My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Heart of blog

Monday, July 16, 2012

Kenapa Islam itu indah (my opinion)

9 Sebab kenapa saya katakan Islam itu INDAH

1# Wanita Islam yang dah baligh diwajibkan memakai Hijab dan menutup aurat dihadapan lelaki bukan muhrim
(I feel so safe, my body is my business, nobody can judge it!)

2#Allah sangat sukakan kecantikan
(pernah diriwayatkan: Nabi Muhammad saw pernah menegur seorang sahabat yang kaya tetapi memakai pakaian yang lusuh dan compang-camping..Baginda pernah bersabda "Allah itu cantik dan sangat sukakan kecantikan" Dan (lain version) "Allah suka melihat nikmat yang Dia beri terpampar dalam kehidupan hambaNya-tapi bukan riyak-kerana ini salah satu cara menyatakan rasa syukur pada nikmat-Nya)

3#Pergaulan antara lelaki dan wanita sangat dijaga dengan indah dalam Islam.
(Allah ingin mecipta rasa cinta yang bermaruah yakni cinta yang miliki rasa malu antara lelaki dan wanita..Cinta yang ada sifat malu akan ada rasa takut/malu untuk mencurangi pasangannya sesudah mereka  diijabkabulkan..Nowadays, kita boleh lihat orang berlumba-lumba untuk bercerai kata mereka> tiada keserasian la, jodoh tak panjang la, sudah cuba banyak cara tapi masih tak boleh sejalan la, itu la, ini la...walhal itu semua hanyalah alasan..Bukankah Allah kata Allah tidak akan mengubah nasib hambaNya, melainkan hambaNya berusaha mengubahnya dengan sendiri..Allah sendiri bagi pilihan pada kita..Jadi kita tidak boleh salahkan jodoh..Perkahwinan itu akan kekal sampai ke akhir usia andai KITA sendiri berusaha untuk merealisasikannya..insyaAllah..get it?)

4# Kebersihan itu sebahagian dari iman(pegangan)
(Salah tu sebab kenapa Islam itu terlalu indah adalah kerana penekanan tentang kebersihan dalam kehidupan umat Islam sendiri..Kebersihan bukan saja dari segi luaran tetapi kebersihan dari segi kerohanian seperti bebas pada HASAD DENGKI, DENDAM, PENYAKIT AMARAH dan seangkatan dengannya..Namun, semakin kurang Umat Islam yang mempraktikkan gaya hidup yang Islam telah highlightkan..think about it)

5#Cara berpakaian
(kemas, bersih, bergaya, dan MENUTUP AURAT)


6#Kepentingan Ilmu
(yang perlu dituntut oleh semua golongan..Sebenarnya bukan wanita barat yang memartabatkan maruah wanita, tetapi Islam. Islam bukan out-dated. Tetapi manusia kerana manusia ini insan -lalai & pelupa-yang asalnya nothing..tak caya? cuba tanya baby yang baru lahir (tanpa tali pusat dipotong lagi) 1+1 berapa? mampukan dia menjawab? atau dia akan balas dengan tangisan?)

7# Husnuzan
(bersangka baik.. Islam sudah lama mempraktikkan sifat DON'T JUDGE BOOK BY ITS COVER..tetapi only few yang admit and practise sifat tu..tahu tak kenapa agaknya iman itu letaknya dihati(jantung)? sebab..nobady could see it..mereka tak boleh judge iman seseorang pada hari ini macam mana..esok mcam mana..hanya Allah yang maha mengetahui..oleh kerana itu keimanan seseorang itu bukan berdasarkan kekayaan, kecantikan rupa paras, kedudukan yang tinggi atau apa saja yang metarialistik..TETAPI pada ketulusan sekeping hati)

8# Berbuat baik pada semua orang tanpa mengira usia, bangsa, warna kulit atau whatever~
(berbuat baik atau berkata dengan perkataan yang baik atau berdiam diri-tidak menyusahkan orang lain- meskipun orang itu sering menyakiti hati..batu yang keras itu pun akan lekuk ditimpa air yang menitis inikan pula hati manusia yang lembut)

9# Setiap amal kebaikan meskipun sebesar biji sawi (zarah) akan dihitung oleh Allah...dan sesungguhnya Allah itu Maha teliti..

Reflaction-
  •  Jadilah tangan si pemberi, bukan tangan si penerima
  • Jadilah sekeping hati yang pemaaf, bukan sekeping hati yang pendendam
  • Jadilah manusia melihat dengan mata hati, bukan melihat dengan nafsu yang tak pernah berhenti
  • Jadilah muslimah yang tersembunyi, bukan yang mendedahkan diri
aku berpesan bukanlah kerana diriku ini sempurna tetapi aku berpesan adalah ingin mengingatkan diriku yang lemah lagi hina.....let's we struggle to be better muslim