My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Some pieces of puzzles

Friday, January 11, 2013

emosi terancam?!! (khusus buat remaja)

Bismillahirahmanirahim..

why setiap kali nak buat entry baru, aku mesti start dengan Bismillah? sebab aku takut setiap apa yang aku tulis tidak mendatangkan kebaikan pada aku atau orang yang membaca..dan biarlah aku tulis ini adalah dengan hasil kerelaan aku sepenuhnya..(mohon Allah lindungi segala yang buruk)

okey.

aku ada baca dan buat sedikit research berkenaan Crisis Identity.. mereka kata golongan remaja yang hendak menginjak ke alam dewasa akan mengalami satu proses Pencarian  Identity..proses ini adalah untuk menentukan siapa 'DIA' dimasa hadapan.. tapi proses ini boleh terjejas jika panduan dan tata-tertib proses itu bercelaru maksudnya remaja yang tak dapat manage dengan perubahan/pemprosesan ini akan menghadapi Crisis Identity..

huh.

aku rasa banyak contoh2 mudah yang kita boleh lihat diluar sana bagi mereka yang mengalami.. antaranya;
  1. BUNUH DIRI
  2. PENGAMBILAN DADAH/GANJA
  3. PEMBABITAN LUMBA HARAM
  4. GILA
  5. KEMURUNGAN YANG MELAMPAU
Jadi pada pandangan korang siapa yang perlu dipertanggungjawabkan? Ini bukan waktu untuk menunding jari, tapi ini soal siapa pemangkin masalah?

selalu kita buat 'karangan' atau 'huraian' dalam essai bahasa melayu..penyebab utama adalah remaja itu sendiri.. tapi aku rasa jawapan itu 'macam' tak releven..

aku bagi example yang mudah..seorang pesakit datang bertemu doktor.. dia merasa sejak kebelakangi ni dia mengalami beberapa simptom masalah kesihatan..

jadi berdasarkan situasi diatas nie..adakah pesakit itu wajib mengetahui penyakit dia dengan sendiri atau perlu berjumpa dengan doktor bagi mengetahui penyakit yang dia alami?

adakah pesakit itu wajib merawat penyakit dia dengan sendiri atau dia perlu bimbingan dan saranan dari doktar?

so, berbalik kepada persoalan yang asal..adakah remaja wajib mengetahui dan menyelesaikan sendiri 'segala perubahan' yang berlaku kepada tubuh, fizikal dan emosi mereka tanpa bantuan orang dewasa?

adakah remaja perlu melalui segalah perubahan itu tanpa panduan dan bimbingan orang dewasa?

kenapa orang dewasa? sebab mereka adalah golongan yang pernah melalui fasa perubahan tersebut..mungkin berbeza keadaan tapi mengalami perubahan yang sama..

orang dewasa ibarat doktor dan remaja ibarat pesakit..

siapa lagi yang dapat merawat pesakit jikalau bukan doktor? jadi siapa golongan orang dewasa yang bertanggungjawab? 

IBU BAPA? GURU-GURU? ABANG2 DAN KAKAK2? kamu klasifikasikan sendiri..

tapi Apa Penyebab Yang Utama Masalah ini berlanjutan tanpa penyelesaian?

bagi aku jawapannya sangat mudah..kerana MEREKA (orang dewasa) TIDAK TAHU!!! ketiadaan ilmu tentang pemprosesan ini menyebabkan mereka memandang enteng atas kesalahan laku remaja..kata mereka, remaja mudah terikut kawan..

kawan?? siapa kawan mereka?? adakah manusia tua bangka? tidak!!! mereka juga remaja..

bagaimana pesakit mahu merawat pesakit?? mampukan mereka? *sigh*

aku berbicara bukan kerana aku arif tentang segalanya..tapi aku berbicara kerana aku sebahagian dari mereka.. aku sedang melalui fasa ini.. proses Pencarian Identity.. tapi tidak semua remaja yang beruntung seperti ku, seperti kamu yang sudah mengetahui remaja adalah pesakit..

aku tidak mahu menjadi masyarakat yang hanya tahu menyalahkan, tapi tidak menitik beratkan.. disepanjang aku menjalani hidup aku ini sering kali aku bertanya "Kenapa Engkau (Allah) menjadikan aku sebegini?"

aku pernah terlintas ingin memberontak..aku pernah mengalami kemurungan..aku pernah terlintas untuk meninggalkan dunia ini..aku pernah terlintas untuk lari dari rumah..

tapi setiap kali aku berfikiran sebegitu..akan hadir satu suara kecil yang berkata '..Allah tidak memberi sesuatu dugaan, melainkan kita mampu menghadapinya..' aku tertunduk lesu...kerana aku akui aku adalah manusia..aku memerlukanNya..sangat memerlukanNya..

dan aku yakin kamu juga..dalam sedar atau tidak...

dengarlah satu luahan hati ku buat remaja diluar sana.(onkan music)



Wahai remaja,

aku adalah remaja..mungkin antara aku dengan mu sangat berbeza..tapi kita sedang melalui fasa yang sama..maka dengarlah hati ini ingin bersuara..

