My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Sunday, October 28, 2012

JOM JOIN!!:- Beautiful Blog Segment

Bismillahirahmanirahim..

Aini dah kata..
tangan Aini kalau dah dpat sentuh keyboard memang susah nak pisahkan..
adoiiiii!!!
huhuhu..

actually,
I just want to help my liltle sis blogger Adik Hanaa..
to promote her G.A. segment..
GiveAway okey..
bukan Gila Artis..
huhuhu..
*okey ini tak lawak*


so, Jom join reramai..
adik Hanaa kata segmen ini akan berakhir bila sudah mencukupi 200 contestans..
lai lai lai..
boleh B.W. blog sapa yang cantik + meletop gitu..
yea dok ^____^
hohohoho..
okey pada yang nak join just klik pada banner diatas..
dan ikut terma dan syarat *macam iklan celcom pulak dah*

#Amaran keras:- pada blogger diluar sana jangan berat tulang sanghezz nak join segmen nie.. hehehe.. Wa gurau jer.. selamat bersegmen ^_____^ till then....

SEGMEN: Up Kan Followers Dengan Mendadak!!!

Bismillahirahmanirahim..

lalalalala~~~
Wa tengah bosan + stress tahap galaksi nie..
untuk mengurangkan hormone adrenaline yang terlebih dirembes nie..
Wa dengan hati kanak2 tadika yang berjaya memiliki gula lolipop sebesar tapak tangan SUMO..

Ingin men'join'kan diri dengan segmen hasil keringat Sista Ain..

CHOIII..
ayat terlebih gempak..
ahakss..


okey pada Manusia Awesome yg singgah ke blog Aini nie..
jemputlah join segmen nie..
Aini lebih berminat untuk mengenali para blogger diluar sana daripada up kan follower tapi tak beramah mesra..
kannnnnnnnn... ^_____^
so,
SELAMAT BERKENALAN!!!!!
give me a virtual hug!!

Tuesday, October 16, 2012

Segmen: Tambah Follower Banyak-Banyak!!

Bismillahirahmanirahim

hyep!!
UIOLLS....

tiba2 rasa nak join segmen Kak Yuyu yang tomey tue..
reasonnyew dia suka pink..
sama macam saya..
we're pinky awesome girls~~
Kak Yuyu, sep sikit!!
hehehe
^____^


sekarang saya ada 195 followers yang Awesome!
urmm...
berapa yerk boleh increase?

Monday, October 15, 2012

PMR vs SPM

Bismillahirahmanirahim...


hyep!
UIOLLS....

semalam Aini ada seminar 'pecutan akhir SPM' di PPD *klau xtahu dimana sila tanya PoKCIk GooGle*
dari pukul 8 pagi hingga pukul 6 petang..

Sejujurnya, memang penat tahap gabanlaaa..Masa slot akhir tue, subjek BIOLOGY, Aini dah macam Ayam serama MakJoyah yang tengah makan dedak..*metafora pulak dahh*..What I mean is, Aini dah tersengguk-sengguk.pastu Ditambah pula dengan perencah kedinginan yang masa tue sangat dikehendaki untuk tidur petang..LOL.

dalam hati nie asyik bersyair 'bila laa nak habis'. pfffttt.asyik tengok jam kawan sebelah..maklumlaa I tak pakai jam kaaannn..huhhh!

