My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Heart of blog

Monday, September 3, 2012

Jantung Enjin yang boleh BERFIKIR



Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum...
Hari ini tidak tahulah kenapa jari ni rajin nak menaip..Jadi untuk mengelakkan pembaziran masa alangkah baik jika jari ini menaip untuk sebuah kebaikan...

Here we go>>

JANTUNG(hati)
Jika kita sayang atau jatuh cinta kepada seseorang, kita dapat merasakan perasaan itu seolah-olah hadir dari hati(jantung) yang terletak di dalam dada kita. Sebab itu love (cinta) diberi simbol berbentuk hati, bukannya otak..

Begitu juga perasaan benci, cemburu, marah dan juga iri hati seolah-olah terpancar dari dalam dada, bukannya dari otak di kepala. Banyak ungkapan emosi sering digunakan yang merujuk kepada hati seperti "dari hati ke hati", "tepuk dada tanyalah iman", "kamu sentiasa di hatiku" dan sebagainya.

Beberapa dekad sebelum ini, para saintis mengkaji jantung dari sudut fisiologi dan juga patologi. Mereka merumuskan jantung ialah organ untuk mengepam darah, tidak lebih daripada itu, Namun, pada abad terbaru ini, apabila berkembangnya teknologi pemindahan jatung, para pengkaji mula mendapati satu fenomena aneh dan pelik kepapa pesakit selepas pemindahan organ tersebut, iaitu perubahan dalam aspek psikologi dan juga emosi.

KEKELIRUAN BAHASA

Sesungguhnya jantung dan hati merupakan dua jenis organ yang berbeza. JANTUNG ialah organ yang berfungsi untuk mengepam darah manakala HATI ialah organ yang berwarna kemerahan seperti darah beku yang berfungsi untuk memproses bahan-bahan kumuh di dalam darah.

Al-quran dan sunah menggunakan perkataan QALB atau QULUB yang merujuk kepada JANTUNG, bukannya Hati. Lisan al-Arab yang dikarang oleh Ibn Manzur memberi pengertian  QALB sebagai pengumpal daging dari FUAD (jantung) yang tergantung dengan urat besar di tempat ia bergantung. Adapun hati dalam bahasa arab disebut sebagai KIBDAH.

Tetapi untuk kesesuaian bahasa, QALB atau QULUB diterjemahkan sebagai hati dalam bahasa Melayu, namun maksudnya dari sudut istilah masih merujuk kepada jantung. Terjemahan QALB dalam bahasa Inggeris lebih tepat iaitu HEART. Sebagai contoh "you're always in my heart" yang bermaksud "kamu sentiasa dalam hatiku", walhal HEART sebenarnya bermaksud JANTUNG.



ENJIN DI DALAM BADAN

Jantung merupakan salah satu organ yang paling penting di dalam badan kita. Ia bersambung terus dengan semua organ di dalam badan melalui pembuluh-pembuluh darah. Sejak di bangku sekolah lagi kita diajar bahawa fungsi jantung adalah sebagai organ yang mengepam darah ke semua sistem di dalam darah.

Memang benar, itulah fungsi utama jantung. Ia mengepam dengan kadar 60 hingga 80 kali seminit dan sekitar 100'000 kali sehari. Secara kumulatifnya, jumlah darah dipam adalah kira-kira 10'000 liter sehari. Andai seminit sahaja jantung berhenti, sudah cukup untuk melumpuhkan seluruh organ di dalam badan dan beberapa minit ia berehat, cukup untuk menamatkan hayat seseorang!

HUBUNGAN JANTUNG DENGAN OTAK

Sejak 30 tahun lalu, para pengkaji mula membuat penelitian tentang kaitan antara jantung dengan otak. Mereka mendapati jantung berperanan dalam memahami perubahan persekitaran dan mampu memberi kesan bagi setiap aktiviti pada otak. Sebab itulah ia digelar oleh neurocardiologist (pakar saraf dan jantung) sebagai otak kelima. Jantung adalah otak kelima? (otak pertama hingga keempat terletak di otak)

Kajian mereka mendapati 60-65% komposisi jantung ialah sel-sel saraf seperti otak, bukannya otot-otot. Penemuan ini telah merintis banyak kajian lain bagi membuktikan jantung dapat berfungsi seperti otak, malahan melebihi peranan otak dalam hal-hal tertentu.

Saintis telah merumuskan bahawa jantung memainkan peranan utama dalam emosi seseorang seperti cinta, kasih sayang, marah, dengki dan sebagainya. Maka sebab itulah kita perlu mendengar, berfikir dan membuat keputusan berdasarkan rasa hati (jantung) kita, bukan hanya semata-mata berdasarkan logik akal. Otak hanyalah organ tempat berfikir, bukan menilai.

Adakah jantung di kawal oleh otak atau sebaliknya? Saintis mengakui bahawa secara saintifiknya, jantung berhubung dengan otak melalui satu jaringan saraf yang rumit dan terdapat pengaliran arus elektrik daripada kedua-dua arah dalam bentuk signal elektrik.

JANTUNG MENDAHULUI OTAK

Jantung merupakan organ pertama yang berfungsi semasa proses pembentukan janin iaitu sekitar tiga hingga empat minggu selepas persenyawaan. Otak hanya berfungsi sekita minggu ke 13 hingga ke 14, sedangkan perkembangan emosi dan psikologi seseorang telah bermula seawal proses pensenyawaan berlaku. Ini menunjukkan jantung terlebih dahulu berfungsi berbanding otak dan ia boleh berfungsi TANPA arahan daripada otak.

Di peringkat janin, jantung janin dan ibunya sering berkomunikasi antara satu sama lain. Proses inilah yang mewujudkan satu ikatan mesra antara ibu dan anak untuk menyediakan anak bagi menghadapi dunia luar. Selepas dilahirkan, ikatan yang lebih kuat wujud dengan proses penyusuan dan pemeliharaan. Proses inilah yang membolehkan jantung dan otak kanak-kanak berkembang dan menyesuaikan diri dalam kehidupan barunya. Melalui proses ini juga, anak-anak dapat mewarisi seseuatu ciri daripada ibu bapa mereka.

KUASA TERSEMBUNYI PADA JANTUNG

Prof. Gary Schwartz dan Prof. Linda Russek, pakar psikiatri di Universiti Arizona merumuskan bahawa jantung mempunyai satu kuasa istimewa yang membolehkan ia menyimpan dan memproses sesuatu maklumat. Maka daya ingatan bukan sahaja disimpan oleh otak, tetapi turut di simpan oleh jantung. Satu kajian ke atas 300 pesakit yang telah menjalani pemindahan jantung, agak mengejutkan kerana didapati semua pesakit mengalami perubahan emosi dan psikologi selepas menerima jantung baru!

Sebagai contoh, pada 11 Ogos 2007, akhbar Washington Post menjelaskan mengenai keadaan Peter Houghton, seorang pesakit yang telah menjalani pemindahan jantung tiruan. Jantung tiruan ialah alat yang dicipta bagi menggantikan fungsi jantung sebagai pengepam darah. Houghton berkata; "Perasaan saya telah berubah selepas menerima jantung tiruan. Kini saya tidak mempu mengetahui apa yang saya benci dan suka. Saya juga langsung tidak mempunyai perasaan terhadap cucu-cucu saya."

Dia juga tidak lagi tertarik kepada duit mahupun kehidupannya. Dia tidak tahu mengapa dia mesti hidup dan mula berfikir untuk membunuh diri. Dia tidak memahami dunia dan tidak memikirkan masa depannya. Dia juga telah hilang kepercayaan kepada Tuhan dan kehidupannya menjadi tidak terurus selepas itu.

Dalam kes yang lain, Prof. Linda menemui satu kes kanak-kanak yang telah menjalani pemindahan jantung. Selepas pemindahan tersebut, kanak-kanak itu sering mengadu sakit di dada. Siasatan mendapati jantung tersebut diterima daripada seorang kanak-kanak  yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan sebelum meninggal, kanak-kanak malang itu berulang kali mengadu sakit didada.

Dalam satu lagi kes yang menarik, seorang wanita yang mengawini seorang lelaki yang tidak mempercayai ituhan (ateis). Selepas beberapa tahun, disebabkan masalah tertentu, lelaki itu telah membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri. Pakar perubatan mendapati jantungnya masih dalam keadaan baik dan telah diambil untuk diberikan kepada seorang lelaki beragama yang menghidap masalah jantung.

Selepas itu, lelaki yang menerima jantung tersebut bertemu dengan janda lelaki yang membunuh diri. Dia merasa seolah-olah sangat mengenali akan wanita tersebut dan telah lama bertemu. Lelaki tersebut mula berubah menjadi seseorang yang tidak percaya akan tuhan dan akhirnya dia juga telah membunuh diri dengan cara yang sama.

Para pengkaji mula merumuskan bahawa PUSAT untuk berfikir ialah JANTUNG, bukanya OTAK.

Terdapat program khusus didalam jantung yang mampu menyimpan memori. Progam tersebut menghantar memori ke otak untuk diproses di otak.

Dr. J. Andrew menemui saraf seperti  otak yang amat rumit di dalam jantung manusia. Saraf inilah yang memainkan peranan penting dalam memahami dan membentuk perasaan seseorang

Di dalam jantung terdapat 40'000 neuron (sel saraf) yang bekerja mengawal denyutan jantung, menghasilkan hormon dan menyimpan maklumat seperti otak.

JANTUNG DARI PERSEPKTIF AGAMA

22:46
Al-Quran telah menyebut mengenai jantung sebanyak 110 kali. Bahkan ia menjelaskan kemampuan hati untuk berfikir seperti firmannya yang bermaksud :

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati (jantung) yang dengannya itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati (jantung) didalam dada."

Wasalam...

Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging,jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya,dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

petikan solusi isu  no.40, fizikr, Dr. Farhan Hadi Mohd. Taib

1 comment:

Anonymous said...

Entri yang penuh pengisian. keep it up!!!