My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Heart of blog

Wednesday, November 21, 2012

Blog Popular milikku..

Bismillahirahmanirahim

apakhabarsemuayangsedangmembacablogAini......

hyeee UIOLLS,
nampak tak title post saya tue.. rasa maca nak muntah 55 baldi? rasa nak baling bom nuklear kat pemilik blog ::Arkitek Hati:: ? rasa macam ada cacing menari-nari dalam tummy Uiolls?..ehiks..

okey UIOLLS,
mari kita mengedik-gedikkan diri dengan membaca entri Aini yang sememangnya terlebih gedik.. ahaks.

APA ITU POPULAR?

kata budak tadika

popular tu macam artis

kata budak sekolah rendah

popular tu bila semua cikgu masih ingat nama penuh kita meskipun sudah tidak bersekolah disitu.

kata budak sekolah menengah

popular itu apabila semua mata memandang kita, memuji kita, melebihkan kita.. Banyak dapat LIKE difacebook, RETWEET ditwitter dan FOLLOWER diblog..

kata aku

popular itu adalah apabila kita sudah berjaya menyakinkan diri kita dan orang lain yang kita boleh buat banyak perkara meskipun tidak semuanya..

BAGAIMANA NAK PORPULAR?

kata budak tadika

selalu puji orang, sebab manusiakan suka pujian

kata budak sekolah rendah

hari-hari tunggu depan pagar sekolah, jadi orang pertama yang sambut pengetua datang.. baru boleh dilabel pelajar mithali

kata budak sekolah menengah

buat sesuatu yang orang lain tak buat, seperti semburkan kereta ketua displin dengan cat merah.. esok harinya comfirm popular sebab pengetua buat perhimpuanan tergempar sebab nak rotan pelajar yang terlebih popular

kata aku

banyakkan memberi (sedekah) : Ilmu, harta dan tenaga..Bukan saja popular didunia bahkan diakhirat.. bukan dikenali dibumi malahan dilangit..


KENAPA PERLU POPULAR?

kata budak tadika

supaya semua oranggggg sayanggggg...

kata budak sekolah rendah

supaya cikgu beri lebih perhatian, nanti dapat pegang banyak jawatan dalam sekolah

kata budak sekolah menengah

supaya orang kenal "Akulah Paling Meletop Di Sekolah Ini", nanti ramai peminat dan pengikut.

kata aku

supaya kita dapat berkongsi segala suka dan duka bersama kerana kitakan 'satu' malaysia

AKIBAT TERLEBIH POPULAR?

kata budak tadika

hidup dalam penjara

kata budak sekolah rendah

teman dan lawan bersatu untuk menjatuhkan kita sebab cikgu memberi lebih kepercayaan pada kita daripada dia

kata budak sekolah menengah

ramai orang dengki dan sakit hati...

kata aku

kurang masa untuk muhasabah diri kerana terlampau mencari populariti..


" Contest ini dianjurkan oleh Blog CoretanAnuar.Com ditaja bersamaSembangHari2Discount-Hari2 , azri.my  ,  bardboo.com , CikTom.com , emasfizikal.comsyaisya.com percutianku.com Sjiehan.com StudioAksara eyriqazz.com
itu kata-kata dari ku.. bagaimana denga kalian? adakah ia berbeza? jadi perlukah kita popular? jom kita berkongsi....

3 comments:

Zierwa Zainal said...

haha..

kata zz pulak: bila terlebih popular hbis ksah kita nk disingkap sana sini.. zaman berhingus pun orng nk sibuk2 yg mna dlu x de spe pun nk peduli.. jd zz lbih suka jd yg bese2 je.. keh2.. x popular tpi nk sume org rse snang dgn kita.. :)

Rozita said...

lebih suka pilih tak popular.. akak singgah sini dan follow ye dik..gd luck for your SPM!

widiea azira said...

tak payah nak popular bagai. .