupun ditempat kerja..

'engkau tak tahu, bolehlah engkau cakap' 

benar, aku belum merasainya..dan aku juga takut jika Allah menguji aku dengan perkara yang kalian lalui.. tapi aku menemui Indicator atau penawar yang dimana bila aku mula tertekan ketika study atau fed-up dengan kehidupan ini, aku akan membaca berulang-ulang dan aku renung 'penawar' ini..secara pantas, aku merasa tenang dan kembali normal..ia adalah Ayat-Ayat Cinta Allah

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,...."
(Surah Ankabut ayat 2-3)


"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah ayat 286)


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."
(Surah al-Baqarah ayat 216)


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
(Surah al-Imran ayat 139)


"..... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
(Surah Yusuf ayat 12)


"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram,"
(Surah Ar-Ra'd ayat 28)

moga2, apa yang ingin ku sampaikan dapat dipraktikkan oleh kita semua..semua orang nak rasa bahagia pada setiap masa..dan kebahagian itu bukan ada pada harta atau rupa..kebahagian itu adalah milik semua orang..tapi hanya hati yang tenang akan merasai kebahagian itu..inshaAllah..percayalah!


akhir kata, (bingkisan buat diriku terutamanya)


"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kamu tidak temui, carilah hatimu sewaktu mendirikan solat. Jika kamu tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kamu tidak temui, BERDOALAH PADA ALLAH, DAN PINTALAH HATI YANG BARU"

Wallahualam.
Thanks for reading this entry!
Lots of love!
XOXO

3 comments:

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

ikhlas bukan hanya di mulut tapi di hati kn.

keyboard menaip said...

Susah nak tengok org sekrg samaada dia org ikhlas bntu ke tak..
:C

keyboard menaip said...

jom singgh blog sy ek..
keyboardmenaip97.blogspot.com