UIOLLS nak tahu, masa cikgu Bio tue tengah bagi talk, *sila berimaginasi sekejap* suara Dia menyelinap masuk kedalam corong telinga, kemudian ke cochlea lalu dikesan oleh afferent neuron, kemudian dibawa oleh kenderaan neuron transmitter dan sampai ke station Brain lalu di'interprate...semasa pusat brain tengah menjalankan investigation untuk mengenal pasti apa bentuk mesaj yang disampaikan dan apa respon yang perlu diakseskan..TIBA-TIBA datang setan gondol yang mengacau pembicaraan mereka..lalu mereka tersalah hantar respon!! mereka telah mengakseskan suara dodoian ;- kesannyew;- Si Penerima akan mudah tertidur bila mendengar orang lain bagi talk kerana apa yang Si Penerima itu dengar bukanlaa butir2 bicara dia tapi sebuah dodoian muzik dari seorang ibu kepada anaknya ketika ingin mem'bobok'kan anak dia untuk tidur..

huhuhuhu..nampak macam poyo giler kaannn..imaginasi sudah melangkaui dimensi pemikiran..

hyee wait! I'm biology student, okey! kepoyoan perlu laaa ada ..*rasa nak muntah tak*

btw, 
nasihat Aini pada adik2 yang kini berada dalam tingkatan 1,2 dan 3..especially form 3, tahun depan UIOLLS akan pilih aliran yang meletakkan bidang kerjaya UIOLLS untuk masa depan..

Saturday, October 13, 2012

I wish......

Bismillahirahmanirahim..


hewhewhew...
dah dua hari tak mengedik dengan my baby bloggie..
so now is the time!!
LOL

sebenarnya, Aini nak 'memenuhi' permintaaan kak Syaza Syahira untuk membuat satu entry yang bertajuk
"I WISH......"



sounds great right?
tapi Aini tertanya juga ada ker orang nak tahu apa permintaan Aini..
urmmm..
kalau ada sila lari setempat dulu..
okey, GOOD..
hehehe..

you're soo adorable!

back to the topic..
so, these are my wishes for the rest of my life..
insyaAllah..

  • Aini nak straight A's in SPM
  • marry with someone whom I don't know (nonsense)
  • Travelling whole world with my hubby *sila muntah sikit*
  • have white camry 
  • nak jadi pensyarah muda *amin!!!!*
  • hidup bersama dengan suami yang sanggup mencintai saya seumur hidup dan berjanji akan menanti saya dipintu syurgaNya
  • have baby boys and girls yang soleh/solehah
  • dapat teddy bear besar from my future husband
  • nak pakai braces *tahun depan insyaAllah*
  • dapat jadi best student even for once..
  • AND THE MOST IMPORTANT, i wish Allah will love me + my family and choose us as His good servants and enter us into His jannah *allahuma amin*

done...
that's all..
these's just a few..
the rest I can't tell you..
yeah!

I hope all my wish, Allah will grants it..
and I hope yours as well..
biiznillah!

apa yang penting!!
keep striving, hoping and praying..
^_____^


“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

--------------------------------
dont forget to leave your comments
tell me what your wish!
I'm eagerly to know!!!
-------------------------------

Thursday, October 11, 2012

Segmen : Siapakah Blogger Idola korang ?

Bismillahirahmanirahim..
first time join segmen..ahakahak!
urm,
siapa blogger idola  saya erk?
of couse laa UIOLLS yang sudi follow saya...
tanpa UIOLLS saya mungkin dah gulung tikar dari jadi blogger kowt!!
tak percaya?
x caya sudah, nama kau dollah....
*u see I dah mula melalut*
okey2
blog yang saya selalu follow up;
 kakak Lyssa Faizureen, kakak Maria Elena, kakak Fatin Liyana, Kakak MiliMilo , Kakak Aisyah n abang Aiman Azlan..

sebabnya, blog diaorang sangat berinfomasi, menarik dan tak bosan nak baca.....
one day, I hope I can be like them..
mengutarakan pandangan yang luar biasa...
insyaAllah~

tapi 
apa yang penting bagi Aini bloggers yang lain pun tak kurang hebat..
UIOLLS AWESOME giler!!
Give me your hug plezzzz!

----------------------------------
dont forget to leave your comments
----------------------------------

Kerana Mulut...........

