Instagram

Saturday, December 15, 2012

Erti sebuah kehidupan

Assalamualaikum..

haish!!..

sudah lama tak menaip.. terasa kemalasan membelengu diri.. tiap kali ingin menaip pasti tiada idea yang bertandang.. tapi disebabkan permintaan seorang sahabat di twitter, saya cuba gagahi diri untuk menaip jua..

Alhamdulillah, saya sihat.. tapi ulser kat mulut masih tak baik lagi..tu yang kurang bercakap.. kurang selera.. kurang mood..huhuhu..

kalian semua pula macam mana? seronok bercuti sekolah?..

untuk adik2 ku yang bakal ambil result PMR minggu depan, Kak Aini ucapkan semoga berjaya.. dan ingatlah selalu keputusan yang baik itu tidak semestinya menjamin kehidupan terbaik pada kita untuk masa depan.. TETAPI akhlak yang baik yang akan menjamin kebaikan untuk kita bukan sekadar di dunia malahan di akhirat..

maaf juga pada sesiapa yang menanti POST TRAVELLING saya *ade ker?*
saya tak dapat nak update lagi..tapi saya akan cuba sedaya untuk update secepat mungkin..
inshaaAllah..

urmmm..

tidak mungkin ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kebahagiaan dalam hidupnya..ye kan?
tetapi kebahagiaan yang bagaimana kita cari?

adakah kekayaan yang dapat beri kita bahagia?
kecantikan?
ke'glamoran?
pangkat?

urmm..setiap orang ada jawapan tersendiri....

bagi saya, bahagia itu adalah apabila semua orang dapat menerima kita seadanya...tidak hipokrit..tidak juga untuk kepentingan sendiri..

saya yakin SETIAP ORANG BERHAK UNTUK BAHAGIA...

kalau tidak disini, mungkin disana.. kalau tidak didunia, mungkin di akhirat..kalau tidak dipermulaan, mungkin diakhirnya.. kalau tidak bersama-sama, mungkin bersendirian..

Allah lebih mengetahui....

Saya rasa macam tak berapa sesuai untuk saya berkata tentang erti sebuah kehidupan.. sedangkan usia yang baru dilalui ibarat setahun jagung..

tetapi saya pasti Every single soul has their own definition about life..

Hidup ini terlalu singkat untuk kita jalani..
Hidup ini terlalu pendek untuk kita rasai..
Tiada masa untuk berhibur tak tentu hala..
Tiada masa untuk kita buang sesuka hati..

Sejak saya kembali active berfesbuk dan twitter, adakalanya saya terasa sesak ditengah-tengah kemodenan, kepantasan dan kecangihan maklumat dan ideologi yang diutarakan..sehinggakan saya mengambil langkah untuk berdiam diri dari berkata-kata..

terlalu pantas...
terlalu luas..
terlalu liberal..

ada juga remaja-remaja yang baru meningkat naik, atau lebih sesuai  digelar "adik-adik" yang baru mengenal dunia sudah pandai bermain bahasa cinta..

MA..PA..BEE..I LOVE U..CAN'T LEAVE WITHOUT U..

what's that!!!
huuhh, sigh*

saya tahu itu hak mereka..tak kisahlah nak bercinta bagai nak rak..or what.. ppffttt!! sehingga saya mengambil langkah untuk meng'unfriend' mereka..

seperti kata sahabat saya, UNFRIEND DOESN'T MEANS UNUKHWAH..

ada disatu side kita nak jaga diri kita, tapi disatu side yang lain kita perlu mengorbankan sesuatu yang berharga..

tapi saya berpegang pada satu falsafah

dalam hidup ini kita sentiasa ada pilihan dan setiap pilihan memerlukan kita untuk pilih sesuatu dan tinggalkan yang lain..TETAPI kita perlu pastikan apa yang kita pilih itu lebih baik dari apa yang kita tinggalkan..

okey, harap kalian berpuas hati dengan apa yang saya tulis..

terima kasih sudi membacanya sehingga akhir..till then..wasalam..

lots of love~

No comments: