Instagram

Thursday, October 11, 2012

Kerana Mulut...........

Bismillahirahmanirahim..

hyep! UIOLLSS...
hari nie Aini nak share artikel Aini yang pernah terpilih untuk diterbitkan di Majalah Gen-Q isu no.5 Slot CORETAN PEMBACA..
pada mulanya Aini rasa tak perlu disebarkan sebab Aini takut nanti orang kata apa..*show off, riak*
tapi Aini cuba me'rasional'kan fikiran Aini semula, bahawasanya segala apa yang Aini miliki adalah milik mutlak Allah..
jadi, mengapa perlu Aini menyembunyikan sesuatu yang sebenarnya ada hak orang lain..
Ilmu Allah itukan perlu dikongsi..
betul tak?
^_____^
nie kali pertama Aini cuba menghatar artikel dimajalah..
dan kali pertama itulah yang memilih Aini..
apa-apa pun itu semua kehendak Allah..
Alhamdulillah
*maaf kalau terlewat post sebab Aini tak yakin adakah tindakan Aini betul atau tidak, tapi sekarang Aini yakin apa yang Aini buat. Semoga Allah redha..Biiznillah*



Pernahkah kita meniliki atau memerhatikan atau memikirkan mengapa Allah ciptakan mulut tanpa pasangan? Sebagai contohnya telinga, tangan, mata dan kaki semuanya ada pasangan, kiri dan kanan. Namun kenapa tidak kepada mulut? Allah berfirman: " tidak aku jadikan sesuatu itu sia-sia." Oleh itu mari kita hayati, renungi dan fahami misteri disebalik penciptaan mulut tanpa pasangan.

Sekarang kita perhatikan kegunaan mata adalah untuk melihat, telinga untuk mendengar, tangan untuk melakukan sesuatu kerja dan kaki untuk bergerak.Namun bagaimana pula mulut? Perasankah anda meskipun Allah menciptakan mulut tanpa teman tetapi kegunaanya melebihi pancaindera yang berpasangan. Buktinya, dengan mulut kita berkata-kata dan melaluinya kita menyalurkan makanan ke dalam tubuh.

Kalau dapat kita renungi lebih dalam lagi, antara dua faktor yang menyebabkan keracunan iman seseorang adalah melalui punca yang sama yaitu mulut.Mulut faktor keracunan iman? Mari kita hayati.. 

Pertama, ketajaman mulut melebihi mata pedang. Allah berfirman: “Dan katakan kepada hamba-hamba-Ku. “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar) sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.” QS. 17: 53

Mulut yang lancang berbicara tanpa memikirkan perasaan orang yang mendengarnya akan mengakibatkan perselisihan diantara mereka. Di dalam mulut ada sekeping daging yang tidak bertulang namun bisanya umpama sengat ular. Daging itu juga berupaya memutar belitkan kebenaran, mencela , mengumpat dan berkata keji.Dan ia adalah lidah yang terletak dimulut."Syurga itu haram bagi setiap orang yang keji". (HR. Ibnu Hibban)

Kedua, kita akan mengikuti apa yang dimahukan oleh nafsu, apabila nafsu menjadi pemandu  dan manusia menjadi kenderaannya. Dapat kita perhatikan waktu makan, ikutkan nafsu pasti kita akan menelani segala makan yang terhidang sehingga kenyang lalu menyukarkan diri untuk bangkit beribadah pada Allah. Kejadian ini dapat kita lihat pada bulan puasa. Astagfirullah.

Teringat saya akan sabda kekasih Allah swt, Rasulullah saw "ada seketul daging didalam tubuh manusia jika baik daging itu maka baik seluruhnya, tetapi jika jahat daging itu maka jahat seluruhnya dan ketahuilah daging itu adalah hati." (bukhari)

Apakah bahan yang membentuk hati? Ya, makanan yang kita makan. Cuba kita selidiki makanan kita adakah di kategorikan sebagai makanan yang baik lagi halal? Andai makanan kita kotor pasti hati kita akan terbentuk dari bahan-bahan yang kotor. Hati yang kotor pasti sukar untuk menerima hidayah Allah swt. Begitu juga sebalikanya. Makanan yang berkualiti akan membentuk hati yang berkualiti lalu menjamin ibadah yang berkualiti.