Bismillahirahmanirahim..

hyep! UIOLLSS...
hari nie Aini nak share artikel Aini yang pernah terpilih untuk diterbitkan di Majalah Gen-Q isu no.5 Slot CORETAN PEMBACA..
pada mulanya Aini rasa tak perlu disebarkan sebab Aini takut nanti orang kata apa..*show off, riak*
tapi Aini cuba me'rasional'kan fikiran Aini semula, bahawasanya segala apa yang Aini miliki adalah milik mutlak Allah..
jadi, mengapa perlu Aini menyembunyikan sesuatu yang sebenarnya ada hak orang lain..
Ilmu Allah itukan perlu dikongsi..
betul tak?
^_____^
nie kali pertama Aini cuba menghatar artikel dimajalah..
dan kali pertama itulah yang memilih Aini..
apa-apa pun itu semua kehendak Allah..
Alhamdulillah
*maaf kalau terlewat post sebab Aini tak yakin adakah tindakan Aini betul atau tidak, tapi sekarang Aini yakin apa yang Aini buat. Semoga Allah redha..Biiznillah*

Wednesday, October 10, 2012

Rainbows in friendship

bismillahirahmanirahim
.
jap..nak minum nesvita dulu...LOL *itu pun nak habaq*
okey,
tolong abaikan diri ku yang semula jadi gedik bila jumpa keyboard..hehehe..

awal tadi nak buat POST TITLE 'study at library' tapi nampak macam dull giler..then, Aini tukarlaa jadi 'Raibows in friendship'..baru meletup gitu..=,=" apa motip?..ahh lantak lerrr..

semalam, Aini rajin sangat nak gi Library..konon nak tukar angin tempat belajar.. sampai jer sana terjumpalaa beberapa orang kawan..mula2 tu tak naklaa join diaorang..takut ganggu....

last2 kecundang juga..akibat kebosanan yang tahap galaksi, Aini pun join...kita orang tak satu kelas, tapi satu sekolah..niat dihati disamping ada teman penghibur dapatlaa merapatkan ukhwah...

Tuesday, October 9, 2012

kenapa saya berblogging?

Bismillahirahmanirahim...

hyep, nie post Aini yang kedua untuk hari ini..
ish semakin dekat nak SPM semakin rajin nak update post..
apa nak jadi dak sorang nie...
*sapa yang baca post nie tolong sekeh sikit kepala sya nie*

okey, back to the topic..
maybe some of you tertanya atau nak tahu (kalau tak de sila ada kan..plezzz)
kenapa Aini pilih blog instead of kumpul stem ke, kayuh basikal keliling rumah ke atau cangkul tanah sebagai hobi..
so, now I'll clarify your mind with my honest statements..

nak tahu tak...
*buat muka enthusiastic skit*..
bagus2..disebabkan UIOLLS sangat adorable..
kita share
okey *muka cute*

Aini seorang yang agak LOW PROFILE kat sekolah..aini tak sukakan perhatian..tapi disebabkan attitude Aini yang tak berapa nak bergaul dengan orang..ada orang label Aini seorang yang sombong..mula2 tu tak terimalaa juga..

Aini tak salahkan diorang pon..Aini rasa apa yang dia orang fikir pasal Aini ada betulnya..Kita kan share satu bumi..duduk diBumi Allah yang Maha luas nie..hidup perlulaa saling peduli..jangan nak buat hal sendiri..

lagi pun sekarang nie Aini yakin antara Aini dan orang lain tiada darjat yang patut memisahkan kita semua untuk bersahabat..kita adalah sama..

bukankah Allah cipta manusia itu semuanya sama..cuma iman penentu segalanya..Tapi disebabkan iman itu sifatnya tersembunyi, maka kita tidak ada hak nak jugde orang lain kecuali Allah...

betul tak??