Wahai remaja,

mungkin kini kamu merasa diri kamu bersendirian..tanpa teman disisi..tanpa Ibu bapa sebagai pendamping..tapi sedarlah kamu bahawa kamu masih mempunyai Dia sebagai tempat kamu bergantung..

Wahai remaja,

tiap hari, kamu melalui segala  macam dugaan.. sekecil-kecilnya dihati, sebesar-besarnya ditubuh.. tapi ketahuilah kamu, sakitnya hati, sakitnya tubuh itu adalah tanda Tuhan masih menyayangi mu.. kerana dengan kesakitan itu kamu menjadi lebih kuat dan tabah dimasa hadapan..

Wahai remaja,

ingatkah dikau apa yang dialami oleh Kekasih Hati Allah? Kelilingnya kelam, tapi Baginda mampu mencipta cahaya yang menerangi kota Mekkah (malahan hingga kini) Baginda tiada sesiapa, tapi Baginda tetap yakin bahawa Tuhan yang Esa itu tetap ada..

Wahai remaja,

jika Ibu Bapa mu tidak memerdulikan kehendak rohani (dalaman) mu, maka ampunkan mereka.. mungkin mereka masih belum tahu.. mungkin mereka masih tiada masa.. tapi tetapkan hati mu untuk mendoakan kesejahteraan ke atas mereka..

Wahai remaja,

jika tiada insan yang bertanya, bagaimana hari2 mu yang telah kamu lalui..maka janganlah kamu berkecil hati.. aku tahu kalian memerlukan perhatian..begitu juga dengan ku..tapi itu bukan sebab kamu bisa memilih jalan yang salah untuk menagih kasih dah sayang mereka..

Wahai remaja,

bersykurlah..bersyukurlah..bersyukurlah.. kerana kamu masih berpeluang untuk menghirup kedamaian malam, merasai keheningan siang, menyelami ketenangan subuh..yah, subuh! waktu yang dijanjikan Rasul barangsiapa yang bangun diwaktu itu segala kebaikan (rezeki) tersedia buatnya..

Wahai remaja,

lihatlah, siapa sahabat mu! mereka adalan pantulan dirimu..mereka adalah cerminan siapa kamu.. jika baik, maka teruslah bersahabat..jika tidak, jangan tinggalkan mereka tapi bawalah mereka ke jalan yang benar.. secara lembut, tanpa paksaan.. jika mereka berkeras, maka tetaplah kamu mendoakan kebaikan buat mereka..kerana kamulah sebaik-baik sahabat bagi mereka..

Wahai remaja,

ingin sekali, aku menyentuh hati mu..ingin sekali, aku merawat luka mu..ingin sekali, aku berkongsi rasa cinta ku kepada mu...kerana aku seperti kamu..aku jua adalah pesakit yang memerlukan rawatan dari doktor ku.. tetapi jangan kamu bersedih hati, kerana aku sudi merawat semangat mu, memulih luka2 mu dengan doa..

Wahai remaja,

tetaplah dalam pencarian mu..carilah bekalan mu..bawalah penumpang mu.. kerana kita akan melalui satu lagi perjalanan yang lebih panjang.. perjalanan menuju pada Tuhan yang Satu..

sekian...

moga apa yang tertulis disini dapat menyentuh hati mereka untuk berfikir..Jika anda seorang ibu bapa atau bakal ibu bapa..satu sahaja permintaan anakanda mu ini. 'Dampingilah (anak)remaja mu, kerana mereka mahu perhatian dari mu..Kamu lebih mengenal dunia dari mereka, masakan kamu lebih mengharap mereka dapat menerokainya sendiri? Berilah panduan! Bukan sekadar dengan kata2, tetapi dengan bahasa tubuh jua..mereka tidak meminta harta pusaka yang melimpah-ruah..tapi cukup sekadar pertanyaan khabar tentang hari2 yang mereka lalui..kerana kelak disaat kamu sudah tua..pasti itu juga yang kamu inginkan..maka mulakanlah dari sekarang..agar tidak terlambat..jikalau itu yang kamu lakukan, pasti disuatu hari nanti anak2 mu ini juga akan melakukan yang sama..akhlak dibentuk dengan akhlak..bukan dengan kata2 yang meniti dibibir saban hari..'

wahai remaja, tetapkan hati mu dengan surat cinta dari Tuhan kerana disitu ada sebaik-baik penawar!

Thanks for reading this entry!
May Allah guide us!
Drop your comment here!
Lots of love!
XOXO

6 comments:

zainudin said...

saya suka entry awak. Banyak remaja2 kat luar sana masih berfikiran singkat jika mempunyai masalaah.

jum baca entry blog saya yang terbaru dan jangan lupa follow saya... nanti saya follow balik

http://hok-aloh91.blogspot.com/2013/01/penakut.html

ezyra daniel said...

nice entry

Anonymous said...

Info yg sgt menarik.. walaubagaimana pun remaja perlu kmbali kpda fitrah asalnya.

hamba Allah said...

HARGAI WAKTU RMAJA MU!

AmalinaLee said...

Whoaaa terbaiklah entry!

TINA ROSLI said...

Assalamualaikum

thanks for the info