Berbalik kepada penciptaan mulut, makanan akan melalui mulut sebelum sampai ke perut untuk dirembeskan oleh enzim dan diserap nutrisi-nutrisinya untuk diagihkan keseluruh badan melalui darah. Darah dihasilkan oleh hati. Ini bermaksud makanan yang membentuk hati, hati memproses darah dan darah mengalir ke seluruh badan. Proses itu berulang dan ulang selagi jantung masih berfungsi untuk mengepam darah.

Ini membuktikan mulut adalah menjadi punca  segala proses di atas berlaku. Mulut telah menjalankan pekerjaan melebihi pancaindera yang lain. Asal pekerjaan mulut adalah ibadah dan bersifat mulia namun ianya boleh berubah membawa padah pada manusia apabila "pekerja" yang ditugaskan untuk bekerja tidak menjalankan amanah yang ditetapkan oleh Pencipta.

Tujuan penciptaan mulut antaranya adalah:


  1. Sentiasa berzikir pada Allah swt
  2. Melahirkan ucapan yang disenangi orang lain
  3. Menyatakan kesyukuran dan kebesaran Allah.
  4. Menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar
  5. Merapatkan hubungan silahturahim
  6. Menyampaikan risalah Allah dan Rasulullah
  7. Berkata benar dan baik
Rasulullah bersabda; "Hendaklah kamu berkata baik ataupun diam" 

Ingin saya gariskan diam yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw mengandungi benyak hikmah, antaranya;
  1. Apabila kurang bercakap kita akan lebih berfikir dan apabila lebih berfikir, akal akan menjadi lebih tajam.
  2. Fikiran yang tajam akan menjamin tindakan yang kita lakukan adalah berlandaskan keimanan bukan pada nafsu
  3. Kurang dosa kerana banyak bercakap banyak dosa dan apabila banyak dosa kurang malu dan bila kurang malu manusia akan seenaknya membuat maksiat sesuka hati.
  4. Tidak menyakiti perasaan orang lain meskipun kita tidak berniat untuk menyakiti perasaannya..
  5. Dapat menilai baik dan buruk sesuatu tindakan kerana tatkala kita banyak berkata ianya akan menyukarkan hati untuk menyelidiki dan menilai
Demikianlah faktor dari punca berkata-kata bagaimana pula dari pemakanan dan kesihatan. Percayakah anda apabila kita menjaga mulut kita akan mengelakkan masalah kegemukan? Ya, percayalah kebarangkalian amat tinggi. Nafsu perut terletak dimulut. Perut kenyang hati akan senang sehingga menyebabkan manusia terleka dan lalai memenuhi hak-hak Allah. Tutup mulut, tertutup perut!

Kesimpulannya, misteri penciptaankan  mulut tanpa pasangan sangat menggagumkan. Saya hanya menceritakan secalit daripada seribu satu misteri. Mata dijadikan berpasangan supaya banyak melihat kebesaran Allah, telinga diciptakan berpasangan supaya dapat mendengar lebih dari berkata-kata. Kurangkan bercakap, banyakkan mendengar! Itu kebenaranya...

Jika mulut dijaga berlandaskan syariat Allah swt, pasti penciptaan itu membawa keberuntungan pada manusia. Sahabat Nabi saw berkata" Aku tidak menyesal kalau aku kurang bercakap, tetapi aku sangat menyesal andai aku banyak bercakap"

Ingatlah, Allah swt tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak berusaha untuk mengubahnya. Jaga mulut, InsyaAllah selamat.Wallahualam..

------------------------------
Dont forget to leave your comments
-------------------------------

7 comments:

wany dianza said...

Nice blog ! :)
kalau sudi follow me back :)

nana kamarul said...

Good one dear good one. Thumbs up ;)

EPIK said...

wahhh....TAHNIAH!!!!

Hotel Dibina Atas Pokok

Mimi Nur Farahin Hassan said...

Best dan tahniah ! Artikel menarik !

✿Lady Ainaa✿ said...

menarik!!!! tahniah ye dear!! keep it up okay dear.. xpe, kongsikan kegembiraan dan kenangan kita.. hehehe

SimplySeoul said...

woww. continue your talent in writing :)

cik faez said...

artikel yg membuka minda . good !!