walaupun tahun nie adalah tahun terakhir Aini memakai uniform sekolah..Aini rasa belum terlambat untuk membetulkan apa yang tak betul..uurrrmmm..*hopefully tak terlambat laa*

then,
Aini nak berkongsi pendapat dan pandangan..even though, ilmu masih belum penuh didada..tapi demi menyahut seruan My Beloved Prophet 'sampaikanlah meskipun satu ayat'..jadi Aini gunakan blog sebagai mediumnya..

selain itu,
meluahkan apa yang terpendam dihati supaya tidak tersimpan  sehingga menjadi dendam atau beban...

at the same time...
Aini sedang cuba untuk mendidik diri untuk jadi orang yang terbuka dan friendly..diulangi sedang cuba.. mungkin ada orang perasan kalau kat luar (realiti) cara Aini layan orang agak kasar espicially lelaki..*i guess*

tapi kalau kat social network nampak je lambut..sebenarnya, Aini memang 'agak' kasar..mana tak nye, membesar dengan abang2 yang suka mengusik, suka cari gaduh and lambat dapat adik gegurl.. sedikit sebanyak mempengaruhi sifat Aini menjadi sangat MACHO...lol

JADI,
disamping Aini cuba membetulkan apa yang salah, mengikut syariat yang dibenarkan, membaiki diri untuk jadi lebih baik..Aini harap korang pon sokong...I'm still learning..okey...


KITA KAWAN??

moga persahabatan yang dibina ini mendapat naugan Allah..

tak kira awak lelaki @ perempuan @ melayu @ cina @ india @ muslim @ not yet muslim

tak salah kalau kita nak bersahabat kan.....

   *point penting




“Wahai manusia! Kami ciptakan kamu dari jenis laki-laki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berkaum-kaum supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu pada sisi Tuhan ialah orang-orang yang paling taqwa. Allah itu Maha Tahu dan Mengerti.” (Al-Hujurat: 13)
-------------------------------------
leave your comment ! *ini satu ancaman* hehe
--------------------------------------

perlu di-Update...

Bismillahirahmanirahim...

bila dia mendekati diri ku hatiku rasa sesuatu
bila dia senyum pada diri ku hatiku rasa tak menentu
lalalalala~~~~~

pagi2 nak memekak lak...
annoying kan saya nie...
btw, suara I memang sedap pun...
kalau tak suka sila tekan Ctrl + w..

gotcha ya!
okey okey..
cukup tu Aini Hawani menyakat orang memang hobi kau kan =..="

hari nie Aini nak upload gambar yang dah BASI..
gmbar2 tu perlu disimpan disini supaya nanti boleh tunjuk kat anak cucu..
wuaaaahhhh!!
*berangan betul!!!*

let's go>>>>

Monday, October 8, 2012

We're AWESOME!!

Bimillahirahmanirahim..

alooo...
tahu tak hari ini adalah hari Aini post entry paling banyak..
hebad x?? *annoying sikit...derrr*

okey2..
tak perlu nak membebel bebanyak..

pagi tadi ada kelas tambahan fizik dengan Pn. Faridah Abu..
meskipun kami diberi cuti SEMINGGU..diulangi SEMINGGU..
tapi demi menuntut ilmu kami sanggup datang...*semangat yang berkobar-kobar*-ayat paling poyo!



Mari kita berfikir sejenak !

nasihat buat diriku terutamanya...
kerana Dia ada dan sentiasa ada untuk hambaNya...
:'(

APAKAH AKU CIPTAKAN ENGKAU UNTUK SESUATU YANG SIA-SIA?
LALU ENGKAU BISA MELAKUKAN SEENAK MU DI ATAS DUNIA?
HITUNGLAH NIKMATKU YANG PASTI TIDAK TERHITUNG JUMLAHNYA?
APAKAH AKU PINTA BAYARAN BAGI SETIAP NIKMAT KU KEPADA KALIAN SEMUA?

SEDARKAH MANUSIA,ENGKAU SENTIASA BERLAKU TIDAK ADIL PADA KU,
AKU MALU ANDAI APA  ENGKAU PINTA TIDAK KU TURUTI,
TETAPI ENGKAU TIDAK PERNAH MALU BERBUAT MAKSIAT PADA KU....

Salam kasih buat sahabat,
Salam cinta bagi yang membalasnya,
Diri ini tidak pandai bermadah,
Cuma ingin melontar rasa....

Dengan nama Allah S.W.T,
Pernahkah sahabat mendongak ke langit? Dan melihat keluasan langit yang kebiru-biruan. Apakah sahabat rasa? Tenang? Damai? Asyik? Namun pernahkah sahabat berfikir, apakah nilai disebalik keindahan tersebut?

Birunya tidak sekata, ada yang terang, ada juga yang gelap. Langit juga dihiasi dengan awan yang beraneka rupa. Adakalanya mampu mencuit hati para pecinta alam. Subahanallah!

Wahai Sahabat,
Sudahkah kalian hayati, perbezaan keindahan lagit diwaktu siang dan diwaktu malam? Bagaimana pandangan mu tentangnya? Sangat berbeza, bukan?

:'(

Sunday, October 7, 2012

hopefully this gonna be the last..

bismillahirahmanirahim...

Aini harap post kali nie adalah post terakhir Aini tulis pasal dia...
huhhh.....
ya Allah.....
Aini rasa ini adalah jalan yang terbaik untuk Aini dan mungkin untuk dia...
Aini harap tidak terlambat untuk Aini mengundur dan membetulkan apa yang belum terjadi..

Wednesday, October 3, 2012

Mercedes dan bata

Bismillahirahmanirahim..

assalamualaikum..
tadi Aini ada terbaca artikel di group #TeamKhemah..

kisah nie, Aini nak jadikan peringatan buat diri Aini dan sahabat2 yang lain..semoga kita dapat muhasabah diri dan cuba sedayanya membetulkan kesilapan dan keterlanjuran yang telah kita lakui...

Al-kisah seorang pemuda yang berjaya pulang ke kampungnya dengan kereta barunya Mercedes yang baru dibelinya.
Pemuda tersebut memandu agak cepat untuk jalan di kampung.
Namun pemuda itu berhati-hati melihat samada ada kanak-kanak yang tetiba lari keluar daripada tepi jalan dan memperlahankan kereta jika ternampak sesuatu.
Ketika kereta pemuda melalui jalan kampung yang cerun itu, tiada kanak-kanak yang keluar.

Tetiba, ada sekeping bata yang terbaling ke pintu kereta Mercedes barunya.
Pemuda terus menekan brek dan gostan ke tempat di mana bata tersebut dibaling.
Pemuda yang marah tersebut terus keluar dan menolak seorang kanak-kanak 12 tahun ke arah keretanya dan terus menjerit marah.
“Apa ini? Siapa kamu? Apa yang kamu buat? Ini kereta baru TAHU? Dan bata yang kau BALING ITU AKAN menyebabkan hilang banyak wang!!! MENGAPA kamu buat DEMIKIAN?? JAWAB!!!”
Budak tersebut memohon maaf….
“Abang… sorry… jangan marah… Saya minta maaf tapi saya tak tahu apa nak buat,” budak tersebut merayu.
“Saya membaling bata tersebut kerana tiada kereta lain yang hendak berhenti,” kata budak itu sambil menangis-ngangis teresak-esak…
Jari budak itu menunjukkan ke arah bawah cerun jalan tidak jauh daripada tempat kereta Mercedes pemuda itu dipark.
“Itu abang saya,” kata budak itu. “Abang saya termasuk cerun dan terhempas daripada kereta rodanya… dan saya tidak dapat mengangkat abang saya,” tambahnya dengan nada teresak-esak.
Sambil pipinya dipenuhi air mata dan hidung berhingus, budak itu merayu pemuda kaya tersebut, “Boleh abang tolong angkat abang saya naik ke kerusi rodanya. Abang saya sangat sakit tapi dia terlalu berat untuk saya angkat.”
Pemuda itu tersergam, terdiam dan tersentuh.
Menelan air liur dan meredakan bengkak tekak akibat menjerit, pemuda itu cepat-cepat pergi membantu abang budak yang cacat itu ke kerusi roda semula.
Pemuda kemudian mengeluarkan kain sapunya untuk mengelap luka abang budak tersebut dan memberitahu dia, “Jangan bimbang, semuanya ok.”
Budak yang dimarahinya tadi berkata, “Terima kasih abang… semoga Allah membalas hati baik abang.”
Terlalu terkejut dengan situasi tersebut, pemuda itu tidak berkata apa-apa sambil melihat budak itu menolak abangnya balik ke rumah.
Pemuda itu berjalan ke arah kereta Mercedesnya. Kesan kerosakan tampak jelas, tapi pemuda itu berkata pada dirinya, ia akan membiarkan kerosakan itu kekal di pintunya sebagai mesej mengingatkan diri – “Jangan lalu kehidupan dengan cepat sangat sehingga ada orang yang terpaksa membaling bata untuk mendapatkan perhatian kita!”

Allah sentiasa berada di sisi kita dan mendidik dan membisik ke jiwa dan hati kita. Apabila kita tiada masa untuk mendengarnya, Allah terpaksa membaling bata(dugaan) ke arah kita – supaya kita sedar dan berfikir.
semoga kisah ini dapat mengetuk minda dan hati kita semua untuk sedar bahawa kita hanya sementara didunia ini..dan Allah jua tempat kita kembali..

till then..wasalam

8 Tabiat saya ketika study.

BiSmillahirahmanirahim..

hari ini saya nak senaraikan tabiat saya ketika study @ tengah concentrate buat sesuatu..

tanpa membebel lagi...

here, we go>>>


  1. saya suka goyangkan kaki (terutamanya kaki kanan) ketika saya tengah berfikir
  2. saya akan menguyah sesuatu dalam mulut. Disebabkan saya tak berapa 'ngam' dengan kacang *tanah*(kerana kacang suka buat musuh jerawat dimuka), maka saya akan menguyah..gula *yang lembut* @  gajus @ kekacang yang baik 
  3. baca kuat-kuat sampai apa yang saya tengah belajar tu saya ingat dan paham..
  4. belajar dimerata tempat; dapur, atas tangga, luar rumah, depan tv, atas katil dan tempat paling best adalah atas meja beljar..tapi disebabkan meja belajar saya sentiasa penuh dengan buku jadi saya jarang belajar atas meja (kecuali disekolah)
  5. dengar lagu sentimental bagai , kadang2 sampai tertidur *tabiat yang tak boleh pakai*
  6. study pada waktu orang lain tidur sebab lebih khusyuk..tapi kadang2 tu rasa seramlaa juga..
  7. bila saya tak paham atau tak dapat buat sesuatu tugasan / soalan saya akan mula mengusik adik saya dan buat dia sampai nangis *yang ini bahaya dan kejam* so bila diaorang tidur, saya akan tarik hidung @ telinga / cubit pipi sekuat hati..lagi pun diorang bukan sedar.. HA HA HA *evil grin*
  8. saya perlukan keadaan yang tenang untuk focus..dan saya akan mula stress bila keadaan bising dan pada masa itu saya nak siapkan sesuatu kerja..
okey..
walaubagaimanapun..sebelum study, kita perlu berdoa..supaya ilmu yang kita beljar tu berkat dan dapat digunapakai semula pada kita atau orang lain..janganlaa belajar kerana nak lulus exam..tapi belajarlaa kerana Allah ta'ala..ikhlas dan amanah..

ikhlas supaya memberi manfaat pada kita...

amanah supaya dapat dimanfaatkan pada orang lain...

till then..
wasalam.....